CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Karl Shafek Redah Jem Dari Kampung Sebab 'Anak' Sakit Teruk

9-5-2022 09:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1798| Komen: 4

Description: Gara-gara kucing kesayangan yang diberi nama Bobby sakit teruk, pelakon dan juga pengacara Karl Shafek sanggup meredah kesesakan jalan raya dari Pekan, Pahang untuk pulang ke Kuala Lumpur (KL) demi ha ...
Gara-gara kucing kesayangan yang diberi nama Bobby sakit teruk, pelakon dan juga pengacara Karl Shafek sanggup meredah kesesakan jalan raya dari Pekan, Pahang untuk pulang ke Kuala Lumpur (KL) demi haiwan kesayangannya itu.


Karl atau nama lengkapnya Khairul¬ Shafek Ibrahim berkata, ketika itu berada di kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga telah dimaklumkan oleh pembantu rumahnya tentang keadaan Bobby yang mengalami sesak nafas.


Kredit foto: IG Karl Shafek Redah

“Saya bergegas pulang ke KL dari Pekan, Pahang apabila bibik (pembantu rumah) beritahu anak saya (Bobby) sakit teruk.


“Dia (Bobby) mengalami kesukaran untuk bernafas secara normal. Doktor beritahu Bobby ada masalah jantung. Nasib baik saya cepat menghantarnya ke hospital,” ujar Karl menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Ujar selebriti berusia 42 tahun itu lagi, dia sudah menganggap kucing berwarna putih kelabu itu sebagai anaknya sendiri selain turut memiliki 23 ekor kucing lain yang dijaga dengan rapi.

Malah, Bobby disifatkan sebagai ‘anak’ yang paling baik berbanding kucing-kucing lain yang dimiliknya itu.

“Mohon doakan budak paling baik antara 23 ekor ‘anak-anak’ say aini cepat sembuh. Saya risau sangat!” ujarnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, Karl turut berkongsi beberapa keping foto ketika Bobby mendapatkan rawatan di klinik haiwan.



Paling meruntun jiwa apabila Karl turut berkongsi sepotong video menunjukkan keadaan kucing tersebut bergelut kerana mengalami kesukaran untuk bernafas. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 9-5-2022 09:23 AM
Tumpang sedih
#pray4bobby
Quote prettyuglybabe 9-5-2022 09:40 AM
kasihannya sayang..
good job pada owner yang really take care anak-anak mereka ni..
Quote fadz84 9-5-2022 11:17 AM
GWS Bobby sayang
Quote lasagna 9-5-2022 11:19 AM
ohhhh si kucen nya ke.. igt heols ada anak angkat ke. kucen iols pun mati seminggu b4 raya, tapi mmg tua sesgt dah.. dah timingnya.. huhuhu.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.355482 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top