CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Penjual Tak Beragak Jual ‘Seat’ C70 Rabak Pada Harga RM350

26-7-2022 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1901| Komen: 5

Description: Tempat duduk motosikal jenama Honda C70 asli yang sudah tembus dan berkarat dijual pada harga RM350 di salah satu laman e-dagang mendapat perhatian ramai.
Tempat duduk motosikal jenama Honda C70 asli yang sudah tembus dan berkarat dijual pada harga RM350 di salah satu laman e-dagang mendapat perhatian ramai.


Dikatakan, tempat duduk ‘ori motor’ (OM) itu dikeluarkan sekitar 70-an dan tidak pernah diubahsuai sejak motosikal tersebut dibeli lagi.



Namun, apa yang menjadi perdebatan adalah keadaan tempat duduk itu yang kelihatan usang, namun harga yang ditawarkan terlalu mahal.

Rata-rata warganet menjadikan hantaran jualan tersebut sebagai bahan mereka untuk mengutuk sikap penjual yang hanya mahukan keuntungan berlipat kali ganda walaupun barang yang ditawarkan itu dalam keadaan tidak padan dengan harga.


“Bukan nak kata, betullah barang ni ori motor tapi tidak beragak nak jual sampai RM350. Ini dah usang sangat ni, tak tahu dia jumpa dekat mana.

“Memang ada harga sebab barang lama, tapi kena tengok juga keadaan barang nak dijual itu setimpal atau tidak dengan harga yang ditawarkan,” jelas Azman Hamad.

“Saya nak beli kucing yang cakar kerusi ni, mesti lagi mahal sebab kucing tu yang membuatkan kerusi nampak hebat dan bercorak,” jelas Acap RS.

“Saya doakan kepada penjualnya mendapat pembeli yang sepatutnya, saya mampu berdoa harap ada orang yang bijak membeli barang purba ini, kalau tidak kita siapa lagi,” kata Paan Sayonara. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 26-7-2022 04:22 PM
anda tidak mengenal baram
Quote uori 27-7-2022 12:55 PM
nak duduk geli. nak jadikan koleksi, buruk
Quote HuoJingJue 1-8-2022 06:32 PM
esok2 ada gak orang beli...hahahahaha
Quote Artemesiaa 2-8-2022 05:01 PM
Tak kena dengan harganya dengan dah koyak sana sini macam tu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.185467 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top