CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Ada Yang Kurang, Simpan Dalam Hati, "- Nad Zainal Harap Orang Ramai Sokong Filem Mat Kilau

27-6-2022 02:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1741| Komen: 11|Original author: Tatod

Description: Sumber IGFilem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof mencatat kutipan RM12.2 juta pada hari keempat tayangan, semalam. Rata-rata, mereka yang sudah menonton naskhah itu memuji alur cerita yang ditonjolkan.Pu ...
Sumber IG


Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof mencatat kutipan RM12.2 juta pada hari keempat tayangan, semalam. Rata-rata, mereka yang sudah menonton naskhah itu memuji alur cerita yang ditonjolkan. 

Pun begitu, untuk menjadi sempurna tanpa sebarang cacat-cela itu terlalu mustahil untuk dilakukan. Begitu jugalah dengan Mat Kilau yang turut menerima kritikan daripada segelintir pihak yang mungkin pada mereka hasil filem itu tidak menepati piawaian mereka.


Kurang senang dengan tindakan individu yang terlalu lantang mengkritik filem Mat Kilau, aktres, Nad Zainal tampil meluahkan pendapatnya agar sesiapa yang kurang menyukai beberapa aspek dalam filem tersebut tidak terlalu mencanang atau mensesasikan perkara tersebut sehingga membantutkan minat orang lain untuk menontonnya.

Pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu menerusi IG Story berkata, sekiranya sambutan luar biasa diteruskan lagi untuk filem lain, tidak mustahil industri filem tempatan akan turut sama berkembang seperti negara lain khususnya Asia Tenggara.


"Pleaselah support filem tempatan. Kalau lagi ramai support, nanti banyak lagi filem begini. Petanda yang bagus bila ramai turun support Mat Kilau siap berbusana tradisional.

"Kalau ada apa yang kurang, simpan dalam hati atau cakap dengan pasangan je lah. Tak perlu nak canang satu dunia bagi orang lain turn off...


" Filem kita ni, insya-Allah kalau ada duit, masa untuk research, waktu untuk pelakon berlatih... tentu lagi baik. Banyak kekangan.

"Tapi, inysa-Allah dengan sokongan kita, penggiat filem akan lebih bersemangat nak buat filem berkaitan sejarah/berskala besar. Funder pun lagi ramai. So, please..." tulisnya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 27-6-2022 11:11 PM
Bodohnya permintaan dia
Quote AshkieLa 28-6-2022 10:15 AM
"Kalau ada apa yang kurang, simpan dalam hati atau cakap dengan pasangan je lah. Tak perlu nak canang satu dunia bagi orang lain turn off...

mcm tak kena pulak ayat ni... kalau dah hauk sgt mcm citer Badang tu, mampukah simpan dalam hati?
bagi meols, ok je kalau ade pendapat/pandangan yg membina. Lainlah kalau komen2 jenis acah2 diri tu supremacy or terpaling. Contoh mcm:-
"ade lagi ke orang tengok citer melayu?"... or
"ngader nya nak berbusana bertanjak gi tengok filem... overnya"...

ayat2 ni semua lebih pada PHD nak downkan orang lain. Fefeeling dia lagi bagus dan classy. Komen mcm ni wajar laa nak suruh simpan dalam hati... gituh.
Quote KBW2 28-6-2022 12:27 PM
LOL apahal nak kena simpan dalam hati pulak ngengadanya
Quote stingerbumpy 28-6-2022 12:46 PM
Mau mintak refund 10% harga tiket sebab tipah tertipu dgn die die ingatkheun sikayu buat semua stuntnya sendiri sedangkheun semua ini stuntwork...mana opis boleh pi?

Quote Suchi 28-6-2022 12:50 PM
Tak paham kenapa plak tak boleh kritik? Bukankah kritik ni bagus utk penambahbaikan?
Kerna tidak apa yg sempurna kot.
Iols lagi pelik kalau orang review sesuatu pilem tu pastu rate 11/10 gila ahh.
Tak hagak2 biasanya pompuan la kalau dlm group movie tu tersenyum sinis jelaa bila yg rate  gitu. Ingatkan sbb jalan cerita bagus ke apa tp sbb rembes ngn pelakon

Pilem mat kilau ni pun ada je yg rate 5/10, dan janganla terus hentam dia baca la dulu review dia tu,
Iols nampak kat fb hat mana bagi rate rendah abis kena kecam. Raikan jela perbezaan pendapat, pelik2 je hat nak suh org pendam dlm hati je hello dia bayar tiket okeh bukan tgk pree sesaja.
Quote nad03 28-6-2022 12:50 PM
Macam mana industri nak maju kalau nak dengar yang sedap2 je. Kalau ada orang kritik sikit, tak bermakna dia tak suka keseluruhan filem tu ????. Yang elok, puji, yang kurang, improve je le next time
Quote fazila17 28-6-2022 12:56 PM
Bodohnya statement

Tu la bawak lagi watak2 bodoh sampai 80 episod
Quote ninnamina 28-6-2022 01:34 PM
mesti ramai artis rasa  “kenapa la bukan aku yg berlakon dalam filem ni”
tak sangkakan filem history macam ni meletup. lepasni memang ramai la pakat buat dilem sejarah macam ni.
Quote eslimau 28-6-2022 02:02 PM
Simpan dalam hati ye gais. halah halah
Kau masa sekolah dulu kalau salah pun cikgu betulkan. Ke ni ayat ayat nak amik hati Sol suruh amik kau untuk next filem nanti . Orang yang terlibat dalam pembuatan dalam filem ni pun tak melatah bila penonton kritik. Apoo
Quote dudaberhias 5-7-2022 07:38 PM
bukan ke lagi ramai kritik lagi dapat reach banyak audience?

masalahnya yang kritik pun bukan lah ramai... secoet dua je dalam juta2 yang menonton... engkau lah yang kena belajar pekak kan telinga dikkkk...

filem hollywood yang best meletop pun ramai orang kritik... biarlah dorang kritik... dah deorang yang bayar untuk tonton... biar la deorang nak review macam mana pun...

filem takkan flop kerana kritikan... kalau dah poster pun rhoper macam ahlong tampal bawah jambatan tu... jangan di salahkan orang lain pulak sebab tak sokong filem tempatan...
Quote dudaberhias 5-7-2022 07:44 PM
Suchi replied at 28-6-2022 12:50 PM
Tak paham kenapa plak tak boleh kritik? Bukankah kritik ni bagus utk penambahbaikan?
Kerna tidak apa ...

yang rate 11/10 ni iols tau golongan mana kaka... tak silap mesti golongan kpop bts gundu pakai cermin mata kan ...tengok rating dekat drama2 korea tu heran juga ada yang bagi 15/10... walaupun drama tu cgi hauk dan segalanya serba serbi hauk... rupanya spesis koreaboo yang bagi rating... rembes dekat hero tu semata2...

bagi iols lantak ler deorang nak rate macam mana pun... nak bagi 5 bintang ke.. 1 bintang ke... bukannya majoriti pun yang review macamtu... setakat satu dua atau tiga orang nyahkan jer lah... even kita jual barang yang tip top pun mesti ada satu dua eko bagi review rendah...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.064056 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top