CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Mengaji 74 Tahun Mengaku Tak Salah Rogol, Amang Seksual Terhadap Dua Beradik

29-6-2022 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 376| Komen: 0

Description: Seorang guru mengaji al-Quran mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas 17 tuduhan rogol dan amang seksual terhadap dua beradik sejak tujuh tahun lalu.
Seorang guru mengaji al-Quran mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas 17 tuduhan rogol dan amang seksual terhadap dua beradik sejak tujuh tahun lalu.


Ashaari Ibrahim, 74, berkemeja putih dan kain pelikat serta berkopiah membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof dan Norhayati Mohd Yunus.


Foto:  IQBAL HAMDAM

Mengikut enam pertuduhan di hadapan Hakim Noor Aini, dia didakwa merogol seorang kanak-kanak yang ketika itu berusia tujuh tahun di Jalan Baru di sini antara 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2020.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(1)(e) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Ashaari turut didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi 11 lagi pertuduhan di hadapan hakim Norhayati, tertuduh didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak berusia lima tahun yang juga kakak kepada mangsa pertama.

Mengikut pertuduhan, Ashaari didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi sama antara 1 Januari 2014 sehingga Mac 2021.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(1)(e) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aisyah Al Humayrah Kamarulzaman dan Muhamad Syeqal Che Murat.

Dalam pada itu, kedua-dua hakim turut membenarkan permohonan pendakwa raya supaya tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 Julai depan bagi sebutan semula kes dan lantikan peguam. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.035883 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top