CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Beritahu Bos Tak Sempat Masuk Kerja Sebab Sibuk Bersihkan Darah Selepas Kelar Isteri

28-6-2022 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1857| Komen: 11

Description: WASHINGTON – Seorang pekerja di Amerika Syarikat (AS) memberitahu majikannya bahawa dia tidak sempat masuk bekerja kerana sibuk membersihkan darah isterinya selepas mengelar leher mangsa, lapor akhba ...
WASHINGTON – Seorang pekerja di Amerika Syarikat (AS) memberitahu majikannya bahawa dia tidak sempat masuk bekerja kerana sibuk membersihkan darah isterinya selepas mengelar leher mangsa, lapor akhbar Daily Star.


Xichen Yang, 21, ditahan selepas seseorang menelefon polis untuk memberitahu bahawa suspek mengaku membunuh isterinya, Nhu Quynh Pham kerana mangsa membakar pasport suspek.

Polis menyerbu rumah pasangan itu di Altamonte Springs, Florida selepas menerima panggilan kecemasan sejurus sebelum pukul 9 pagi (waktu tempatan) pada 21 Jun lalu.


Xichen dan isteri, Foto: Daily Star

Yang dilaporkan menjawab panggilan telefon daripada anak majikannya dan berkata, dia menikam isterinya sehingga mati. Menurut suspek, dia tidak dapat bekerja pada hari kejadian kerana sibuk untuk membersihkan bahan bukti, demikian menurut kertas pertuduhan.

“Sejurus selepas memasuki apartmen mereka, polis menemui seorang wanita terbaring berlumuran darah di dalam tab mandi,” kata polis.

Polis menambah, mangsa ditemui dengan kesan luka di leher dan darah masih lagi mengalir, manakala perutnya juga berlumuran darah.

Jabatan Bomba Daerah Seminole mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian pada pukul 9.13 pagi (waktu tempatan).

Menurut kertas pertuduhan, suspek memberitahu polis bahawa dia mengelar leher wanita itu ketika mangsa cuba melarikan diri dengan merangkak ke arah pintu. Yang kemudian membawa mangsa ke bilik air sebelum menyembelihnya, jelas polis. 

Pasangan itu mempunyai perkahwinan yang bermasalah dan polis pernah menahan Yang kerana keganasan rumah tangga pada Januari lalu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 28-6-2022 09:16 PM
umo baru 21 tahun , dh berbunuh2
bapela hantaran msa kawin ni
Quote tahanie 28-6-2022 10:57 PM
Walk away before anything bad happens
Quote sukacactus 28-6-2022 11:06 PM
Jujur betul ye
Quote supernaturalee 28-6-2022 11:11 PM
Yg di msia tekup dgn bantal
Pun muda br 24

Quote sharlenetexas 28-6-2022 11:29 PM
Bini vietnam ke?


Quote Potpouri 29-6-2022 12:23 AM

Nama mcm vietnam..vietnam la tu kot
Quote Shazid 29-6-2022 08:15 AM
Pernah ditahan bln Jan kerana keganasan rumah tangga....dah ade rekod tp masih bersama...klu iols dah lama lari!
Quote Simunggu 29-6-2022 08:23 AM
ini betul betul gila..bukan jujur...
Quote mizruncing 29-6-2022 09:23 AM
eeiii risau plak lepas sbb masalah mental. slumber bunuh bini sdri mcm tu
Quote black_handbag 29-6-2022 09:25 AM
saikonya. dah bunuh siap boleh cerita balik kat org tanpa rasa bersalah. serius gila
Quote black_handbag 29-6-2022 09:25 AM
saikonya. dah bunuh siap boleh cerita balik kat org tanpa rasa bersalah. serius gila

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047268 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top