CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Payah Nak Pinjam Atau Naik E-Hailing, Yazmin Aziz Dah Mampu Beli Kereta Sendiri

1-7-2022 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2442| Komen: 10

Description: Yazmin Aziz gembira apabila impiannya untuk memiliki sebuah kereta sendiri pada usia 21 tahun tercapai selepas membeli sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (SUV) CRV Honda.
Yazmin Aziz gembira apabila impiannya untuk memiliki sebuah kereta sendiri pada usia 21 tahun tercapai selepas membeli sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (SUV) CRV Honda.


Ujar penyanyi berdarah kacukan Melayu dan Filipina itu, selama ini dia terpaksa meminjam kereta atau menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk bergerak ke mana sahaja termasuk membuat persembahan.

Foto: IG

“Selepas berpindah ke Malaysia dari Manila, Filipina bersama keluarga sekitar 10 tahun lalu, kami memiliki sebuah kereta jenis Myvi.

“Kereta tersebut banyak berjasa, namun usianya lebih tua berbanding adik bongsu saya. Ditambah bilangan ahli keluarga yang semakin ramai.


“Selama beberapa bulan saya perlu meminjam kereta untuk bergerak ke mana-mana atau menggunakan khidmat e-hailing,” ujarnya.



Kata bekas peserta Big Stage musim kelapan itu lagi, dia tekad membeli sebuah kereta demi keselesaan bukan sahaja buat dirinya, bahkan juga keluarga dan perlu bekerja keras untuk merealisasikan impiannya.

“Saya memasang impian untuk memiliki kereta pada usia 21 tahun. Tuhan bagaimanapun memakbulkan doa saya sebelum sambutan ulang tahun kelahiran saya. Saya sangat bersyukur.



“Tidak salah sebenarnya untuk pasang impian pada usia muda. Malah impian itu juga membuatkan saya perlu bekerja lebih keras lagi.

“Kepada anda yang memiliki impian seperti saya, jangan berhenti bermimpi,” kata Yazmin yang kini dalam usaha untuk mendapatkan lesen memandu.


 
Selepas memiliki kereta, penyanyi berusia 20 tahun itu kini berhasrat membeli sebuah rumah pula untuk keluarganya.

Walaupun sedar perkara tersebut sukar, dia tidak akan pernah berhenti berdoa dan bekerja keras supaya impiannya tercapai untuk memiliki sebuah kediaman sendiri.


Sekadar info, Yazmin mula aktif sebagai penyanyi pada 2017 dan telah mengeluarkan single sulungnya berjudul Lihatlah pada 2018 dan diikuti dengan beberapa single lain seperti Heart & Soul, Cold Rainy Days dan Soul Connection. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 1-7-2022 03:26 PM
yang dia peluk tu boypren ke? siap ckp potugis bagai
Quote cheezel 1-7-2022 09:54 PM
Gelinya pilipin mulut besar ni
Quote youell 1-7-2022 10:36 PM
Lorr..21 ke..ingat 31
Quote Racurve 2-7-2022 02:23 AM
lepas tu ape nyahh? ko dengan bespren eh bopren nak bersenam tanpa baju dalam keta tu kerr nyahh? mana part gosip tu nyahh? takkan citer takat ko mampu beli keta jah nak buat modal gosip nyahh?
Quote timah03 2-7-2022 07:48 AM
Kalau nak try kereta lain lain... Boleh la try abang long sofa...
Quote SonicSiLandak 2-7-2022 10:27 AM
budak ni elok pergi amerika..

banyak syarikat produksi nak amik dia berlakon

Quote suterabiru123 2-7-2022 03:36 PM
Dia ni makin lama makin terserlah seperti artis2 bintang porno
Quote sleepandream 2-7-2022 05:24 PM
mak aiii seksi bethol....
kalah baby shima yach....
Quote hasniey 2-7-2022 08:40 PM
Cepat je kaya artis2 ni
Pdhal lagu dia ai xprnah dgr.nmpk dia kt tiktok je selalu buat drama ala2 pinoy tiba2 masuk big stage.ni terus kaya.woww
Quote Afifi82 2-7-2022 08:43 PM
Muda lagi. Tgk muka macam dah 30+..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.048628 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top