CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dia Pelakon 'Mahal' - Ellie Sedia Kerjasama Dengan Azri, Serah Pada Allah Soal Rujuk

24-5-2022 11:45 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3125| Komen: 19|Original author: LilRose

Description: Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT apabila diminta mengulas kenyataan bekas suaminya, yang tidak menolak kemungkinan mereka rujuk semula.
Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT apabila diminta mengulas kenyataan bekas suaminya, yang tidak menolak kemungkinan mereka rujuk semula.


Sebagai hamba yang dia tidak tahu apa bakal berlaku pada masa akan datang dia berkata, "Allah saja tahu".


Kredit foto: Google

"Kita tak tahu apa berlaku pada masa akan datang. Saya faham apa dia luahkan itu sebab kami sudah bersama dalam tempoh lama. Kadang-kadang perpisahan perlu untuk perbaiki diri," katanya kepada Harian Metro.

Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar, 52, berkata, dia ingin merehatkan diri, fikiran dan bermuhasabah sepanjang tempoh edah ini.


"Esok genap seminggu perpisahan kami. Diakui pada awalnya susah sikit mungkin sebab usia perkahwinan kami yang lama hingga 19 tahun. Tapi, ini masa untuk saya rehatkan diri, fikiran dan muhasabah diri. Begitu juga dengan dia. Harapnya kami boleh menjadi hamba Allah yang lebih baik pada masa akan datang.

"Ini sebab kita tak tahu apa berlaku pada masa akan datang. Saya tak nak riak, tapi bersederhana saja. Apa yang Allah berikan ini saya perlu lalui sebagai perjalanan untuk pengalaman," katanya.

Ellie bagaimanapun terbuka sekiranya perlu bekerjasama dengan bekas suaminya, Azri Iskandar, 54, yang baginya seorang pelakon hebat.


Kredit foto: Malaysia Repoter

"Saya boleh bekerjasama dengan dia. Sama ada dalam lakonan atau saya arahkan dia. Ia bukan isu sebab saya kagum dengan bakat dia. Bagi saya dia sangat berbeza dengan pelakon lain dan anggap dia pelakon 'mahal' berdasarkan bakat dimiliki.

"Kehadiran dia di skrin sangat hebat. Dalam industri keratif, kita hargai bakat orang lain. Jadi, soal nak bekerjasama selepas ini saya okay dan tidak ada isu kerja dengan dia," katanya.

Anda rasa mungkinkah mereka rujuk semula dalam masa terdekat? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 24-5-2022 11:47 AM
iols percaya je acik ellie ni ibu n isteri yg baik... cuma bab kerja dia kekwattt n jilat jibun tu such such such a minus point
Quote pinkzara 24-5-2022 11:58 AM
Orix replied at 24-5-2022 11:47 AM
iols percaya je acik ellie ni ibu n isteri yg baik... cuma bab kerja dia kekwattt n jilat jibun tu s ...

Mungkin la kan...if Najib tu pakcik kita atau kwn ayah kita, yg sering berbuat baik kpd kita.
Selalu membantu kita, kita akan nampak dia hero dimata kita. Mcm tu kut yg acik Elly rasa.

Kita lihat secara menyeluruh, berbeza la pandangan tu.
Quote da_vinci 24-5-2022 12:08 PM
iols sokong jer kak Ellie rujuk dgn Azri nih....jarang ooo nak jumpa suami melayu yg manjah mcm ni...suami melayu kebanyakannya ego, salah bini jer dia nampak
Quote Mary_jane 24-5-2022 12:18 PM
Nampak nya pah bedah nak chillax je dulu. Matang je dedua takde lah nak merempan sana sini.
Quote jiwakacau06 24-5-2022 12:29 PM
mohon rujuk cpt2...nnt jd kes fizi killa tu ..nak rujuk pn main tarik tali...laki nk move on pn kna kutuk...
Quote jijilaaa 24-5-2022 12:58 PM
makin mendonia la acik ellie pas ni...
Quote orangbiasaje 24-5-2022 03:34 PM
Harap2 dapatlah dirujuk kembali. Setakat ni tak pernah dengar kisah main kayu tiga, tak bayar nafkah,mahupun penderaan domestik. Sedangkan yang curang-mencurang, pukul-memukul pula masih ada sanggup bertahan.

Diorg ni dgn kes shidee ishak-vanidah. Jenis cerai tapi tak byk kontroversi.
Quote TomyamPuteh 24-5-2022 08:45 PM
Aku tak pernah nk pikir negatif psl si Ellie ni.
Quote mojarean_X 24-5-2022 11:54 PM
Semoga dipermudahkan ye acik ellie
Quote Lagubestbest 25-5-2022 12:53 AM
Edited by Lagubestbest at 25-5-2022 12:54 AM

pelakon bbnu (perempuan) setahun dua masuk bidang lakonan kata, rate diorang selaku bbnu (yang dia mampu minta la) biasanya sekitar RM1200 sehari.
Quote doubleA 25-5-2022 01:01 AM
Semoga rujuk kembali. Acik eli ni suka up azri, myb la dia jarang keluar tv sebab tu aura lain macam (pada eli) kot, iols rasa biasa2 je lakonan azri ni, tapi ok la tak kayu cuma bukan la A list, A- or B+
Quote Rogue98 25-5-2022 01:10 AM
Sendu sangat ke sampai nak kena create issue sendiri...cerai..pastu rujuk balik...satu msia kecoh...director ambik berlakon...siap bgtau rate mahal....dah mcm bbnu..
Quote laksmanabentan 27-5-2022 10:33 AM
cuma pergi salon ker... buat facial tu...
wangi2 sikitt... biar tak nampak kepam sgt la...
rambut tu tak yah nak ikat sangat mcm nenek2..
Quote bahagiaselalu 27-5-2022 11:20 AM
bila tengok gambar acik elly ni terus nampak kepam gile... ples groom diri sendiri sikit.. potong rambut pendek ker..
Quote bukannonones 27-5-2022 01:34 PM
orangbiasaje replied at 24-5-2022 03:34 PM
Harap2 dapatlah dirujuk kembali. Setakat ni tak pernah dengar kisah main kayu tiga, tak bayar nafkah ...

Hampir terlopa vee dgn shidee dah cerai
Quote gigi 27-5-2022 03:19 PM
apo2 la acik kepam
Quote perembes 27-5-2022 03:23 PM
azri iskandar ms kapel dgn wanida..... pdn sgt2 mcm pinang dibelah belah
Quote me12345 27-5-2022 04:29 PM
Bagus acik ellie jawab... harap rujuk masing2 jd couple yg lebih bahagia...
Quote sarah_ary2 27-5-2022 06:35 PM
Ai think kalau Ellie potong rambut and buat pixie cut pastue gi facial and pakai mekap yg cantik cantik sikit mesti nampak kemas and presentable and nampak anggun

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.212136 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top