CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Bertudung Je Ke Dosa, Zina Dapat Pahala?"-Yonnyboii Bengang Isteri Dikutuk

24-5-2022 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5677| Komen: 65

Description: Keputusan isteri kepada penyanyi rap Yonnyboii iaitu Nik Nazira untuk tidak lagi berhijab sejak Februari lalu mengundang pelbagai reaksi netizen yang segelintirnya lebih berbentuk kecaman.
Keputusan isteri kepada penyanyi rap Yonnyboii iaitu Nik Nazira untuk tidak lagi berhijab sejak Februari lalu mengundang pelbagai reaksi netizen yang segelintirnya lebih berbentuk kecaman.


Mengakui banyak menerima komen negatif, Yonnyboii, 23, berkata dia berasa hairan dengan segelintir netizen yang lebih menyanjungi pasangan bercinta manakala suami isteri yang sudah menghalalkan hubungan pula dihina.

Kata pemilik nama Muhammad Nuriman Nor Azrin ini, kecaman dan hinaan yang dilakukan oleh netizen itu menggores hati sehingga sukar dimaafkan.

Foto: IG

"Dunia terbalik... couple disanjung, yang dah kahwin dihina. Memang satu saja dosa dalam al-quran ke? Tak bertudung sahaja? Zina memang dapat pahala ke macam mana sekarang?


"Mulut celupar, sesama manusia maki hamun memang auto pahala masuk syurga ke? Ingat, dosa sesama manusia, kena minta maaf. Jangan rasa power dah maki-hamun buat orang tergores hati.

"Tak tentu dimaafkan," tulis Yonny menerusi laman Instastory miliknya.




Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan Yonnyboii berhubung status itu gagal apabila penyanyi itu tidak membalas mesej.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Yonnyboii berharap peminat tidak terkejut jika terserempak dengan isterinya Nik Nazira atau nama sebenarnya Nik Nazira Narriman tidak bertudung di tempat awam.

Menurut penyanyi lagu Salahku ini, isterinya yang berusia 22 tahun itu masih dalam proses belajar menutup aurat dengan sempurna.



Namun sehingga kini, laman sosial Yonnyboii dan Nik Nazira tetap dihujani komen netizen yang mengharapkan wanita itu kembali dengan imej bertudung.

Dalam pada itu, Yonnyboii turut berterima kasih kepada netizen yang tidak henti mengutuk dan sanggup menggadaikan diri hanya untuk mendapat dosa.


  

"Duduk cakap fasal dosa ini, yang kutuk-kutuk tu terima kasih la beri pahala dekat orang sampai sanggup gadai diri untuk dapat dosa," katanya.

Untuk rekod, Yonnyboii mendirikan rumah tangga dengan Nik Nazira pada 20 November tahun lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arffa 24-5-2022 01:20 PM
takde orang komen kesian, takpe aku drop komen here
Quote prince_marhaen 24-5-2022 01:30 PM
dua-dua kepham pekat hangitt...
Quote SherryZass 24-5-2022 01:39 PM
tak faham, apa kaitan dosa tak tutup aurat dengan dosa bercouple itu?? Komen jujur, tak sesuai warna & potongan rambut tu dengan kau dek, nampak kepam sangat. Nak samakan dengan orang kg.com, orang kg pun ada yg lagi uptodate & semenggah fesyen dia.
Quote whimsicalmusic 24-5-2022 01:50 PM
SherryZass: tak faham, apa kaitan dosa tak ...
kan..semata nk mengalih isu psl bukak tudg..tp xde kaitan lgsg
Quote greantea 24-5-2022 01:53 PM
rambut aurat. x tutup berdosa. x payah nak banding2 ngan dosa lain. tu la, rambut karat sgt
Quote bulalof 24-5-2022 01:55 PM
tolong cipta lagu dan nyanyi sajalah. takyah la layan benda2 camni kat med sos.
Quote scarflicious 24-5-2022 01:56 PM
Dedua hodoh
Quote pembacagosip 24-5-2022 02:03 PM
kita komen sbb nak kumpul credit. ok
Quote Piramida 24-5-2022 02:19 PM
"Tak bertudung sahaja? Zina memang dapat pahala ke macam mana sekarang?"

Bodoo nya.. Sah2 lah dosa dan xde pahala. Apooo
Quote umbut 24-5-2022 02:41 PM
Tutup je komen.. jgn layan
Quote Prickford 24-5-2022 02:56 PM
Dik 1st, bini kau tak cantik. Macam rupa budak setinggan meniaga pasar malam. 2nd, ini Malaysia dik, pakai bukak tudung memang akan dikecam ibarat tiada hari esok. Kau tu artis, kalau bini kena kritik, toksah jadi artis & simpan bini dalam almari bilik!
Quote ekselen 24-5-2022 03:04 PM
Edited by ekselen at 24-5-2022 03:06 PM

cara,menjwb pun dah mcm gengster nk harapkan apo lagi?...patutnya kena,lembut2 sikit jawab sbb ko tu retis konpemla netz akan pedulik... cuba respon tu dgn jwb kami minta maaf sbb iman kami x sempurna,lg...insyaAllah kami sedang belajar utk jadi lebih baik...ini juga cabaran sy sbg suami utk didik isteri dan doakan semuanya dipermudahkan utk kami berdua.. kan ke sedap bunyiknya tu...konpem netz maapkan hahaha
Quote holothurian 24-5-2022 03:04 PM
Dua2 pttnya menyorok je dari industri & jgn membiak, baka2 kepam jgn dibiarkan berkeliaran kat bumi malaysia ni.. Dah cukup berkeladak industri ni,jangan tambah lagi.
Quote LipasComel 24-5-2022 03:05 PM
biasa lah, manusia kan kaki komplen. dah jadi artis mcm ni lah, hal bini bukak tudung pun org judge. kalau taknak kena mcm ni tak payah jadi celebrity, konfem org tak kisah dah.
Quote Myhappyending 24-5-2022 03:10 PM
Saya rasa wife dia cantik jugak. Tak faham camne wife dia boleh suka kat yonnie yang kepam tu pastu dengan dia sama kepam berjangkit
Quote tikusmontok 24-5-2022 03:17 PM
scarflicious replied at 24-5-2022 01:56 PM
Dedua hodoh

Berwajah desa sgt acah2 urban rambut kaler
Quote azurro 24-5-2022 03:24 PM
Benda zahir boleh nampak dngan mata, orang tegur lah, berzina senyap² boleh nampak ke?
Padahal dua² dosa.
Quote imanjannah 24-5-2022 03:27 PM
sepadan sgt dua org ni..
Quote babelina 24-5-2022 03:49 PM
ko cuba nk ckp dulu2 ko berzina ke apa.. dh kawin semua ok.. xtutup aurat pn xper.. camtu ker..

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.209039 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top