Meskipun insiden diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali yang ingin cuba menculik anak perempuannya iaitu Laana Haura pada petang Ahad lalu meninggalkan kesan trauma Lufya Omar namun pelakon itu tetap merasai hikmahnya.
Lufya atau Lufya Sheikh Omar, 37, berkata, disebabkan kejadian itu hubungan dengan bekas suami iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum kembali jernih sejak bercerai dua tahun lalu. Paling penting katanya, hubungan Dr Che Hafiz dengan anak mereka juga semakin rapat memandangkan jarang bertemu sebelum ini. "Bagi saya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Hubungan bekas suami dengan anak pun dah semakin rapat. Sebelum ini, dia jarang datang berjumpa anak.
"Semalam dia ada juga datang meluangkan masa bersama Haura. Bila tengok anak merengek-rengek tidak mahu bagi bapanya balik, dia pun faham yang anak perlukan dia. "Masa anak cakap ‘daddy tak ingat Haura, daddy tak sayang Haura, daddy sayang Haura masih kecil saja’, terus dia menangis," katanya kepada mStar.
|
None68 replied at 1-7-2022 06:32 PM
Saja suruh suami datang tengok dia dah kurus.
kotakominami replied at 1-7-2022 06:56 PM
Rase semacam lah die ni...terus teringat cite gone girl...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.127971 second(s), 63 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.