CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

4 Pagi Terdengar Lagu Nyanyian Siti Sarah, "Genap Setahun, Al-Fatihah Buat Isteri Tercinta"

29-7-2022 03:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2682| Komen: 11

Description: "Salam Jumaat. Genap setahun. Al Fatihah buat isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin. Bidadari Syurga".
"Salam Jumaat. Genap setahun. Al Fatihah buat isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin. Bidadari Syurga".

Demikian luah pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu yang merangkumkan genap setahun pemergian isteri tercinta yang dijemput Ilahi kerana penyakit Covid-19.



Foto: IG

Menerusi ruangan komen kebanyakan dipenuhi dengan ucapan dan doa daripada peminat dan rakan selebriti.

"Dah setahun yer? Kalau mengikut kalender Islam ye ib? Rasa bulan lapan kan? Al Fatihah…dulu awal-awal selalu mimpikan arwah," kata Sharifah Shahira.



"Pagi tadi sekitar jam 4 pagi saya terjaga dari tidur kerana terdengar lagu nyanyian arwah. Saya tak pasti jiran mana yang pasang tapi pelik kerana jam 4 pagi. Kuat sehingga terdengar ke rumah saya, terus saya sedekahkan Al Fatihah…Allahuakbar," komen warganet.

"Peritnya apabila kita kehilangan orang yang tercinta, saya pun baru saja kehilangan suami pada 14 Julai lalu. Hanya Allah yang tahu betapa sayangnya kita pada mereka. Semoga mereka tenang di sana..amin," komen peminat.




Shuib, 38, atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad turut mengakui memori dan 'keberadaan' Siti Sarah masih kuat dalam dirinya.

Shuib kini seorang bapa tunggal kepada empat orang anak, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan.


Arwah isterinya, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos lalu selepas melahirkan anak bongsu mereka Ayash dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur. -CARI

umber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 29-7-2022 04:16 PM
terus sedekah kah al fatihah utk arwah.. still rasa x percaya arwah dh xde
Quote asfaz 29-7-2022 04:20 PM
Peliknya 4am jiran pasang lagu. Rumah kau bukan setinggan,bukan flat tau soeb. Ntah2 bapak or mak mertua tiri kau yang pasang lagu
Quote putericahaya999 29-7-2022 04:23 PM
Kpi netizen setahun syuib tak kawen tercapai
Quote rezaremy 29-7-2022 05:53 PM
Al fatihah unuk arwah siti sarah....semoga dipermudahkan segala urusan kat sana
Quote makadek 30-7-2022 11:39 AM
Arh sodah la ko
Quote eely_shana 30-7-2022 11:53 AM
Alfatihah buat arwah sarah.
Quote matbad 30-7-2022 09:48 PM
asfaz: Peliknya 4am jiran pasang lagu ...

Warganet yg komen bkn soib hihi
Quote Imkhai 31-7-2022 11:44 PM
Bkn 9/8 ke arwah meninggal ingt lg 1st vaksin aku tarikh ni
Quote bored_atticus 1-8-2022 08:23 AM
baru 1 year? ingatkan dah bertahun. sebab banyak gossip pasal siapa isteri baru dia.. kesian siti sarah. masih merah tanah kubur, orang dah sibuk nak cari pengganti dia
Quote slyfynx 1-8-2022 11:14 AM
asfaz replied at 29-7-2022 04:20 PM
Peliknya 4am jiran pasang lagu. Rumah kau bukan setinggan,bukan flat tau soeb. Ntah2 bapak or mak me ...

Yg terdengar tu orang lain. Just komen kt post die je
Quote kwekkwek 1-8-2022 11:48 AM
AL-FATIHAH

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.091127 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top