CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Makan Gerai Tepi Jalan Dan Promote Tanpa Bayaran, Eina Azman Dipuji Humble

18-5-2022 07:20 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8645| Komen: 87|Original author: Tatod

Description: Pelakon Datin Paduka Eina Azman dihujani pujian apabila tanpa rasa kekok menikmati juadah laksa dan durian di sebuah gerai yang terletak di tepi jalan di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Sumber Gempak


Pelakon Datin Paduka Eina Azman dihujani pujian apabila tanpa rasa kekok menikmati juadah laksa dan durian di sebuah gerai yang terletak di tepi jalan di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Mungkin ada segelintir yang berpendapat bahawa aktres yang kini berstatus VVIP serta sering tampil bergaya itu hanya menikmati hidangan yang disediakan di restoran terkemuka sahaja.

Pun begitu, menurut Gempak, pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman itu membuat satu sesi 'live' menerusi aplikasi TikTok ketika berada di lokasi berkenaan.



Malahan, selebriti yang mempunyai lebih dua juta pengikut di Instagram itu juga mempromosikan gerai berkenaan.

"Laksa dia sedap guys. Saya dekat sini tolong la sikit promo akak ni. Laksa Kampung Baru sedap makanan dia, very nice.

"Ini bukan dia bayar untuk paid review ya," katanya.


Peminat yang sempat menyertai sesi 'live' berkenaan rata-rata memuji sifat rendah diri yang tersemat kuat dalam diri pelakon tersebut. Malahan, Eina juga tidak teragak-agak untuk membantu mempromosikan perniagaan berkenaan.



Imbas semula, Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014. 

Mereka dikurniakan sepasang kembar, Karl Kareed dan Arianna Aubrey pada 19 Februari 2016. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 18-5-2022 09:28 AM
aduhai..apa la yg nk dipuji2.dia bukan lahir dlm dulang emas, or lahir dlm istana pun
Quote kucingitam 18-5-2022 09:33 AM
cantik anak2 dia
Quote pittjie 18-5-2022 09:58 AM
vvip? laki dia menteri ke nak cakap vvip?
Quote haifawehbe 18-5-2022 10:04 AM
makin seram tgok muka dia
Quote Nnasda53 18-5-2022 10:04 AM
Dia ni make up dah mcm opera cina jek.
Quote pembacagosip 18-5-2022 10:14 AM
tapi eina amat menakutkan kalau perhati lama2. sorry sgt.
Quote gigi 18-5-2022 10:16 AM
promo  je......seriau tengok muka dia ni
Quote bahagiaselalu 18-5-2022 10:23 AM
pembacagosip replied at 18-5-2022 10:14 AM
tapi eina amat menakutkan kalau perhati lama2. sorry sgt.

aah tu laa... iolls pun perasan jugak.. dia buat muka ke eh.. sory to say, tapi nampak pelik sikit
Quote Cleocatra 18-5-2022 10:28 AM
Dia ni dah rupa serupa hantu. Puasa baru ni, anak saudara aku nampak hantu. Dia cakap rambut panjang kulit putih, muka tak nampak. Terus aku bayangkan yinna yazman ni la. Yang si maknya hari2 selpi jadi puteri. Ubat orang, mandi bunga, jual minyak kejadah apa tak tahu. Apa la set ni menuntut. Esok nak mati tak dan buang, naya. Yang si laki ikut betul telunjuk bini. Umpama bini suruh duduk, kau duduk. Jadi bodoh gaya lakinya. Padan la bekoh penah rahsia pasal ni
Quote jihyomelly 18-5-2022 10:29 AM
putih pucat sampai nampak pelik..hilang manis masa blom renovate
Quote akuchenta 18-5-2022 10:40 AM
Ada la tertengok live eina ni. Sungguh2 eina cakap dia mmg putih, abang dia lagi putih..
Pastu makan durian, gigit2 sikit pastu buang. Membazir! Orang banyak duit mmg x hargai makanan!

And dia tak tolak pun org beri gift tiktok tu. Kan dah kaya raya.. Tgk SG dia terus end live lepas tau gift tu boleh tukar duit sbb dia xnk follower dia bazir duit utk beri dia gift. Hurmmm....

Quote bulalof 18-5-2022 10:43 AM
tu pun nak kata humble...........
Quote naina 18-5-2022 10:48 AM
akuchenta replied at 18-5-2022 10:40 AM
Ada la tertengok live eina ni. Sungguh2 eina cakap dia mmg putih, abang dia lagi putih..
Pastu maka ...

Ayat bawah tu maksud u apa? Dia tak tolak orang bagi gift. Lepastu end live bila tau SG. Lepastu tak nak orang membazir plak..nak kecam ke nak puji..
Quote naina 18-5-2022 10:49 AM
Eina ni suka buat rambut terjurai depan tu. Macam watak Sailormoon dah. Aku rasa muka dia renovate ikut watak enemies kartun Sailormoon lah.
Quote arwenlotr 18-5-2022 10:49 AM
Panjangnyer jari
Quote Nnoor2 18-5-2022 10:51 AM
Depa ni tahu ke maksud vvip, vip,vvvvip ni...pakai sebut je la ya...
Quote yayanz 18-5-2022 10:53 AM
nape bila dia bergambar, nmpk panjang@lonjong
Quote nawtylulu 18-5-2022 11:00 AM
hurmm jarang la org mkn dorian dlm mall atau hotel berbintang2.. biasanya dorian ditepi jln jua.. normal laaa.. apa yg humble nyeee..
Quote Burong_Hantuk 18-5-2022 11:13 AM
mak si eina bomoh kahhh??

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.068216 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top