CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Dihempap Dinding Batu Ketika Kerja Pengubahsuaian Bangunan Di Ladang Sawit

16-8-2022 08:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 576| Komen: 0

Description: Seorang pekerja kontrak maut dihempap dinding batu ketika melakukan kerja-kerja pengubahsuaian bangunan di ladang sawit di Springhill Port Dickson, petang Selasa.
Seorang pekerja kontrak maut dihempap dinding batu ketika melakukan kerja-kerja pengubahsuaian bangunan di ladang sawit di Springhill Port Dickson, petang Selasa.


Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohamad Rosman Md Nor berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 3.55 petang sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.



"Pekerja kontrak itu sedang memecahkan dinding dan kerja-kerja itu juga hampir siap, namun dia tidak sempat melarikan diri, lalu kakinya terhempap runtuhan dinding.

Pasukan kami membantu mengeluarkannya dari runtuhan," katanya ketika dihubungi.


Katanya lelaki berusia 53 tahun berstatus pemastautin tetap itu disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.040563 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top