CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Han Byul Tak Nak Jadi Artis Kpop, Nak Balik Malaysia

24-5-2022 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5968| Komen: 41

Description: Sedekad bergelar artis, penyanyi asal Korea, Han Byul mengakui tetap memilih Malaysia sebagai rumah kedua selepas dia bergelar juara Big Stage 2019.
Sedekad bergelar artis, penyanyi asal Korea, Han Byul mengakui tetap memilih Malaysia sebagai rumah kedua selepas dia bergelar juara Big Stage 2019.

Biarpun menerima sokongan di serata dunia, Han Byul berkata, hatinya mahu kembali ke Malaysia dan mengembangkan kerjaya seni di negara ini.

Foto: IG

“Kerjaya seni saya sudah bermula sejak 10 tahun lalu dan saya dalam persiapan untuk memperkenalkan diri sebagai salah satu ahli kumpulan K-pop, Led Apple dengan sebuah syarikat rakaman di Korea Selatan.

“Namun selepas mencuba nasib di pertandingan Big Stage 2019, perjalanan saya berubah dan kini Malaysia sudah menjadi rumah kedua saya.

“Walaupun peminat saya di serata dunia, hati saya tetap pada peminat di Malaysia,” ujarnya kepada mStar.



Dua tahun menyepi akibat Covid-19, Han Byul muncul dengan single keduanya berjudul Bukan Milikmu hasil ciptaan penyanyi terkenal Hazama dan komposer Omar K.

Menurutnya, idea bekerjasama tercetus ketika dia dan Hazama menjalani penggambaran telemovie pada Mei lalu.

Tambahnya lagi, lagu ini sudah sap dirakam pada tahun lalu namun tertunda akibat pandemik Covid-19.


“Sebenarnya idea di sebalik pembikinan lagu ini tercetus ketika Hazama dan saya sedang melakukan penggambaran sebuah telemovie pada bulan Mei tahun lepas.

“Dia ada menyatakan hasratnya untuk berkolaborasi dalam sebuah lagu, dan setelah mendengar beberapa demo, hati saya terus terpaut pada ciptaan bertajuk Bukan Milikmu,

“Lagu ini telah pun saya rakamkan pada tahun lepas, namun kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah membantutkan segala aktiviti termasuklah cabang seni, dan segala perancangan terpaksa ditunda.



“Selain itu, lagu ini tidak mengambil masa yang lama untuk dirakamkan, hanya sejam sahaja, manakala proses adunan dan mastering pula memakan masa selama 2 minggu,” jelas pemilik nama sebenar Jang Han-Byul

Sementara itu, apa yang menarik, Han Byul berkata, lagu berkenaan menyelitkan beberapa bait lirik dalam bahasa Korea bagi menambahkan feel terhadap karya ini.



“Bukan Milikmu adalah sebuah lagu sedih yang menceritakan tentang keinginan seorang lelaki yang mendambakan cinta daripada kekasihnya yang merupakan segala-segalanya bagi dirinya, namun perasaan itu diracuni oleh pelbagai emosi yang yang menyakitkan.

“Jika pendengar amati, lagu balada dalam nuansa teatrikal ini sarat dengan elemen muzik seperti ‘OST ala drama Korea’ yang pasti menggamit perasaan disulami pula dengan susunan muziknya yang membuai perasaan,” ujarnya.

Lagu Bukan Milikmu boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Paiya 24-5-2022 10:31 AM
nak ambil hati rakyat Malaysia ke tu
Quote stingerumble5 24-5-2022 10:36 AM
Paiya replied at 24-5-2022 10:31 AM
nak ambil hati rakyat Malaysia ke tu

Dia iteww siapa dikorea?

Ini bukan soal cintanya pada malaysia...tapi strategic decision utk careernya....
Quote AshkieLa 24-5-2022 10:41 AM
dia smoking kah? gambar dalam studio mcm makin gelap bibirnya...
Quote _kelly 24-5-2022 10:47 AM
sebab kat korea ko tak glemer..kat sini bbnu hadap ko..pandai cakap melayu sepatah dua dah pecah ovari masing2 phuii
Quote Paiya 24-5-2022 10:48 AM
Edited by Paiya at 24-5-2022 01:14 PM

deleted

Quote Paiya 24-5-2022 10:53 AM
stingerumble5 replied at 24-5-2022 10:36 AM
Dia iteww siapa dikorea?

Ini bukan soal cintanya pada malaysia...tapi strategic decision utk car ...

betul tu sting....

Quote anilanil 24-5-2022 10:53 AM
Seminat serata dunia...ko haderr??
Quote MadameOnion 24-5-2022 11:07 AM
tak berapa menjadi karier di korea...rezeki dia kat sini..tapi aku suka..suara dia best
Quote SherryZass 24-5-2022 11:09 AM
tak famous la tu kat Korea
Quote prettyuglybabe 24-5-2022 11:20 AM
dah kat korea dah tentu tenggelam..
kat malaysia je hijabirahsta kejar..
Quote akumak 24-5-2022 11:31 AM
my 2 kupang:
Peminat di korea tu kategori fanatik. peminat Malaysia lebih berhemah wpun ada nurakazen haha. so lebih aman hati di malaysia wpun income mungkin tak segah di korea
Quote bankerpencen 24-5-2022 11:54 AM
Muka macam ni orang korea tak hadap kot. Minah melayu je minat sangat. Kerjaya dia tak ke mana kat sana, tu yang datang sini. Okay je la pun, good career move, baik pergi kat mana demand tu ada kan.

Macam model Korea bertudung tu, Malaysia n Indonesia suka sangat Korea, baik datang sini buat duit.

Macam Lizzy juga, dah tau mamat Melayu banyak suka amoi, dan dia tak cukup berbakat dan cantik untuk berjaya dalam Chinese entertainment industry, terus masuk industri seni Malaysia.

Pendek kata, go wherever you’d be valued gituh
Quote msdummy.2018 24-5-2022 11:55 AM
stingerumble5 replied at 24-5-2022 10:36 AM
Dia iteww siapa dikorea?

Ini bukan soal cintanya pada malaysia...tapi strategic decision utk car ...

Betulllll stinger
Quote Mary_jane 24-5-2022 12:22 PM
Moga kurang kayu bila kena berlakon lagi. Suka betul sherry menyakat dia. Meski nampak bertepung ya.
Quote nakkomenjugak 24-5-2022 12:59 PM
Hahahaha dah kat korea banyak sangat competition
Kat sini at least stand out laaa kekdahnyaaaa
tambah2 pulakkk tengah demam korea
ayat PR sangat ko sisssss byul
Quote jijilaaa 24-5-2022 01:01 PM
rakyat korea nan hado..tak hingin dgn dia...ntah2 tak dikenali pun...ye ke peminat seluruh dunia? apa je lagu diayang famous?
Quote ashcroft86 24-5-2022 01:15 PM
Sedap lagu Bukan Millikku tu. Kalau dah rezeki kat sini, do your best.
Quote kashaz 24-5-2022 06:51 PM
suara dia sedap, so patut mmg kena cargasss lebih kat Malaysia.
dia buat cover pun mostly sedap2..

tp muka takdela level hensem utk popular kat Korea. nampak tua dah pun.
Quote Jajabeans 24-5-2022 11:21 PM
Kalau muka mcm Jungkook ku redha la juga dia nk pindah Malaysia

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.060421 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top