CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Jadi Nak Makan, Katak Tanpa Kepala Melompat Keluar Dari Pinggan

15-5-2022 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3706| Komen: 49

Description: BEIJING – Seorang pelanggan restoran di Chengdu, China berdepan kejadian mengejutkan apabila hidangan katak tanpa kepala yang dipesan tiba-tiba melompat di atas pinggan, lapor akhbar Daily Star UK.
BEIJING – Seorang pelanggan restoran di Chengdu, China berdepan kejadian mengejutkan apabila hidangan katak tanpa kepala yang dipesan tiba-tiba melompat di atas pinggan, lapor akhbar Daily Star UK.


Lelaki itu telah memesan makanan istimewa tempatan iaitu katak lembu yang diperap dalam minyak cili dan biji lada.

Dalam video yang dimuat naiknya di laman Douyin, seekor daripada katak tanpa kepala itu dilihat bergerak dan menggerakkan kakinya beberapa kali.

Foto: Douyin

Haiwan yang sepatutnya sudah mati itu akhirnya menolak dirinya keluar dari mangkuk dan ke atas meja.

Pelanggan tersebut terkejut dan berasa jijik dengan kejadian itu sambil mengatakan dia mungkin akan mempertimbangkan menjadi pemakan sayur atau vegetarian selepas ini.

“Itu katak zombi, sangat menakutkan. Saya tidak mahu makan apa-apa hidangan berkaitan daging selepas menonton klip ini,” komen seorang pengguna media sosial.

Haiwan kadangkala boleh bergerak selepas kematian kerana rangsangan saraf dan berdasarkan bukti saintifik, adalah mungkin untuk katak hidup tanpa otaknya.

“Batang otak mengawal banyak bahagian tengah dan perlu bagi seluruh badan kita seperti denyutan jantung, pencernaan dan fungsi lain.

“Jadi, secara teorinya, badan boleh bertahan dengan hanya sebahagian otak itu, walaupun bahagian otak yang dikaitkan dengan kesedaran, ingatan dan membuat keputusan telah hilang,” kata profesor dari California Polytechnic State University, Emily Taylor. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 15-5-2022 04:46 PM
Pelanggan tersebut terkejut dan berasa jijik dengan kejadian itu sambil mengatakan dia mungkin akan mempertimbangkan menjadi pemakan sayur atau vegetarian selepas ini.


Eh babi la kau patutnya in the first place makan katak mentah togel camtu ko dah rasa cukup geli dan jijik ya.
Quote primarikey 15-5-2022 05:19 PM
dua_chzy replied at 15-5-2022 04:46 PM
Pelanggan tersebut terkejut dan berasa jijik dengan kejadian itu sambil mengatakan dia mungkin akan  ...

Sel otak dia lmbt bhubung sis
Quote ulamalu 15-5-2022 05:24 PM
Lalunya nak lahap bangkai katak atas pinggan mcm tu.  Chef pun x garnish bebetul
Quote sweetrevenge16 15-5-2022 05:49 PM
Ish ish ish..dah xde benda lain ke nk makan
Quote xAthenax 15-5-2022 05:54 PM
dua_chzy replied at 15-5-2022 04:46 PM
Pelanggan tersebut terkejut dan berasa jijik dengan kejadian itu sambil mengatakan dia mungkin akan  ...

Amazing Asia, theyols cantas tempurung kepala monyet, cedok otak keluar sambil  makan
binatang tu idup lagi tu
Quote dua_chzy 15-5-2022 06:02 PM
Edited by dua_chzy at 15-5-2022 10:04 AM
xAthenax replied at 15-5-2022 09:54 AM
Amazing Asia, theyols cantas tempurung kepala monyet, cedok otak keluar sambil  makan
binatang tu  ...


Ntah mengapa Asians/manusia in general ini, barbaric nak mampus. Dah moden beribu tahun pun tradisi nenek moyang tetap idok dilupakan gitu. Sukor saja kanibalism dikecam di zaman sekarang. Jika tidak barangkali boleh ja jumpa restoren jual kari daging manusia. Pernah aiol terbaca teori manusia neanderthals siap diburu dan dimakan manusia homosapiens. Tiba2 juga aiol teringat famous cerita pasal jantan2 di China makan fetus manusia (yang digugurkan)  zaman awal 2000an huntok mantapkan libido.
Quote Buritan 15-5-2022 06:58 PM
dua_chzy replied at 15-5-2022 04:46 PM
Pelanggan tersebut terkejut dan berasa jijik dengan kejadian itu sambil mengatakan dia mungkin akan  ...

Kwn aku ckp katak sedap... masa tuu atas flight org serve.. dia pun melahap.. dah abis dia tanye sup ape.. sup katakkkk...hohohohob...
Quote Belibis 15-5-2022 07:34 PM
xAthenax replied at 15-5-2022 05:54 PM
Amazing Asia, theyols cantas tempurung kepala monyet, cedok otak keluar sambil  makan
binatang tu  ...

Ko tengok movie indiana jone kannn?
Quote Tinot7 15-5-2022 08:10 PM
Belibis replied at 15-5-2022 07:34 PM
Ko tengok movie indiana jone kannn?

Apa kaitan dgn muvi indiana jones?
Quote Belibis 15-5-2022 08:18 PM
Tinot7 replied at 15-5-2022 08:10 PM
Apa kaitan dgn muvi indiana jones?

Ada scene makan otak monyet idup2.
Quote Tinot7 15-5-2022 08:22 PM
Belibis replied at 15-5-2022 08:18 PM
Ada scene makan otak monyet idup2.

Eeww.. so gross..
Quote airmineral 15-5-2022 09:45 PM
tgk pun da geli mcmn dia blh rasa nak makannnn
Quote xAthenax 15-5-2022 10:32 PM
Belibis replied at 15-5-2022 07:34 PM
Ko tengok movie indiana jone kannn?

Indiana Jones and the Temple of the doom noks? yupp many  many years ago.tapi bab makan otak monyet idup2 ni real ya
delicacy katanya



Quote Tembikaigoreng 16-5-2022 01:45 AM
Baru bunuh kot, sepatutnya kalau peram means dah lamalah kan. Pastu makan mental ke? Kot ye pun goreng lah dulu
Quote ultra78 16-5-2022 07:00 AM
Kau order katak mentah tak jijik pulak?
Quote stingerumble 16-5-2022 07:14 AM
Tinot7 replied at 15-5-2022 08:10 PM
Apa kaitan dgn muvi indiana jones?

[youtube]wAZ6dSIMivk[/youtube]

Seni pemakanan iteww luas penakrifannya...
Quote Jitu 16-5-2022 07:24 AM
sebelum2 tu dah biasa makan
jijiknya blh telan mentah2 mcm tu
Quote Jitu 16-5-2022 07:27 AM

dlm filem faces of death ada scene mkn otak monyet
Quote Supersirap 16-5-2022 08:27 AM
Kembang tekak

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.056166 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top