CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hairi Safwan Dilayan Macam Sampah Oleh Pengarah

30-6-2022 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4595| Komen: 30

Description: Pelakon, Hairi Safwan, 34, mendedahkan pernah menerima layanan ‘dingin’ di set penggambaran hanya kerana dirinya bukan pelakon ‘pilihan’ pengarah.
Pelakon, Hairi Safwan, 34, mendedahkan pernah menerima layanan ‘dingin’ di set penggambaran hanya kerana dirinya bukan pelakon ‘pilihan’ pengarah.

Kata Hairi, dia terkilan dan merasakan pengarah drama atau filem perlu bersikap profesional meskipun bekerja dengan pelakon yang bukan pilihan mereka.

Foto: IG


“Saya kecewa, perkara ini tidak seharusnya berlaku. Stesen televisyen mahukan saya sebagai pelakon, namun saya bukan pilihan pengarah.

“Memang tak seronok. Tapi ketika menjayakan drama itu, saya cuba bertenang, berbincang dan banyakkan bersembang. Ada masa okey dan masa tidak


“Perkara ini juga berlaku kepada pelakon yang lain, terjadi depan mata kepala saya sendiri,” katanya.



Hairi berkata demikian ketika hadir ke Sidang Media Muzikal Moyang Salleh yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Dalam pada itu, juara program Anak Wayang musim pertama itu berkata dia mengalu-alukan kehadiran pempengaruh media sosial dalam mewarnai industri drama dan filem tempatan.

Katanya, pelakon lebih berpengalaman seharusnya bersikap lebih terbuka dan berlapang dada dengan kewujudan golongan itu dalam industri seni.



“Kita tak boleh persoalkan latar belakang mereka. Influencer, Youtuber dan sebagainya, saya tak kisah. Pada saya itu rezeki masing-masing.

“Sebagai pelakon berpengalaman, kita kena ada sifat kebersamaan. Bantu mereka dan beri tunjuk ajar. Keadaan akan menjadi lebih positif begitu.

“Cumanya, saya mengharapkan sikap positif dalam set. Agar semua dapat bekerja dalam keadaan yang lebih tenang,” ujarnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 30-6-2022 11:00 AM
sama je mana2 tempat keje. kat opis pun boleh tikam depan belakang. lagi teruk environment dia.
Quote SonicSiLandak 30-6-2022 11:44 AM
bulalof replied at 30-6-2022 11:00 AM
sama je mana2 tempat keje. kat opis pun boleh tikam depan belakang. lagi teruk environment dia.

tak mengamalkan ajaran Islam tu la jadinya
Quote mojarean_X 30-6-2022 02:40 PM
ko x yah down lah hairi. yg penting stesen TV nakkan ko. Itu yg plg penting...sentaplah pengarah tu pelakon2 anak emas dia x terpilih
Quote dekmieDandy 30-6-2022 02:53 PM
lupa dah kewujudan dia ni

dulu rasanya selalu jadi second male lead kan
Quote uori 30-6-2022 02:53 PM
Malaysia ni dah patut mulakan audition untuk mana2 pelakon, bukan sebab faveret stesen tv atau pengarah atau penerbit
Quote pembacagosip 30-6-2022 02:56 PM
dia berlakon best hidup watak nya. x kayu
Quote orkidorkido 30-6-2022 03:06 PM
Since stesen tv nak ko, ko suruh stesen tv tukar pengarah hahahha
Quote chachani 30-6-2022 03:16 PM
Suke lah bila dia blakon .. tmbh2 bila watak klaka blur2... Aritu tgk telefilem yg emma maembong dgn sape tah nama lelaki tu.. terhibur gile tgk watak hairi nih...
Quote ctnorenjoy 30-6-2022 03:19 PM
Dia ni bagi jela watak apa pun. Smua boleh bawak. klakar, ustaz sampai ke jahat. Smua mnjadi.
Quote SherryZass 30-6-2022 03:25 PM
chachani replied at 30-6-2022 08:16 AM
Suke lah bila dia blakon .. tmbh2 bila watak klaka blur2... Aritu tgk telefilem yg emma maembong dgn ...

fikri ibrahim chuolls. Yes, aku pun suka dia dalam tu, berlakon tu macam dah ikut skrip sendiri jah tapi tetap in character yach
Quote nakkomenjugak 30-6-2022 07:07 PM
pengarah sampah peminat kayuan cendana mana tu?
Quote msdummy.2018 30-6-2022 11:49 PM
Dia ni mcm siapa tuh yg ada parut kay muka tuh...mmg best berlakonnn....lot2 bettwr dr patah..cuma xhandsome jer...tp talented...mcm amirul affendi...
Quote per706 30-6-2022 11:57 PM
Dia ni berlakon lwak jadik sungguh,sejenis muka x bersalah n slumber..hahaha
Quote Chah21 1-7-2022 12:31 AM
Dun giveup paksu.. mak sy peminat paksu dlm cerita pelakon balik kg fikry Ibrahim tu
Quote TomyamPuteh 1-7-2022 08:26 AM
Hairi ni berlakon best. Ada aura jantan mcm laki Safura tu. Bersilat pun pandai. Nape la si Shamsul tak nmpk talent beliau ni.
Quote kessah 1-7-2022 09:30 AM
Dia ni okay je berlakon tak kayu .
Quote Mary_jane 1-7-2022 10:23 AM
Kalau jadi budak kg yang jahat tu menjadi je wataknya. Ada sorang lagi budak Pilih Kasih, Bea Rameshan, mek kelate. Hat tu banyak berlakon cerita kelate je. Fizi Ali pun alumni juga rupanya. Patut banyak berdrama.
Quote SpanishOlives 1-7-2022 10:25 AM
aku suka die ni berlakon.... jadi jahat menjadi, event kalo cerita komedi pun menjadi gak lawak die.
Quote cocolava 1-7-2022 03:00 PM
Ada terlayan drama kereta sewa waktu dia berlakon dengan amyza adnan. Dua dua sengal ubi.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.229854 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top