CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buka Kafe Di Tanah Perkuburan- Asalkan Sedap, Sambil Makan Boleh Tengok Kubur

29-7-2022 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1974| Komen: 11

Description: NEW DELHI – Sebuah restoran di India menjadi tular kerana keunikannya yang menawarkan suasana makan di kawasan perkuburan, lapor program berita Liputan 6.
NEW DELHI – Sebuah restoran di India menjadi tular kerana keunikannya yang menawarkan suasana makan di kawasan perkuburan, lapor program berita Liputan 6.

Berdasarkan klip video mengenainya yang dikongsikan, kafe dipercayai terletak di lokasi bernama Prindavan itu  dipenuhi kubur berwarna hijau.

Setiap kotak kubur mempunyai pagar berwarna putih di sekelilingnya.


Foto: Tiktok

Sebatang dahan pokok yang besar turut dilihat berada di dalam restoran tersebut dan  menembusi siling premis.

Pengunjung pula sedang asyik menikmati makanan tanpa menghiraukan kubur-kubur yang berada di dalam kafe itu.

“Makan di kafe kubur ala Prindavan,” demikian menurut keterangan dalam klip video berkenaan yang dikongsikan di laman TikTok.

Video tersebut menjadi tular di media sosial Indonesia dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Saya pasti tiada syif malam,” kata seorang pengguna.

“Tidak kisah di mana pun tempatnya. Apa yang penting, makanannya enak,” kata seorang lagi netizen. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 29-7-2022 10:48 AM
Kubur kosong nak takut apa..
Quote glump 29-7-2022 01:56 PM
Jirat Cina kat biasa dijadikan tempat melepak di sini .
Quote sharlenetexas 29-7-2022 01:59 PM
Bangkit dari kuburan.


Quote Samerosie 29-7-2022 03:25 PM
Mesti orang insaf nak merokok dalam cafe ni kan.
Quote CikYaYaYa 29-7-2022 09:35 PM
Xleh lawan dengan ummah yindon. Buat konsert dangdut gelekk seksaaa kat kuboran..
Quote mojarean_X 29-7-2022 11:23 PM
Ni kubur penganut apa? Jarang betullah jumpa kubur hindu
Quote kepompong 29-7-2022 11:32 PM
kat sempadan melaka-muar ada gerai kubur. mmg sebelah betul dgn kubur, nama gerai pun goreng pisang kubur ke apa entah, tapi ada nama kubur…rasa2 macam byk lagi gerai macam tu kat johor, selangor , etc
Quote kepompong 29-7-2022 11:33 PM
mojarean_X replied at 29-7-2022 11:23 PM
Ni kubur penganut apa? Jarang betullah jumpa kubur hindu

dekat sini, sebelah2 aje kubur hindu, kristian & islam
Quote faraway1 30-7-2022 01:55 AM
Sambil makan sambil ingat kematian gitu...
Quote Goodluckdontcry 30-7-2022 02:05 AM
Kalau ko tgk kubur tp xmenimbulkan keinsafan pun..tak berguna juga..

Bak kata pepatah..sesal dulu pendapatan, sesal kemudian..tiada berguna..
Quote Gomea 30-7-2022 02:53 AM
kepompong replied at 29-7-2022 11:32 PM
kat sempadan melaka-muar ada gerai kubur. mmg sebelah betul dgn kubur, nama gerai pun goreng pisang  ...

Mee bodoh kat tengkera tu pon betul2 kubur lame kan? Lame dah tak lalu area tu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.166914 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top