CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenali Lelaki Melalui Bahasa Badan

12-8-2015 06:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4220| Komen: 1

Description: Lelaki kebiasaannya memilki sikap yang lebih tenang dan sukar untuk diduga. Mungkin sukar untuk wanita mengagak perangai seorang lelaki melalui percakapannya, namun....

Oleh : Dean BZ

Sumber foto : www.coolchaser.com

Lelaki kebiasaannya memilki sikap yang lebih tenang dan sukar untuk diduga. Mungkin sukar untuk wanita mengagak perangai seorang lelaki melalui percakapannya, namun tahukah anda melalui bahasa badan pun kita dapat mengenal perilaku seseorang lelaki?

Mungkin pembaca wanita diluar sana boleh mencuba tips ini untuk mengenal siapakah teman lelaki anda yang sebenar :

1 - Anggukan kepala
Apabila lelaki menganggukkan kepalanya ketika sedang berbual-bual dengan anda membuktikan lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga jenis yang ringan tulang membantu dan ada di samping anda apabila diperlukan.

2 - Dekatkan badan
Lelaki yang suka mendekatkan badannya dengan diri anda apabila sedang berbual adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

3 - Merenung
Lelaki ini adalah jenis suka meminta-minta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

4 - Menggerakkan tangan  dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Mereka beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta. Oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

5 - Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan pantang mengalah.
       
6 - Memandang mata
 Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

7 - Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah dibawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.
       

Selamat mencuba! - CARI Infonet.




Sumber : mingguanwanita




8

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 12-8-2015 11:32 AM



Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.049705 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top