Gara-gara kucing kesayangan yang diberi nama Bobby sakit teruk, pelakon dan juga pengacara Karl Shafek sanggup meredah kesesakan jalan raya dari Pekan, Pahang untuk pulang ke Kuala Lumpur (KL) demi haiwan kesayangannya itu.
Karl atau nama lengkapnya Khairul¬ Shafek Ibrahim berkata, ketika itu berada di kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga telah dimaklumkan oleh pembantu rumahnya tentang keadaan Bobby yang mengalami sesak nafas.
Kredit foto: IG Karl Shafek Redah
“Saya bergegas pulang ke KL dari Pekan, Pahang apabila bibik (pembantu rumah) beritahu anak saya (Bobby) sakit teruk.
“Dia (Bobby) mengalami kesukaran untuk bernafas secara normal. Doktor beritahu Bobby ada masalah jantung. Nasib baik saya cepat menghantarnya ke hospital,” ujar Karl menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
Ujar selebriti berusia 42 tahun itu lagi, dia sudah menganggap kucing berwarna putih kelabu itu sebagai anaknya sendiri selain turut memiliki 23 ekor kucing lain yang dijaga dengan rapi.
Malah, Bobby disifatkan sebagai ‘anak’ yang paling baik berbanding kucing-kucing lain yang dimiliknya itu.
“Mohon doakan budak paling baik antara 23 ekor ‘anak-anak’ say aini cepat sembuh. Saya risau sangat!” ujarnya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, Karl turut berkongsi beberapa keping foto ketika Bobby mendapatkan rawatan di klinik haiwan.
Paling meruntun jiwa apabila Karl turut berkongsi sepotong video menunjukkan keadaan kucing tersebut bergelut kerana mengalami kesukaran untuk bernafas.
Sumber: KOSMO! ONLINE
|