CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Orang Berniaga Tapi Sibuk Nak Keluar TV, Radio,"- Tam Spider Mohon Jangan Angkat Golongan Tak Berbakat

7-6-2022 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2741| Komen: 10

Description: Tam Spider mengajak masyarakat agar tidak mengangkat golongan tidak berbakat dalam industri seni tanah air.
Tam Spider mengajak masyarakat agar tidak mengangkat golongan tidak berbakat dalam industri seni tanah air.

Kata Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafah, tindakan meraikan golongan-golongan tersebut hanya akan membawa kesan negatif kepada industri seni.



Foto: Google

“Jangan sensasikan mereka. Kita patut raikan yang berbakat sahaja. Mereka orang berniaga, kenapa kita sibuk nak keluarkan mereka dekat televisyen dan radio? Itu tidak adil.

“Lepas itu, ramai pula yang persoal kenapa wujud orang-orang macam ini dalam industri seni?


“Ini tanggungjawab kita bersama. Baik artis, label, media dan peminat,” tegasnya.

Tam berkata demikian pada sesi bersama media untuk Showcase Amal Keluarga Malaysia: Artis Legenda 3.0 yang berlangsung Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Tam juga meminta agar peminat tidak menyalahkan mana-mana komposer atau pembikin muzik yang menerima tawaran untuk menghasilkan karya kepada golongan-golongan usahawan tersebut.

Katanya, peminat perlu tahu membezakan antara perniagaan dan seni.

“Buat lagu untuk mereka? Itu tak salah. Cuba fikir semula, lagu, jingle untuk iklan itu datang dari mana? Studio.

“Studio adalah platform perkhidmatan. Bukan untuk orang-orang berbakat sahaja.

“Jadi, jangan tuding jari, salahkan pemuzik kalau mereka buat lagu untuk orang tidak berbakat. Itu adalah perniagaan. Satu pekerjaan,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 7-6-2022 02:37 PM
"...Tam juga meminta agar peminat tidak menyalahkan mana-mana komposer atau pembikin muzik yang menerima tawaran untuk menghasilkan karya kepada golongan-golongan usahawan tersebut.."

punca dia ni lah sebenarnya.......kekawan komposer, musician, dan studio2 owner kawan-kawan korang yang melayan founder2 hanjeng ni nak buat lagu, jadi penyanyi...demi survive nak duit kan...haaa hadaplahhh...kalau prinsip kau kuat demi industri seni, takde melayan pun kan..walaupun misekin takde job sekalipun... takkan lah salah netizen? netizen pun ada taste jugak.
Quote mizruncing 7-6-2022 02:56 PM
setuju. mmg btol pon. sbb tu founder2 skrg kemain muka x malu. ada duit sikit semua nk tunjuk dorang tu hebat sgt
Quote nakkomenjugak 7-6-2022 06:51 PM
Kena tanya member2 ko jugakkk acik tam
Quote shernazz 7-6-2022 09:10 PM
Ckp pasal jingle..yang ngaj bermain2 di fikiran iols adalah lagu mamaream.mamaream.mamaream
Hari hari mengandung pung takpe
Puik
Quote MakareyumSuciey 11-6-2022 07:19 PM
Money is king. Bila manusia menjadi hamba kepada money...inilah jadinya.
Quote yellowsky 11-6-2022 07:29 PM
shernazz replied at 7-6-2022 02:10 PM
Ckp pasal jingle..yang ngaj bermain2 di fikiran iols adalah lagu mamaream.mamaream.mamaream
Hari har ...

denggar iklan mamariam aku terus tukar klasik nasional. ape kejadah hari hari mengandung
Quote QueenIsolde 13-6-2022 09:07 AM
“Jadi, jangan tuding jari, salahkan pemuzik kalau mereka buat lagu untuk orang tidak berbakat. Itu adalah perniagaan. Satu pekerjaan,” katanya.

Sibuk nak salahkan netizen, yg tang dia n kawan2 duk buat lagu tu dah kenape? Ko at 1st place tak pikir ke, klu bagi lagu kt org2 mcm tu abes rosak industri sbb dorg bukan ikhlas pun menyanyi, hanya nakkan rating je.
Quote Supersirap 13-6-2022 11:10 AM
Ada duit semuanya jadi
Quote shernazz 13-6-2022 01:31 PM
yellowsky replied at 11-6-2022 07:29 PM
denggar iklan mamariam aku terus tukar klasik nasional. ape kejadah hari hari mengandung

Hahaha
Konon best mengandung kots tu..
Tah pape je..
Nak.promot pung tak agak2
Quote makton 15-6-2022 09:49 AM
hjg2 netizen jugak yg salah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.181860 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top