CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir Kilat Di Puncak Alam

12-8-2015 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 15682| Komen: 83

Description: PUNCAK ALAM - Hampir 20,000 penduduk Puncak Alam terkandas apabila laluan keluar masuk ditengelami air selepas hujan lebat melanda sejak petang semalam ...
Oleh Izzah Abbasy
                                                                                          
PUNCAK ALAM - Hampir 20,000 penduduk Puncak Alam terkandas apabila laluan keluar masuk ditengelami air selepas hujan lebat melanda sejak petang semalam.

Lebih teruk, kawasan perumahan Shah Alam 2 @ Sinar Alam (SA2) ditenggelami air sehingga satu meter menyebabkan 20 kanak-kanak bersama lima guru terpaksa dipindahkan ke tempat selamat selepas taska dinaiki air.

Salah sebuah taska yang terletak di Lorong Lautan Samudera itu dinaiki air dan anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat Bestari Jaya membantu memindahkan mangsa selepas menerima panggilan orang awam pada jam 5.25 petang.




Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 07, Mohd Razib Mohd Talib, 42, berkata, musibah banjir yang melanda kawasan itu paling terburuk berlaku.

“Kedua laluan masuk Puncak Alam ditenggelami air dan hampir 20,000 penduduk terkandas manakala kawasan SA2 dinaiki air sehingga paras satu meter.

“Apa yang kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) buat? Sampaikan banjir teruk di kawasan ini... bukan sekali tapi dah banyak kali banjir tapi ini paling teruk.


“Penduduk mendesak PBT ambil tindakan drastik selesaikan isu banjir memandangkan longkang tersumbat dan melimpah ke jalan,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata Mohd Razib lagi, bukan sahaja laluan masuk terjejas tetapi beberapa perumahan turut dinaiki air seperti di SA2, Alam Suria dan laluan alternatif ke Kampung Bukit Hijau.

“Harapkan Pakatan Rakyat (PR) yang ambil alih boleh bantu isu banjir di Meru tapi realitinya masalah ini melarat sehingga ke Puncak Alam sehingga menyusahkan penduduk.

“Saya berharap PBT dan Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) Puncak Alam peka dalam masalah ini dan membantu menangani masalah sebelum melarat lebih teruk,” katanya. -
CARI Infonet


Sumber asal : www.sinarharian.com.my

10

Bagus
22

Marah
13

Terkejut
16

Sedih
17

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 12-8-2015 09:00 AM
Duk atas puncak pun bleh banjir
Quote page_up 12-8-2015 09:02 AM
semoga Allah melindungi kita semua
Quote GhostWalking 12-8-2015 09:04 AM
agak2 turun tak harga property sana sikit
Quote nuralisa 12-8-2015 09:06 AM
first time dengar sana banjir...teruk jugak
tpi smlm mmg bnyak tempat naik air.. setia alam pun naik air...
Quote scorpionkiki 12-8-2015 09:06 AM
Khalid tentu geleng kepala sekarang
Quote kecimpret 12-8-2015 09:07 AM
sib baik x beli property sini
Quote tucenmeow 12-8-2015 09:10 AM
menipu btul 20,000 terjejas...melampau sokabor ni....
Quote purplegreen 12-8-2015 09:17 AM
Kalau hujan lagi harini, alamatnya banjiq gak la rumah aku
Quote lindarafee 12-8-2015 09:18 AM
tucenmeow replied at 12-8-2015 08:10 AM
menipu btul 20,000 terjejas...melampau sokabor ni....

betollah. sbb laluan keluar masuk utama banjir. semua penduduk situ terjejas lah. termasuk student UiTM. Bkn maknanya 20000 tu kene banjir
Quote primemova 12-8-2015 09:18 AM
ironi.... Atas puncak pun banjir
Quote razzmat 12-8-2015 09:20 AM
nama jalan pun dh LAUTAN SAMUDERA mau tk banjir
Quote aHoi83 12-8-2015 09:20 AM
tarahla bukit lebih byk2 baru la aman damai
Quote famri7 12-8-2015 09:20 AM
Elohim maha adil sis...elohim bayar cash!
Quote gaara_X 12-8-2015 09:25 AM
banyak pembangunan sedang rancak dijalankan.....mmg akan mengalami masalah ini....
Quote tucenmeow 12-8-2015 09:26 AM
lindarafee replied at 12-8-2015 09:18 AM
betollah. sbb laluan keluar masuk utama banjir. semua penduduk situ terjejas lah. termasuk student ...

dia tulis 20000 penduduk puncak alam terkandas...mmg la jln keluar masuk naik air..tp bkn x boleh lalu pun....
Quote krustykrab 12-8-2015 09:28 AM
aku dah disposed rumah aku kat sini....buang duit beli, dah la jauh nak ke tmpt keje, nak sewakan rege punya la rendah...last2 jual tu pun bg diskaun
Quote harkktuih 12-8-2015 09:28 AM
Salah sebuah taska yang terletak di Lorong Lautan Samudera itu dinaiki air dan anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat Bestari Jaya membantu memindahkan mangsa selepas menerima panggilan orang awam pada jam 5.25 petang.



Quote kecimpret 12-8-2015 09:30 AM
primemova replied at 12-8-2015 09:18 AM
ironi.... Atas puncak pun banjir

kalo cek gugel terrain...puncak alam ni sebenarnya terletak kat valley...flat land diantara 2 bukit...nipu beno taruk nama puncak
Quote lindarafee 12-8-2015 09:30 AM
tucenmeow replied at 12-8-2015 08:26 AM
dia tulis 20000 penduduk puncak alam terkandas...mmg la jln keluar masuk naik air..tp bkn x boleh  ...

terjejas, bkn terkandas. beza tu

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.055372 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top