CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rai Dua Dekad Sebagai Penyanyi, Siti Nordiana Pun Nak Buat Konsert Juga

30-6-2022 08:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3435| Komen: 32|Original author: Tatod

Description: Sumber IG'Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mendedahkan dia bakal mementaskan konsert solo berskala besar bagi meraikan dua dekad pembabitan dalam dunia seni.Kata Nana, pihak pengurusannya sudah pun ...
Sumber IG'


Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mendedahkan dia bakal mementaskan konsert solo berskala besar bagi meraikan dua dekad pembabitan dalam dunia seni.

Kata Nana, pihak pengurusannya sudah pun berbincang dengan penaja berpotensi bagi menganjurkan konsert solo pertamanya itu.

"Saya sangat teruja kerana impian untuk mengadakan konsert solo hampir tercapai. Sebelum ini, saya pernah mengadakan konsert juga tetapi bersama Alif Satar.


"Doakan semoga semuanya berjalan lancar dan impian saya untuk menghiburkan peminat dalam skala besar akan terlaksana," katanya kepada Berita Harian.


Ditanyakan mengenai lokasi yang menjadi pilihan wanita untuk mengadakan konsert tersebut, selebriti yang mesra disapa sebagai Nana itu berkata, dia berkemungkinan mementaskan konsert berkenaan di Istana Budaya (IB).

"Sudah menjadi impian saya untuk menganjurkan konsert di IB kerana ia lebih intim. Kita jangka konsert itu dianjurkan pada November depan," katanya.

Pemenang trofi Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 bercadang untuk mendendangkan tujuh buah lagu yang akan berkongsi perjalanan kisah suka duka dirinya dalam usaha mencipta nama sebagai artis serba boleh. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 1-7-2022 10:15 AM
kena betul-betul sihatlah...baru power...sampai bila nak guna alasan tak sihat, tak cukup rehat...demam dan sakit tekak masa setiap kali LIVE...hujung-hujung suara lemau sendu leman-leman sajaaaa....
Quote laksmanabentan 1-7-2022 10:19 AM
hahahahaaaa...... ada yang nak tengok ker tu???
Quote SonicSiLandak 2-7-2022 09:28 PM
[youtube]GXwuzoy4RCA[/youtube]
Quote scrocth 2-7-2022 10:07 PM
Buat showcase sudahlah. Range tiket rm150-rm200 ok la utk kategori peminat2 nana. Lokasi ambiklah yang biasa2 mcm wisma bentley music ke, klpac atau pn venue yg aina buat konsert 1.0 tu. Kalau IB tkt kerugian jer.
Quote hzln 2-7-2022 10:12 PM
Banyak ker lagu hits nyer?
Pemenat2 ko golongan yg sanggup berabih beratus utk beli teket ker?

Cukup ler 2 soalan tu saja
Quote one_aiman 2-7-2022 10:22 PM
agak2 cukup tak 12 lagu sendiri yg peminat boleh sing along?
Quote fadz84 2-7-2022 10:28 PM
hzln replied at 2-7-2022 10:12 PM
Banyak ker lagu hits nyer?
Pemenat2 ko golongan yg sanggup berabih beratus utk beli teket ker?


Lagu2 leman zmn Radio Muzik dulu leh kira tak? hehehe..
Quote fadz84 2-7-2022 10:34 PM
one_aiman replied at 2-7-2022 10:22 PM
agak2 cukup tak 12 lagu sendiri yg peminat boleh sing along?

Kalau peminat Nana sure tau lagu2 ni;
- Cinta Hanya Sandaran
- Terpaut Sayang Padamu
- Kasihmu Seakan Berubah
- Seribu Setia
- Dalam Gerimis Hati Menangis
- Gurauan Berkasih
- Memori Berkasih
- Resepi Berkasih
- Bukan Mengungkit Tapi Membangkit
- Paling Comel
- Tak Upaya Menangis Lagi
- Angkara
- Terus Mencintai
- Hatiku Milikmu
Quote one_aiman 2-7-2022 10:49 PM
fadz84 replied at 2-7-2022 10:34 PM
Kalau peminat Nana sure tau lagu2 ni;
- Cinta Hanya Sandaran
- Terpaut Sayang Padamu

tapi banyak lagu duet
Quote fadz84 2-7-2022 10:54 PM
Edited by fadz84 at 2-7-2022 10:55 PM
one_aiman replied at 2-7-2022 10:49 PM
tapi banyak lagu duet


Haah kan.. 4 lagu je dh kena duet.. bukanlah solo konsert plk kan.  Hehe.. mungkin blh nyanyi versi solo, termasuk lagu Bakawali & Nisan Cinta
Quote harisbee 3-7-2022 12:50 PM
fadz84 replied at 2-7-2022 10:34 PM
Kalau peminat Nana sure tau lagu2 ni;
- Cinta Hanya Sandaran
- Terpaut Sayang Padamu

Mohon nyanyi semua lagu ni..7 lagu mana cukup utk konsert
Quote supernaturalee 3-7-2022 02:47 PM
SonicSiLandak replied at 2-7-2022 09:28 PM

Eh sedap lh lagu raya dorg ni
Original song ea

Syg x femes

Lg 1 lagu duet dorg lagu traditional
X igt tajuk tp iols suka lagu tu

Quote kiah_mai_pulak 3-7-2022 02:51 PM
supernaturalee replied at 3-7-2022 02:47 PM
Eh sedap lh lagu raya dorg ni
Original song ea


Benang Emas..
Quote SonicSiLandak 3-7-2022 02:56 PM
supernaturalee replied at 3-7-2022 02:47 PM
Eh sedap lh lagu raya dorg ni
Original song ea

ni nk tolong kasi femes balik la ni


Quote supernaturalee 3-7-2022 02:58 PM
kiah_mai_pulak replied at 3-7-2022 02:51 PM
Benang Emas..

Bkn yg ni kak kiah

Ade 1 lg
Keluar kendian dr lagu ni

Quote supernaturalee 3-7-2022 02:59 PM
SonicSiLandak replied at 3-7-2022 02:56 PM
ni nk tolong kasi femes balik la ni

Ye lah ye lah

Tu pun maghah


Quote SonicSiLandak 3-7-2022 03:05 PM

kalau dengar balik lagu2 raya bdk2 fmc batch achik nana ni sedap2 gak

tiap kali raya lagu tu je la rajin radio klasik pasang
Quote sofi_sofia 3-7-2022 03:07 PM
Ermmm … dgr pun rasa nak menguap … maybe acik nih rasa insecure dgn aina abdl yg baru jer jadik penyanyi dah buat konsert …
Quote encikWawad 3-7-2022 03:16 PM
mohon konsert di tapak pasar malam sendayan plsss

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.235499 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top