CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hentikan Sabah Jadi Tempat Hantar Polis Bermasalah!

4-8-2022 11:16 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2150| Komen: 17|Original author: Tatod

Description: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan menyifatkan tindakan menghantar anggota polis bermasalah ke Sabah adalah salah dan tidak diterima walaupun ia sebahagian daripada prosedur disiplin ...

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan menyifatkan tindakan menghantar anggota polis bermasalah ke Sabah adalah salah dan tidak diterima walaupun ia sebahagian daripada prosedur disiplin.

Menerusi laporan Harian Metro, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menghentikan tindakan seumpama itu yang dianggap tidak sensitif serta tidak bertanggungjawab.

"Perkara ini perlu diperbetulkan dengan segera. Sabah sudah berdepan ancaman keselamatan seperti lanun, penculikan dan kehadiran anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf.


Sumber Bernama

"Di sebalik semua masalah ini pula, pihak polis menganggap tindakan menempatkan anggota polis bermasalah melindungi keselamatan kita sebagai sesuatu yang bagus.

"Ini semua yang salah dan tidak dapat diterima meskipun ia adalah sebahagian daripada prosedur disiplin," katanya yang turut mempertikaikan rasional tindakan membenarkan anggota polis meneruskan kerja walaupun masih di bawah siasatan jenayah.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 4-8-2022 12:28 PM
lepas tu kes dekat sana makin naik
Quote epysha 4-8-2022 12:40 PM
baik kasi buang terus ba...sama juga dgn penjawat awam lain yg bermasalah.
Quote CiliPadiSedap 4-8-2022 02:59 PM
rasanya normal sbb mana2 penjawat ada masalah displin akan di pindahkan penempatan jauh sedikit.
Quote Skuau 4-8-2022 03:08 PM
pilak pon dh ramai kt Semenanjung....adil dan saksama...la...tu.
Quote ais_kosong 4-8-2022 03:33 PM
Aneh-aneh ja polisi diorang ni. Kalau orang tu bermasalah kenapa tak settlekan.
Kenapa perlu bagi orang lain hadap masalah engko?
Engko bodoh sebagai boss ke apa ini?
Quote ally9970 4-8-2022 04:43 PM
Mana2 anggota polis yg terlibat dgn aktiviti jenayah sepatutmya bukan kena tindakan disiplin tp sepatutnya kena dakwa di mahkamah, sama mcm org2 lain...
Quote vee_zara 4-8-2022 04:47 PM
Takpa la masih laku bha di sana. Ramai gadis2 bini org tertunggu2 dengan cik abg polis yg transfer dana. Jnji hidup terjamin katanya
Quote nono86 4-8-2022 06:28 PM
Penjawat awam ni, dah bermadalah buang aje la.. buat ape nak bela lagi.. orang lain pun nak keje gov jugak
Quote cashewnut 4-8-2022 09:41 PM
Tamatkan thru tatatertib tak boleh ke???? Kepentingan awam lbh penting kot. Kang kat sabah buat kelaku tak senonoh lagi
Quote I.K.A888990 5-8-2022 03:32 AM
pastu depa ulang balik benda sama
bongok
Quote bottombikini 5-8-2022 08:41 AM
betul jugak
dapat polis2 yg gred D
sape ndak
Quote che-cikL 5-8-2022 08:44 AM
Lagi jauh daripada HQ, makin ke laut jadinya.
Quote La_Quica07 5-8-2022 10:08 AM
Hahaha itu la asal masalah hantar kat Sabah. Sudahnya abis berkumpul yg bermasalah kat sana. Yg elok2 kat sana pn terpalit sama.
Quote H0rr0rfan 5-8-2022 10:41 PM
Bukan sahaja tempat buangan Polis yang bermasalah di Semenanjung tetapi juga polis Sabah yang ada tindakan tatatertib di kawasan bandar. Contohnya murtad, mabuk semasa bertugas, ambil rasuah, etc.
Quote Decaffeinated 6-8-2022 12:24 AM
Hentikan Sabah Jadi Tempat Hantar Polis Bermasalah!

Menangis cikgu BM ko dek

Quote najib888 6-8-2022 12:47 PM
Ada kawan polis yg aku kenal.. p sabah jadi taik syabu.. Katanya di Sandakan murah gila..
Quote ezacbee 6-8-2022 02:01 PM
Pecat jelah. Ramai lagi nak keje. Nak simpan watpe?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.096629 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top