CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Pijak Kepala Pemuda Sampai Mati Tenang Dijatuhkan Hukuman Gantung

29-6-2022 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2504| Komen: 14

Description: Mahkamah Tinggi Melaka hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang peniaga selepas didapati bersalah menyebabkan kematian seorang pemuda tidak dikenali dengan memijak kepalanya, ...
Mahkamah Tinggi Melaka hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang peniaga selepas didapati bersalah menyebabkan kematian seorang pemuda tidak dikenali  dengan memijak kepalanya, enam tahun lalu.


Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin memutuskan hukuman itu terhadap tertuduh, S Pandiaraj, 33, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pembelaan.

Tertuduh bagaimanapun kelihatan tenang sambil menoleh ke belakang memandang wajah ahli keluarganya ketika hukuman itu dibacakan hakim.



Ahmad Nafsy dalam penghakimannya berkata, setelah meneliti keterangan fakta forensik dan laporan bedah siasat, mahkamah mendapati mangsa, S. Ammos Devaprraven, 27, meninggal dunia akibat dipijak tertuduh.


Katanya, mahkamah mendapati kecederaan dialami si mati adalah tidak konsisten dengan kemalangan jalan raya seperti yang dilaporkan saksi kejadian.

Jelasnya, kematian itu disebabkan tindakan tertuduh yang telah mencederakan mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas bagi mencapai niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Ammos Devaprraven.

Tindakan itu dilakukan di Jalan Tun Ali, kira-kira pukul 4.30 pagi pada 23 Oktober 2016.

Bagi tindakan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan iaitu Pengarah Pendakwaan negeri, Ahmad Sazali Omar dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Nabilalif Mohd. Rosli dalam hujahan menegaskan dua saksi mengatakan mangsa telah dipijak pada kepala di atas jalan tar oleh tertuduh selama satu minit.

Ujarnya, saksi kemudian membawa mangsa ke Hospital Melaka dan membuat laporan palsu bahawa si mati telah dilanggar lari. Saksi bagaimanapun selepas itu telah menghubungi abang si mati memaklumkan adiknya telah dipijak di muka.

Menurut saksi, kejadian itu berlaku disebabkan tertuduh tidak berpuas hati dengan kata-kata mangsa yang mengeluarkan perkataan ‘orang mabuk apa dia cakap hari ini, esok dah lupa’. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CariMalay 29-6-2022 05:52 PM
Padan muka kau botak. Rambut pun dah takde, ada hati nak membunuh
Quote ecahaha 29-6-2022 07:09 PM
keturunan serani ke dia ni? btw bkn da xde hukuman mati ke kat malaysia ni? how come boleh jatuhkan hukuman mcm ni lg?
Quote Cokoro 29-6-2022 07:22 PM
ecahaha replied at 29-6-2022 07:09 PM
keturunan serani ke dia ni? btw bkn da xde hukuman mati ke kat malaysia ni? how come boleh jatuhkan  ...

bukan dh takde tapi dah tak mandatori. maknanya hukuman mati tu boleh ganti dgn hukuman penjara seumur hidup or setara. depends pada budi bicara mahkamah.
Quote Bergosip 29-6-2022 07:27 PM
ecahaha replied at 29-6-2022 07:09 PM
keturunan serani ke dia ni? btw bkn da xde hukuman mati ke kat malaysia ni? how come boleh jatuhkan  ...


yang mansuh tu hukuman mati mandatori. mandatori maksudnya wajib dilakukan. Kalau ada kes hukuman mati mandatori, pesalah wajib dihukum mati. Tak akan kira faktor2 lain

Bila hukuman mansuh mandatori dihapuskan. Hakim boleh putuskan sama ada nak bagi hukuman gantung atau penjara

Benefit mansuh hukuman mati mandatori ni. Kalau ada pelarian pesalah yang lari ke negara yang anti hukuman gantung seperti Australia, Australia tak boleh nak bekap dorang dah.
Quote Firenzza 29-6-2022 08:34 PM
Bergosip replied at 29-6-2022 07:27 PM
yang mansuh tu hukuman mati mandatori. mandatori maksudnya wajib dilakukan. Kalau ada kes hukuman  ...

Kalau ada pelarian pesalah yang lari ke negara yang anti hukuman gantung seperti Australia, Australia tak boleh nak bekap dorang dah.


.....so sirul azhar yg lari ostolia tu kena hukum mandatori altantunya ke acaner sampai ostolia backup dia?
Quote Bergosip 29-6-2022 08:44 PM
Firenzza replied at 29-6-2022 08:34 PM
Kalau ada pelarian pesalah yang lari ke negara yang anti hukuman gantung seperti Australia, Austra ...

Sirul Azhar kan dapat hukuman mati selepas didapati bersalah. Australia memang anti dengan hukuman mati/gantung.

https://www.sinarharian.com.my/article/14078/BERITA/Nasional/Australia-sedia-hantar-pulang-Sirul-tapi-bersyarat


Bara artikel dari link tu. Sirul Azhar telah disabitkan hukuman mati selepas didapati bersalah. Australia hanya hantar pulang Sirul Azhar jika hukuman mati tak dilaksanakan. Selain Australia, ada beberapa lagi negara yang anti dengan hukuman mati
Quote musangbodoh 29-6-2022 08:54 PM
yg kwn dia dua org masih bebas tu ape cer?
Quote kakikuDibibirmu 29-6-2022 09:19 PM
Mandaroti  tersenyum sinis

5989f02b-8622-4e97-84d7-4b9f6ec26558.jpg
Quote renko 29-6-2022 09:23 PM
Sedapnya roti kat atas ni
Quote uori 29-6-2022 09:25 PM
kakikuDibibirmu replied at 29-6-2022 09:19 PM
Mandaroti  tersenyum sinis {: ...




jahat tau
Quote Belibis 29-6-2022 10:32 PM
ecahaha replied at 29-6-2022 07:09 PM
keturunan serani ke dia ni? btw bkn da xde hukuman mati ke kat malaysia ni? how come boleh jatuhkan  ...

Baru nak bincang kat perlimen kann?? Ke dah lulus ??
Quote kemaruk 29-6-2022 10:37 PM
Bergosip replied at 29-6-2022 08:44 PM
Sirul Azhar kan dapat hukuman mati selepas didapati bersalah. Australia memang anti dengan hukuman ...

antara fitnah paling ulung satu ketika dahulu

ujung2 najib disabitkan bersalah sebab guna dana yang secara sembunyi2 dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau dan digunakan untuk beli sejadah, telekung, kain pelikat etc

jadi laaaaa..
Quote supernaturalee 29-6-2022 10:49 PM
Sado
Lawa chest
Gitu lh dh xde ape sgt nk buat dlm tu
Why not senam jaga body
Ape jgk nk jd kemudian hari bdn jgn smpi x berjaga


Quote Cleocatra 30-6-2022 01:04 AM
Sedap tegap mampat badan india ni. Leher dah macam batang balak. Mesti nalla langit ketujuh. Kat dalam tu 10 kali sekejap buat2 jatuh sabun...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.052902 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top