CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selalu Mimpi Pelik, Rasa Sibuk Tapi Sunyi- Sufian Suhaimi Alami Mental Breakdown

7-4-2022 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1872| Komen: 14

Description: Melalui waktu sukar sehingga selalu mengalami mimpi pelik, penyanyi Sufian Suhaimi mengakui sedang berdepan masalah peribadi.
Melalui waktu sukar sehingga selalu mengalami mimpi pelik, penyanyi Sufian Suhaimi mengakui sedang berdepan masalah peribadi.

Enggan berkongsi lanjut, Sufian, 30, bagaimanapun berharap agar semua masalah yang dihadapinya kini dapat diselesaikan dengan baik.

Foto: IG

"Banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya dan ada masanya rasa seperti mental breakdown.

"Tidak apa yang serius, Cuma masalah kecil yang perlu saya hadapi sendiri. Saya harapkan yang terbaik sahaja untuk diri sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Sebelum itu, penyanyi lagu Di Matamu ini berkongsi di Instastory tentang perasaannya yang sunyi dan ingin berehat sebentar.




"Rehat sekejap, reheat dari dunia. Lately rasa berat je hati. Selalu mimpi pelik. Rasa sibuk tapi sunyi.

"Terlalu banyak perkara yang berlaku, terlalu banyak jangkaan yang perlu dipenuhi. Tapi rasa macam tak ada yang genuinely nak dengar. End up cerita dekat Dia je" tulisnya.

Sementara itu, bercerita tentang kolaborasi bersama kumpulan Inteam menyanyikan semula lagu Damba Kasih, kata Sufian ini adalah peluang terbaik untuk anak-anak muda mengenali lagu nasyid yang pernah popular sebelum ini.


Kata Sufian, dia tidak menyangka gurauan ketika bertemu Inteam di salah sebuah program televisyen membuahkan kerjasama yang baik.

"Saya berjumpa Inteam di belakang pentas dalam sebuah program dan ketika itu hanya bergurau untuk sama-sama berkolaborasi. Tak sangka pula ia menjadi kenyataan.

"Menerusi nyanyian semula ini, ia dapat memberi pendedahan kepada golongan muda tentang lagu-lagu nasyid popular yang mungkin mereka tidak tahu sebelum ini,"jelasnya.



Bercakap tentang sambutan Ramadan tahun ini, Sufian berharap dia dapat menyempurkan tadarus sekaligus khatam al-Quran.

"Tahun lepas ada niat nak khatam al-Quran tetapi tidak kesampaian. Saya harap kali ini akan berjaya.

"Bulan puasa ini juga saya masih sibuk dengan jadual kerja dan akan bercuti seminggu sebelum sambutan hari raya," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 7-4-2022 11:02 AM
ahh kau....tak habis-habis sunyi, lonely, sepi, kesorangan, meluluh, meratap...terpaling heartbreak, terpaling ditinggalkan, itu je lah watak kau supian oii....walhal bukan kah player jugak??? yihhhh!
Quote awanysss 7-4-2022 11:06 AM
mohon dm sy. sy pun sunyi
Quote Orix 7-4-2022 11:07 AM
suara dia sedap iols sukerrrr
Quote helicornia 7-4-2022 11:24 AM
aik bukan jual bantal berzikir ke
apasal pulak mimpi pelik2 lagi
Quote shi_jewel 7-4-2022 11:28 AM
nerdy...nexttttttttttt......
Quote MeowPARSI 7-4-2022 11:34 AM
Bukan ke ramai sokong dia ke dulu,,, lunyai gak elfira kene ganyang dgn netizen,,, laaa ni sunyi plak x abih abihh,, EL nak meletop lg perut nya tu????
Quote lasagna 7-4-2022 12:29 PM
cer cite dik cer cite.. apa ke halnya.. kawen laa dik if ko sunyi. ehh tiberrr..
Quote naina 7-4-2022 12:43 PM
Bipolar disorder ke?
Quote SherryZass 7-4-2022 01:48 PM
carilah gelpren satu dek pian, taklah sunyi heartbroken bagai lagi.
Quote babelina 7-4-2022 03:05 PM
dia nie bole tahan juga pndai blakon ye.. citer jd ank sapa ntah zz ke mummy.. best juga dia blakon..
Quote hzln 7-4-2022 03:28 PM
Dah abis isteri orang yg nak di DM ker dek pian? #tanyajer
Quote ReginaGeorge 7-4-2022 04:09 PM
Seram tgk muka kau dik. Sib baik mak el bijak menilai
Quote Nenasketum 7-4-2022 06:23 PM
naina replied at 7-4-2022 12:43 PM
Bipolar disorder ke?

Kalau betul, Pian kena tanak pokok ganja dalam lemari
Quote Bunga88 7-4-2022 09:20 PM
Suara dia sedap.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.057015 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top