CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kena Kecam Singkir Renggo Arrow, Nabila Razali Bukan Tak Kenal Cuma Tak Perasan

18-5-2022 07:18 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3697| Komen: 30|Original author: Tatod

Description: Ahad lalu, penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang ditemani 'rapper' MK menjadi selebriti jemputan dalam program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM).

Ahad lalu, penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang ditemani 'rapper' MK menjadi selebriti jemputan dalam program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM). 

Walaupun wanita itu berjaya berduet dengan penyanyi sebenar pada akhir rancangan, namun perkara itu sama sekali tidak menarik perhatian penonton.

Semuanya gara-gara tindakan Nabila yang menyingkirkan salah satu peserta disangkanya penyamar, namun dia sebenarnya adalah penyanyi terkenal, Renggo (Arrow) menyebabkan rata-rata netizen menuduh Nabila tidak mengenali penyanyi legenda berkenaan.


Penyanyi kelahiran pertandingan Akademi Fantasia itu menerusi temu bual bersama mStar bagaimanapun menafikan dakwaan netizen. Katanya, dia sama sekali tidak perasan bahawa individu berkenaan adalah Renggo kerana perwatakannya sangat berbeza.


"Tidak mungkinlah saya tak kenal Abang Renggo sedangkan saya membesar dengan lagu-lagu dia, jadi siulan sejak kecil. Bagaimanapun, kita harus faham konsep program ikni yang setiap peserta diberikan karakter berbeza dengan diri sebenar mereka.

"Saya tak perasan masa tu sebab karakter Abang Renggo lain, baju dan cermin mata hitam... pakai topi koboi dan jalan pun tunduk sahaja. Ketika rehat sebentar untuk beri laluan pada iklan pun semua peserta tunduk dan tak boleh nak tengok muka betul-betul," katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Peluang Kedua itu mengakui serba-salah kerana telah menyingkirkan Renggo. Sebaik sahaja program berkenana tamat, Nabila terus sahaja ke berjumpa dengan Renggo untuk meminta maaf.


"Memang susah nak buat pilihan pada malam itu. Selepas habis program, saya terus  jumpa Abang Renggo. Saya mingta maaf dan dia gelak sahaja. Kami sempat bertukar nombor telefon dan mungkin boleh bekerjasama selepas ini.

"Sebelum ini pun kami pernah berkongsi pentas yang sama. Korang janganlah marah saya. Janga risau, saya kenal Abang Renggo," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 18-5-2022 08:38 AM
Sapa je yg kenal renggo Tu...tambah2 bbnu...bertambahlah abg renggo..patutnya abg masuk gv Dan bukannya rancangan bbnu mcm nih..
Ot sikit..iman Troye Tu dicungkil bakatnya dari program ni kan
Quote TabletSusu 18-5-2022 08:42 AM
aku yg tua ni pun x cam tu renggo. dah tua kot. dgn janggut uban, dressing gitu.. sapa je yg perasan tu dia
Quote awex^returns 18-5-2022 08:44 AM
Renggo tu nyanyi 20x lagi sedap dari ko lah itik
ko saja je kan
Quote kucingitam 18-5-2022 09:34 AM
tu ler...lain sungguh rupa dia
Quote Nnasda53 18-5-2022 09:39 AM
Gigih juga mengaku kata kenal.
Ngaku je lah bbnu tak kenal retis2 lama.
Quote wanokakaka 18-5-2022 09:53 AM
kalau aku pun tak kenal..
kumpulan arrow apa... lain la pakcik ni masih active kat tv apa smua kalau tak kenal blh la nk dikecam.
Quote KamikuP 18-5-2022 09:54 AM
Renggo tu dah masuk Kilauan Emas dulu bole legi ke masuk GV.. eh kisah pulak aku
Quote prince_marhaen 18-5-2022 10:24 AM
walaupun Cik Nab ni memang sah bimbo professional kan... tapi meols pun kalau renggo ni lalu pun meols tak kenal....
"whoareyus? ohh penyanyi lagu itu ini tu ye? ohh okey..." itu je lah reaksi meols... haha.. sementelaah heols pun tak aktif kan... lain lah artis retro sendu yang pun selalu aktif social media, share semua show2 diorang, selalu up video nyanyi walaupun haus... itu yang buatkan orang kenal.
Quote Bergosip 18-5-2022 10:28 AM
sejujurnya iols yang awal 30-an pon tak kenal Renggo (arrow).
Quote pembacagosip 18-5-2022 10:30 AM
Nnasda53 replied at 18-5-2022 09:39 AM
Gigih juga mengaku kata kenal.
Ngaku je lah bbnu tak kenal retis2 lama.

yes hakikat sebenarnya kan
Quote AshkieLa 18-5-2022 10:36 AM
dah tak kenal cakap jela tak kenal..
tak dosa besar pun kalau tak kenal lagi2 ko tu BBNU.
lagi mual baca bila obviously ko mmg tak kenal tapi alasan acah2 'tak perasan'...
aku lagi rasa terhina gini kalau kat tempat renggo arrow tu.. yihhhhh
Quote zarulnazmi 18-5-2022 10:57 AM
Saya pasti yang tengok kat rumah pun tak sedar dan tak perasan identiti beliau. Dah tahu lepas kena singkir baru nak memekak dalam media sosial.
Quote ekselen 18-5-2022 11:00 AM
haku pulak rengsa ngan pengacara...suara mcm ada xde...dgr x dgr apa dia ckp..tgk memula je x sampai seminit aku tukar channel...sampai skrg x tgk dah...huru hara betul program tu...baik kekalkan si sean lee tu lg suka nk tgk..muka pun cute hihi
Quote ekselen 18-5-2022 11:03 AM
AshkieLa replied at 18-5-2022 10:36 AM
dah tak kenal cakap jela tak kenal..
tak dosa besar pun kalau tak kenal lagi2 ko tu BBNU.
lagi mual  ...

kan....cam acah2 nk cover line plk...ckp je la mmg xkenal sbb bkn lahir zaman tu...band arrow ni i tau lah...nama penyanyi pun i pernah dgr tp mmg xpernah tgk muka heols coz masa zaman2 rock kapak dulu byk band2 rock aktif ngan mcm2 lagu berhantu...so byk pilihan time tu...so mebi ingt tak ingt je muka vokalis..
Quote Burong_Hantuk 18-5-2022 11:11 AM
eh biloa si nabila nih nak mereput??dah la sendu..suara pun haukkkk
Quote nawtylulu 18-5-2022 11:17 AM
Hahahaha peminat2 lagu2 die pon blom tntu knal die kt luar. xyah kata penampilan berbeza. klo die pkai biasa pon blom tntu org knal. xyah la kuar ayt, "xkn x knal"pdehal da mmg x knal. ckp je mmg thu lagu tp x thu muka penyanyi.. kn snang..
Quote Tasikchini 18-5-2022 11:23 AM
kesian nab...nyanyi kena maki tak nyanyi pun kena maki gak
Quote Kancilkering 18-5-2022 11:57 AM
i pun x knl…kenal ajam medicine tu je…
Quote hyie 18-5-2022 12:02 PM
kalau iols pon iols tak kenal yach. Dengar lagu tau lah jugak.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.098530 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top