CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cerita AC Mizal Makan Tisu Masa Hidup Susah Dianggap Tak Masuk Akal

26-7-2022 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5272| Komen: 44

Description: Perkongsian pengacara terkenal Datuk AC Mizal mengenai kesempitan hidup yang pernah dialami sekitar 20 tahun lalu ketika menanti kelahiran anak pertama bersama isteri, Datin Emylia Rosnaida menjadi ba ...
Perkongsian pengacara terkenal Datuk AC Mizal mengenai kesempitan hidup yang pernah dialami sekitar 20 tahun lalu ketika menanti kelahiran anak pertama bersama isteri, Datin Emylia Rosnaida menjadi bahan jenaka dalam kalangan netizen di media sosial.


Menerusi temu bual program #MHThrowback terbitan portal Media Hiburan, AC Mizal mendedahkan dia pernah terpaksa makan tisu bersama kuah roti canai untuk mengisi perut dan ia merupakan fasa sukar dalam hidupnya.

Foto: IG

"Saya pernah cerita saya makan tisu bersama kuah roti canai orang. Isteri tidak tahu, bila waktu pagi rakan ajak pergi sarapan saya cakap tak apa, saya dah makan.

"Ini kisah benar. Kalau orang nak cerita fasal kesusahan dengan saya, tak payahlah. Saya sudah lalui macam-macam," katanya dalam temu bual yang dikendalikan Radin Era tersebut.



Tidak hanya dianggap lucu, segelintir warganet menyifatkan kenyataan AC Mizal itu sebagai perkara tidak masuk akal.

Rata-rata sukar mempercayai perkongsian itu kerana menganggap ia mustahil dan tidak mungkin dilakukan oleh seorang individu seperti pengacara berkenaan.

Pun begitu, ada juga menyifatkan tisu yang dimaksudkan oleh AC Mizal adalah roti tisu yang pada ketika itu harganya masih mampu milik.



"Kalau susah, tidak masuk kedai mamak. Kalau pergi sana semata-mata untuk makan tisu. Mungkin ayat itu tergantung dan nak tulis roti tisu.

"Rasanya roti tisu. Dia melawak, bersangka baik sahaja. Kami miskin sangat pun dulu tak pernah makan tisu, paling-paling pun makan ubi," tulis salah seorang netizen di Facebook.



Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang berseloroh bahawa menu tisu bersama kuah roti canai akan menjadi fenomena dengan perkongsian AC Mizal tersebut apatah lagi keadaan ekonomi negara ketika ini kurang baik.

"Persatuan restoran mamak sedunia telah bersepakat menambah satu lagi menu iaitu roti tisu. Menu tersebut laku keras.

"Kuah pun boleh pilih, susu atau keju meleleh, kari kambing... ikut selera masing-masing," tulis netizen.


Tembu bual yang dibuat pada April tahun lalu itu tular di media sosial selepas portal berkenaan berkongsi semula artikel dan video berkenaan di Facebook pada Sabtu lalu.

Dalam video berkenaan, AC Mizal turut berkongsi tentang perjalanan kariernya sebagai penyanyi rap bersama kumpulan 4U2C selain pengelibatannya dalam bidang lakonan.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 26-7-2022 12:26 PM
aikkkk???
inspirasi cite kotaro lives alone keeee acaner???
Quote prettyuglybabe 26-7-2022 12:30 PM
bak kata re..
nak menipu pun biar la possible..
ini impossible..
bongok..
Quote ezacbee 26-7-2022 12:38 PM
Adakah keluasan dahi mu itu menunjukkan betapa luasnya kebodohan mu ?

Orang susah takan makan tisu sbb tisu tu untuk lap kekotoran bukan makanan.
Quote dudaberhias 26-7-2022 12:42 PM
Memang ada pun dia cerita dalam rancangan sembang kot tak silap pasal cicah tisu semua tu. Tapi nak tanya sebelum shoot rancangan tu ada jumpa jijang semang tak? boleh tahu produk apa akan di bawa keluar? Harap2 bukan inaikarat tinted
Quote SherryZass 26-7-2022 12:45 PM
Cuba lakonkan semula, mungkin boleh dipertimbangkan utk percaya cerita kau tu
Quote sayurmayur88 26-7-2022 01:26 PM
ayah dia kira org senang jugak kan, mustahil x mnta tlg sikit ke ayah
Quote awex^returns 26-7-2022 01:41 PM
kalau bebetul makan tisu dah lama aruah dah
tak sempat tinted nak merasa jadi datin
keje nak membongek je
Quote BellaThePrinces 26-7-2022 01:42 PM
'roti tisu bersama kuah roti canai orang'.......ha..ha...tak malu ehh...tau takde duit awat pi masuk kedai jugak....nampak nau menipunya..

sapa aje yang dh tgk suketv ni...ok kah?
smlm baca kat fb ada yg komen kata terlalu byk rancangan hiburan yg ntah haper2 and berulang2..

Quote SpyLeman 26-7-2022 01:48 PM
Alhamdulillah...lps kawin tinted, rezeki bertambah 2. Tapi bila duit dah byk tu, srhla datin g repair hidung tu. Senget dan cedera parah tu. Cer korang tgk kt IG Azah aziz. Dah mcm menara condong Pisa kt italy. Ehhh...menara condong teluk intan
Quote takkoser 26-7-2022 01:52 PM
Nak komen lalu tajuk ni teringat dulu suka makan pencil kayu dan kertas.. Btw bukan sebab susah sbb entah suka kot.. Sekarang tak dah makan, cuma  kertas alas muffin tu still tertinggal tabiat suka makan. Pelik ke eh? (saje nak story????)
Quote dejure 26-7-2022 01:55 PM
Pakcik guard pon ada saving la tok kiok oiii..kau bukan baru sebulan dua kau jd artis sblm kahwin dgn tinted,kau nyanyi 4u2c,berlakon gerak khas takkanlh sikit simpanan pon kau takde.nk menipu pon biarlh logik sikit
Quote kakJOYah 26-7-2022 01:59 PM
dia ni anak didik zizang semang jugak ke..?
Quote anony-mous 26-7-2022 02:24 PM
Pedooh sgt la. Mmg pernah baca kisah tisu tu. Byk kali jugak kan ulang2 cerita yg sama? Lapa mcm mana pon rasanya x gamak mkn tisu lain la belah somalia afrika sana. Kalau TERmakan tisu i percaya
Quote tobobon 26-7-2022 02:45 PM
rasa mcm pernah baca kat forum pasal heols makan tisu ni...motif citer astrok??
Quote orkidorkido 26-7-2022 03:40 PM
Hmm kesiannn
Pastu kau pergi tipu duit orang jual gelang
Quote imanjannah 26-7-2022 03:49 PM
membongak je ko ac
Quote Burong_Hantuk 26-7-2022 03:51 PM
Hanattt punya tahap mmbongak!!!!
Quote Prickford 26-7-2022 03:54 PM
sayurmayur88 replied at 26-7-2022 05:26 AM
ayah dia kira org senang jugak kan, mustahil x mnta tlg sikit ke ayah

Ayah dia bukan kaleng2. Nak2 uncle iolls memang kawan baik dgn ayah heolls. Geng2 polis datuk2, tan sri2 ni. Iolls rasa acah2 je Tok Gelang ni. Gelendangan yg miskin namatey pon tak sior nak makan tisu.

Quote cikatilia 26-7-2022 04:40 PM
bukan time tu sibuk dgn gelang ajaib dia ke
dok pakai keta mewah bagai segala mak neka

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.053693 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top