CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mampu Panjat Bangunan Tinggi, Rompak RM50 Ribu- 'Spiderman' Akhirnya Ditangkap Di Melaka

28-6-2022 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 522| Komen: 0

Description: Seorang perompak dikenali sebagai 'Spiderman' merupakan antara 20 suspek daripada lima kumpulan samun yang telah dilumpuhkan oleh polis di Melaka.
Seorang perompak dikenali sebagai 'Spiderman' merupakan antara 20 suspek daripada lima kumpulan samun yang telah dilumpuhkan oleh polis di Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata mereka yang ditahan termasuk tiga wanita berusia antara 22 dan 57 tahun.


Gambar Hiasan

"Kami memulakan operasi enam bulan lalu dan menahan 20 individu termasuk suspek dikenali sebagai Spiderman.

“Kumpulan samseng itu dikenali sebagai Zahid, Michael, Ruben, Botak dan A-D-C,” katanya pada Selasa.

Menurutnya, lima kumpulan samseng itu terlibat dalam 49 kejadian samun di kilang, rumah ibadat dan rumah di sekitar daerah Melaka Tengah sejak awal tahun ini.

Beliau berkata 'Spiderman' yang merupakan lelaki berusia 38 tahun, mempunyai kebolehan memanjat bangunan tinggi dan terlibat dalam lima kes dengan kerugian ditanggung mangsa berjumlah RM50,000.

“Operasi kami tamat pada 20 Jun lalu,” katanya.

Selain itu, beberapa alat yang digunakan untuk melakukan rompakan turut dirampas.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah kereta, tiga motosikal, 13 telefon bimbit dan wang tunai daripada kesemua suspek.

“Jumlah kerugian dalam kesemua rompakan itu mencecah hampir RM500,000,” katanya lagi. - CARI

Sumber: mStar/The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.035986 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top