CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Anjing Ini Cuma Tahu Tipu Duit Mak Bapak Kita" - Chef Wan Bengang Pengerusi FGV Naik Gaji

30-6-2022 10:49 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 2949| Komen: 9|Original author: LilRose

Description: Cef selebriti, Chef Wan antara yang btidak bersetuju dengan kenaikan gaji pengerusi bukan eksekutif FGV Holding Bhd, Dzulkifli Abd Wahab sebanyak 60 peratus atau lebih kurang RM480,000 setahun.Mengula ...
Cef selebriti, Chef Wan antara yang btidak bersetuju dengan kenaikan gaji pengerusi bukan eksekutif FGV Holding Bhd, Dzulkifli Abd Wahab sebanyak 60 peratus atau lebih kurang RM480,000 setahun.


Mengulas isu itu di Instagram, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail turut berkongsi video Tan Sri Rafidah yang memberi ulasan berhubung isu kenaikan gaji yang dipersetujui lembaga pengarah syarikat tersebut.


Kredit foto: IG

Beliau yang terkilan menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak munasabah dan tidak menunjukkan empati terhadap rakyat yang kini berdepan krisis kewangan dan harga barang naik.


"Tak munasabah. Felda bukannya swasta. Felda adalah pemegang amanah peneroka. Naikkan gaji, awak CEO..." ujar Rafidah.

Sementara itu, Chef Wan turut mengulas berhubung isu yang kini hangat dibincangkan itu.


Kredit foto: IG

"Dah la harta Felda mereka ini, dari dahulu dikerjakannya.

"Seksa nak serit lanun-lanun ini ke penjara. Anak-beranak mereka sampai hari ini hidup dari hasil makan duit haram ini.

"Mak bapak kita setengah mampus kerja di ladang. Anjing-anjing ini cuma tahu menipu duit mak bapak kita yang diamanahkan kepada mereka," luahnya.



Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan perkongsian Chef Wan dan ulasan mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu.


Kredit foto: IG

Seronok ya naik gaji di kala kami rakyat marhaen bergelut dengan harga barang yang mahal dan makin naik. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 30-6-2022 10:57 AM
iols setuju makikan saja Chef...kalo bole makikan bloated cabinet yg x reti wat keje tp asyiklah polis escort pasang siren nk suruh orang lalu. kalo escort PM bole lglah, ni setakat Menteri atau Timbalan Menteri sendu tetaplah nk berescort siren bagai
Quote ladybugz 30-6-2022 12:27 PM
hm.. rakyat dah menyampah sgt dah. parti2 sume x guna. org melayu nak mengundi siapa nanti? ikutkan hati nk bubar semua parti2 melayu ni. bagi rakyat pilih la sorg2 secara individu siapa yg nk terajui negara. kalau ada parti ni sibuk je nk cantas yg elok2 last2 yg busuk hanyir dapat jd top.
Quote prettyuglybabe 30-6-2022 12:37 PM
anak felda bersuara..
memang patut kena maki..
Quote Adrif 1-7-2022 11:57 PM
ladybugz replied at 30-6-2022 12:27 PM
hm.. rakyat dah menyampah sgt dah. parti2 sume x guna. org melayu nak mengundi siapa nanti? ikutkan  ...

bak kata omputeh, "Vote for the clown, get the whole circus."
Quote syamzana 2-7-2022 01:07 AM
knp naik gaji? sbb performance?ke sbb seiring dgn kenaikan hrga brg2?
kayangan ni mmg x cukup2 lagi gaji berkepok tu, besar mana tembolok agaknya asyik mentekedarah x renti-renti
Quote lyshafull 2-7-2022 01:27 AM
Betul la tu org felda kene kerja keras sebb nk bgi anak beranak pi keluar masuk kelab kalo bising dikatanye x bersyukur semoga ade neraka khas buat mereka yg menganiayaa manusia demu kelansungan hidup
Quote lyshafull 2-7-2022 01:27 AM
Tambh sikit kalo naik gaji sebb performance tah2 excel pun x taw guna
Quote SonicSiLandak 2-7-2022 10:41 AM
chef wan pernah mencangkul ke dulu???

Quote pooh~key 2-7-2022 12:16 PM
ladybugz replied at 30-6-2022 12:27 PM
hm.. rakyat dah menyampah sgt dah. parti2 sume x guna. org melayu nak mengundi siapa nanti? ikutkan  ...

Yelah khen sis. Bila fikir2 balik, biar pemilihan pemimpin dipilih berdasarkan individu, tanpa individu itteww terikat dengan mana2 parti atau organisasi sis. Kita try cara macam ni pulak, sebab parti2 ni semua sampah lah sis.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.052349 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top