CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wakil Tunggal Malaysia, Meerqeen Masuk Senarai Antara 100 Lelaki Terkacak

29-7-2022 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5399| Komen: 42

Description: Selepas namanya diperkatakan ramai susulan kejayaan drama bersiri Melur Untuk Firdaus baru-baru ini, Meerqeen sekali lagi menerima perhatian apabila bintang muda itu menerima pencalonan 100 Lelaki Ter ...
Selepas namanya diperkatakan ramai susulan kejayaan drama bersiri Melur Untuk Firdaus baru-baru ini, Meerqeen sekali lagi menerima perhatian apabila bintang muda itu menerima pencalonan 100 Lelaki Terkacak 2022 (100 Most Handsome Faces of 2022).


Menjadi calon tunggal lelaki dari Malaysia, Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam menerima pencalonan berkenaan daripada media antarabangsa, TC Candler.

Foto: IG

Perkara sama turut dikongsikan laman berkenaan menerusi satu ciapan di Twitter tiga hari lalu.

“Tahniah kepada empat calon ini kerana secara rasminya dicalonkan sebagai 100 Wanita Tercantik/ Lelaki Terkacak 2022. Mana satu calon kegemaran anda? Teruskan mengundi!,” kapsyen yang tertera.



Melihat senarai, TC Candler ada memuat naik tiga lagi foto calon yang tersenarai termasuk Riku NiziU, pelakon Bollywood Kartik Aaryan dan Shownu Monsta X.

Untuk kempen tahun ini, namanya turut berada sebaris dengan bintang popular dunia lainnya seperti Bradley Cooper, Liam Hemsworth, The Weeknd, Suga BTS, Song Joong Ki, RM BTS, Hrithik Roshan dan ramai lagi.


Sebelum ini, pelakon Anna Jobling turut menerima pencalonan sebagai 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh organisasi sama.

Selain Anna, turut tersenarai ialah anggota Blackpink iaitu Jisoo, Camilla Belle, Kiko Chan dan ramai lagi.



Tahun lalu, salah seorang anggota Dolla iaitu Tabby menjadi satu-satunya artis wanita tempatan yang tersenarai dalam kategori tersebut.


Senarai tahunan 100 Wajah Tercantik itu dimulakan TC Candler sejak 1990 bersama The Independent Critics. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 29-7-2022 03:58 PM
Tinggi ke Meerqeen ni
Quote Perawankota 29-7-2022 04:23 PM
Tapi ni ni bila bercakap tak sedap pon
Quote Janggus_ 29-7-2022 06:11 PM
MsKathryn replied at 29-7-2022 03:58 PM
Tinggi ke Meerqeen ni

178cm... tinggi jugak. Anak saudara safura yaacob. Baru 21 tp nmpk matang dr usia.
Quote sleepandream 29-7-2022 06:17 PM
muka dia iras putera brunei yach
Quote shiraloveyou 29-7-2022 09:20 PM
Hun haqem kalau tinggi, mesti lagi hensem dari merqen nih..
Quote Goodluckdontcry 29-7-2022 09:39 PM
Edited by Goodluckdontcry at 29-7-2022 10:23 PM

Walau Mata den rabun Dan kadang Kero..Dan taula beauty is in the eyes of the beholder..tp awat org zaman ler ni..low taste BTL kome ye..ke org Sekarang tahap cantik/ hensem DH kepupusan..carilah yg hensem setaraf Johnny Depp waktu menjejak dewasa bkn remaja..takpun tahap tarabas waktu cite ape tah..klu cantik..thp Elizabeth kwn baik Michael Jackson ke? Catherine zeta Jones waktu Zorro ke?? Ni tahap K-pop kunyit yg mentang2 tgh hit kebaboom..apooo ahhh..ahh ahh (den nyanyi lagu amelina dik..)
Quote Shinichikudo 29-7-2022 09:45 PM
Lee zii jia versi hensem
Quote kivio 29-7-2022 10:36 PM
Masuk top100, rank #100 ke lmao
Quote mclaren 29-7-2022 10:45 PM
Macam ni kacak?


Pengsannnn!
Quote mendeluk 29-7-2022 10:50 PM
Dia takda lah kacak sangat. Tapi dia mcm nampak gooooooood. Taktau mcm mne nak explain.
Quote bluecrystal 29-7-2022 11:17 PM
indon kan suka betul dengan merqeen ni..asik lalu je account fans indon kat ig..semua ovari bergegar
Quote jalfa 29-7-2022 11:20 PM
Kenapa tak de nama  patah amon
Quote Nham22 29-7-2022 11:34 PM
Irl live okla budak ni... Tp takdela outstanding sgt.. Mcm bila jumpe irl mcm buat kite nak pusing 3 4 kali..takdepon... Rupe tu adela... Tp tak wow sgtpon... Apooo
Quote Masukkeluar 29-7-2022 11:46 PM
Nham22 replied at 29-7-2022 11:34 PM
Irl live okla budak ni... Tp takdela outstanding sgt.. Mcm bila jumpe irl mcm buat kite nak pusing 3 ...

dh pernah jumpa ke irl? bg aku dia ni blm ckup popular lg sbb hnya bbnu je yg kenal dan gilakn dia. klau mcm mawi, fatah tu mmg popular (zmn populariti dlu) sbb smpai acik acik pprt acik gomen dk tgila gilakan. hahaha.
Quote akuHavocczz 30-7-2022 09:42 AM
Nham22: Irl live okla budak ni... Tp t ...
baru baru ni i attend satu event dia ada and a few more artis ada datang. Dia jalan sorang pun tak heran. Artis lain ada jugak orang ajak bergambar.
Quote Nurul8001 30-7-2022 09:49 AM
Best naw2 ke citer yg dia ni berlakon? Memang nampak hensem ke kat TV? Kalau gambar yg kat Benang ni, nampak tahap ok je, tak outstanding pun. Fattah tak masuk ranking ke? Kalo Fattah, mana2 angle pun letops
Quote Nnasda53 30-7-2022 10:01 AM
jalfa replied at 29-7-2022 11:20 PM
Kenapa tak de nama  patah amon

Tak silap iols Abdul pernah tercalon masa pkp tahun 2020.
Quote stania83 30-7-2022 11:52 AM
trend international baru skrg kacak ada korean look mcam hun haqeem, meerqeen, prince brunei  syafiq tee. hensem ala remy ishak, aeril zafril basi dah.
Quote aijinmisaki 30-7-2022 11:57 AM
Tc chandler ni caprut. Yang banyak vote pun ummah hindon,kpopers.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.048098 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top