CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fizo Omar Menangis Tengok Isteri Meneran, Kesakitan Demi Beri Zuriat Kepadanya

27-6-2022 04:00 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 12016| Komen: 159|Original author: Oleh: Saiful

Description: Gugur air mata jantan Fizo Omar semasa menyambut kelahiran anak keduanya pada 25 Jun baru-baru ini.
Gugur air mata jantan Fizo Omar semasa menyambut kelahiran anak keduanya pada 25 Jun baru-baru ini.

Kata Fizo dia tak sanggup melihat isteri tercinta, Fazeeera menanggung sakit ketika proses melahirkan.



Foto: IG

“Gugur air mata jantan. Gangster macam mana pun si suami dan ayah. Isteri saya di masukkan ke wad bersalin pada pukul 3 petang pada 24 Jun lalu dan hampir 10 jam bersedia untuk melahirkan. Kami memilih untuk bersalin secara normal. Nasib baik buat keputusan yang tepat untuk mengambil bius epidural.

“Kalau tak, saya pun tak sanggup nak tengok dia menanggung kesakitan ‘contraction’ sebelum nak bersalin. Sepuluh jam, bukan sekejap dan hampir 3 jam meneran sampailah bayi keluar.


“Gugur air mata jantan seorang suami bila tengok orang yang kita sayang menahan kesakitan dan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat kita,”katanya menerusi Instagram.



Tambah pelakon ini, sekali lagi dia menangis apabila menatap muka anaknya.

“Menggigil tangan ini bila doktor minta pegang gunting untuk potong tali pusat anak. Perasaan saya macam… okey, ini adalah momennya. Awak akan memulakan hidup sebenar awak selepas keluar dari kandungan ibu dan terputusnya ‘sambungan’ dengan ibu di dalam kandungan.



“Masa saya potong tali pusat itu, wujudnya satu bisikan,’ini zuriat kau, kau kene jadi ayah yang baik, suami yang baik dan contoh yang baik kepada keluarga dan semua orang’. Sebab, datangnya seorang bayi bukan sahaja untuk kita raikan kegembiraan.

“Tetapi bersama tanggungjawab untuk membesarkan dan mendidik dan juga motivasi kepada si ayah untuk menjadi seorang pemimpin yang lebih baik dari sebelum ini."

Sementara itu Fizo sempat memberi pesanan kepada suami di luar sana untuk temankan isteri semasa saat melahirkan.



“Ambillah momen ini bukan sahaja untuk cuma berada di sisi isteri, tapi lebih kepada untuk diri kita sendiri.Bukan senang nak buang ego sebagai lelaki dan ketua keluarga. Adakalanya, menerusi pengalaman kita lebih faham apakah mesej yang nak disampaikan dari Allah SWT buat kita semua yang bergelar ayah dan suami.




“Alhamdulillah syukur semuanya selamat dan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri. Semoga doa yang berterusan dari anda semua akan membara barakah dalam rumah tangga kami."

Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chachani 27-6-2022 04:04 PM
Lahh.. mcm la br nak dapat anak pertama.. dl dgn si mawar tu, x gugur ke air mata jantan tuh... ????
Quote totokreturn. 27-6-2022 04:06 PM
tahniah abam pijo, berkat buat baik dgn org tua nya, Allah swt telah permudahkan urusan beliau
Quote albedah 27-6-2022 04:09 PM
Ni anak ke dua.. jadi moment anak pertamanya cemana?
Quote Mary_jane 27-6-2022 04:11 PM
Tehtap lah nampak marhaen ya. Btw, tahniah dapat baby baru.
Quote afie_m 27-6-2022 04:13 PM
anak 1st dulu macam mana...
apa pun tahniah
Quote jalfa 27-6-2022 04:15 PM
Haha..macam anak first lak karangan dia tak pa lah bang joe yg penting bila tgk bini sakit tu insofff teruih..semoga bahagia..lepas ni bolehla kongsi tips jadi ayah
Quote epal_putih 27-6-2022 04:15 PM
Yola bejooo
Tahniahhhh la
Quote mamajawie 27-6-2022 04:15 PM
dulu mesti x temankan madam rose dlm LR kan???TERPALING SANGAT
Quote she 27-6-2022 04:17 PM
Habis tu kalau tak meneran
Macam mana baby nak dikeluarkan

Lain lah berak cirit
Beranak kat spital swasta
Selesa berekon bagai

Hujung2 esok bercerai
Gaduh pulak dalam igs
Lawan menyindir
Quote msdummy.2018 27-6-2022 04:20 PM
Hbs masa ank first tak terharu ker ...lagilah bagai nk buat rawatan nk dpt anak

Anyway, laki ni (bukan ngate retis dlm benang ni, refer tuh sma laki) ...time mcm ni beria nau karang ckp terharu, tumpang sekaki sakit, lah apalah...by the time nk bercerai esok, yg ko nmpk xgosok gigi, xbuang sampah, segala jerit merih time beranak, dan lost dr memory kan?
Quote AbukRokok 27-6-2022 04:23 PM
elok je haaa dpt anak
kata siapa cucuk vaksin nti mandol...dol
fizo omar 1 antivaksin 0
Quote belacan_gurl 27-6-2022 04:23 PM
Ahhh masa wangi mmg begini kihkihkih
Quote AcikBuncit 27-6-2022 04:55 PM
Lahhh beria beno moment2 bagai. Ko tu dh ada anak sorang ler choi.. Kelam kabut mcm first time ada baby lak
Quote princessmiang 27-6-2022 04:56 PM
Twtap ade ma kat seblah kan
Quote dejure 27-6-2022 04:57 PM
Kiranya dgn mawar dulu,mawarlh yg problem.ni pijo tembak terus melekat aje.takpayah jumpa2 doktor masa dgn mawar dulu
Quote bluecrystal 27-6-2022 05:28 PM
10 jam sakit masuk wad bersalin..3 jam meneran..betul ke
Quote missyL 27-6-2022 05:29 PM
msdummy.2018 replied at 27-6-2022 04:20 PM
Hbs masa ank first tak terharu ker ...lagilah bagai nk buat rawatan nk dpt anak

Anyway, laki ni (bu ...

Gitula sis
Time dah xsuke lain plk cite nye nti

Hahaha
Jarang2 laki suke type panjang2 cmnie
Quote mongoose_kidz 27-6-2022 05:33 PM
Wow...3 jam meneran..
Sembang budu sungguh.
Quote rainbowrainz 27-6-2022 05:33 PM
Halah halahhj sepolll oiiii...

Lihat semua komen(159)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.203234 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top