CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebam Teruk Kena Piat Telinga, Ibu Dakwa Anak Autisme Didera Cikgu Sekolah

26-7-2022 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1262| Komen: 7

Description: Baru sahaja beberapa hari lalu negara ini digemparkan dengan video memaparkan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun menjadi mangsa penderaan ibu angkatnya.
Baru sahaja beberapa hari lalu negara ini digemparkan dengan video memaparkan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun menjadi mangsa penderaan ibu angkatnya.


Terbaru, tular pula kisah seumpamanya namun kali ini mangsanya adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang menghidap autisme.

Dalam satu hantaran di Facebook, ibu kepada kanak-kanak berkenaan mendakwa anaknya didera di sekolah oleh seorang guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sehingga meninggalkan kesan lebam teruk pada kedua-dua belah telinganya.


Foto: FB

"Guru berkenaan bukan merupakan guru kelas dan guru subjek anak saya, cuma guru PPKI sekolah sahaja. Dan ini merupakan insiden kedua dilakukan oleh guru berkenaan terhadap anak saya.

"Guru berkenaan menyatakan tindakan beliau disebabkan anak saya aktif dan PPKI tidak cukup staf untuk mengurus murid-murid PPKI pada hari berkenaan.

"Adakah masalah tidak cukup staf oleh pihak sekolah patut sehingga anak saya dijadikan mangsa penderaan beliau?" tulisnya pada hantaran tersebut.

Wanita berkenaan turut memuat naik dua keping gambar menunjukkan telinga anaknya yang berwarna kebiru-biruan sebagai bukti dakwaannya.

Dakwanya lagi, selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa kesan lebam pada telinga anaknya berpunca daripada penderaan.

Menurut wanita itu lagi, sepanjang lima bulan anaknya mengikuti PPKI di sekolah berkenaan, hasil 'follow up' bersama guru setiap minggu setakat ini mendapati tiada lagi aduan berkenaan tingkah laku agresif kanak-kanak tersebut.

Foto: FB


Malah ujarnya, sebelum memasuki darjah satu PPKI, anaknya telah mengikuti sesi pembelajaran khas termasuk kelas berenang dan kelas membaca selama tiga tahun.

"Tiada sebarang report memaklumkan anak saya bermasalah tingkah laku membahayakan orang (agresif) dan setiap hari selepas waktu persekolah anak saya ke transit, tiada sebarang masalah tingkah laku dimaklumkan oleh pihak transit.

"Selepas kejadian ini, tiba-tiba pihak sekolah memaklumkan anak saya mempunyai masalah dan menghina kami sebagai parent.

"Maklumkan segala usaha kami bertahun-tahun hantar anak kami ke beberapa kelas sia-sia, anak saya makin bermasalah dan menyatakan kelas-kelas berkenaan berbayar sebab itu tiada aduan.

"Kenapa selepas kes ini berlaku baru mempertikaikan segala usaha parent? PPKI tempat kebajikan untuk anak-anak OKU didera oleh guru? Guru-guru PPKI tiada bayaran gaji ke?" luahnya lagi.

Apa yang membuatkan wanita tersebut terkilan, anaknya dijadikan mangsa keadaan kerana tidak boleh bertutur untuk bercerita mengenai kejadian sebenar yang berlaku.

"Kejadian tersebut juga tiada saksi disebabkan oleh waktu rehat. Anak saya dijadikan mangsa keadaan untuk pihak sekolah menutup kes bagi menjaga nama sekolah dan menjaga guru berkenaan daripada kena tindakan.

"Inilah nasib anak-anak OKU, tiada pembelaan dan simpati apa berlaku," luahnya lagi.

Luahan wanita tersebut turut dikongsikan di laman Facebook Autisme Malaysia.

Ribuan komen membanjiri perkongsian tersebut, dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa kanak-kanak malang berkenaan.

Namun sebahagian besar daripada warga maya menyarankan agar wanita tersebut membawa kes berkenaan untuk perhatian pihak berkuasa agar siasatan dapat dilakukan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orenn1 26-7-2022 12:42 PM
Edited by Orenn1 at 26-7-2022 12:44 PM

Bangsattt betul sampaii lebam merah telinga budak tu dibuatnya. Sekolah mana cikgu nama apa ni, another benon, ramaii sungguh org dewasa jahat yg suka aniaya budak2 di negara kita. Dorg mcm senangnya seksa budak, sungguh jahat dan kejam.
Quote Orenn1 26-7-2022 12:47 PM
Siapa ye menteri pendidikan yg masih diam serihu bahasa walaupun kes melibatkan kekasaran n penganiayaan pd kanak2 mcm byk berlaku kat sekolah sejak kebelakangan ni. Takde pendirian ke tntg apa yg berlaku, ambik gaji tiap2 bulan jah
Quote rosedemon 26-7-2022 01:37 PM
cikgu sekarang ramai dah tak penyabar macam zaman dolu-dolu
Quote Decaffeinated 26-7-2022 02:20 PM
rosedemon replied at 26-7-2022 01:37 PM
cikgu sekarang ramai dah tak penyabar macam zaman dolu-dolu

ayat cliche romantisma zaman silam

cikgu2 dulu2 semua penyabar ka?


Quote Orenn1 26-7-2022 02:39 PM
rosedemon replied at 26-7-2022 01:37 PM
cikgu sekarang ramai dah tak penyabar macam zaman dolu-dolu

cikgu2 dulu pun ramaii yg mcm taliban sis cuma dulu masyarakat kurang cerdik, takde kesedaran n terima saja segala penindasan, tak berani bersuara, disamling ramai yg kena brainwashed itulah caranya mendidik budakk plus takde social media. Sekarang org msia berpelajaran tinggi ( terutama wanita ye), pemikiran kita makin maju makin civilized lol ada access pd maklumat mcm2, so blh berfikir dgn rebih rasonal, ada kesedaran utk bangkang benda tak betul, medium socmed pun memainkan peranan so segala perangaiii buruk cikgu2 dah tak dpt disembunyikan lagi
Quote saviour_09 26-7-2022 03:28 PM
tak cukup staff lesen utk jadi kurang ajar biadap bangsat syaiton kan?

alasan klise org skrg

puuiihh
Quote dua_chzy 26-7-2022 03:32 PM
rosedemon replied at 26-7-2022 05:37 AM
cikgu sekarang ramai dah tak penyabar macam zaman dolu-dolu

Cikgu dulu lagik syaitan nak mampooosssss

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.050488 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top