CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Orang Geli Dengar Nad Zainal Batuk Berkahak

7-4-2022 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3096| Komen: 15

Description: Nad Zainal runsing apabila gejala pasca Covid-19 yang dihadapinya kini menyukarkannya bekerja dalam prestasi terbaik kerana mengalami batuk berkahak sejak seminggu lalu.
Nad Zainal runsing apabila gejala pasca Covid-19 yang dihadapinya kini menyukarkannya bekerja dalam prestasi terbaik kerana mengalami batuk berkahak sejak seminggu lalu.


Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, berkata, pasca Covid-19 memang benar-benar berlaku kerana sudah seminggu dia mengalami gejala tersebut.


Foto: IG

“Jagalah kesihatan kepada semua. Hendak minum air waktu siang tetapi bulan puasa pula, ada tak ubat-ubatan yang mujarab?” soalnya dalam entri menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya semalam.

Tambah pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu, masalah batuk tersebut turut memberi kesan kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon.




“Susah hendak berlakon jika setiap seminit akan alami batuk yang kuat. Orang lain dengar pun naik geli,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada mana-mana individu yang memberi tips untuk merawat batuk berkahak dialaminya seperti mengambil minuman cengkih.


“Ramai sarankan saya minum air rebusan cengkih. Kahak saya antara hidung ke tekak tidak lepas-lepas.

“Apabila puasa, tekak saya ke­ring dan bila begitu, rasa sema­kin teruk,” ujar yang kini popular dengan drama Dendam Seorang Isteri.



Nad pernah dijangkiti Co­vid-19 pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 7-4-2022 11:00 AM
makin daring berlakon sekarang...selamba aje peluk2
laki kau tak marah ke dekkk
Quote prince_marhaen 7-4-2022 11:05 AM
Nad Kangkang dah nak tukar jadi Nad Kahak pulak kewww??? btw sheols makin lawo sejak berbedak tebal sesuai wajah... kalau dulu berkepok nampak bedak sheols ye...
Quote AshkieLa 7-4-2022 11:13 AM
makin lawa plak dia ni..
citer petang2 tu tengok iklan dia.. kalah fasha.
tapi tetap takleh lupa kes kang2 anak yatim dia la..

Quote Bergosip 7-4-2022 11:28 AM
pergi klinik, cuba buat rawatan sedut kahak
Quote Pak.dolla 7-4-2022 11:43 AM
Aku x minat org pendek
Quote MatDeghem 7-4-2022 12:01 PM
orang katek tak boleh jadi pengoda..... tak menjadi.  Jadi jahat ok....
Quote EvieWanKenobi 7-4-2022 01:10 PM
awat gigi dia nampak pelik? nampak panjang..
Quote Perawankota 9-4-2022 03:49 AM
Dia berjalan still out
Quote debab_78 9-4-2022 05:41 AM
For me dia pelakon gred A  Bukan pelakon kayu kayan  
Quote incess.my 9-4-2022 07:10 AM
akak suka ko berlakon, tp tok laki dia ok pulak scene pegang2 khenn.. ke spesis bewak
Quote fefeeling 9-4-2022 11:15 PM
Geli tu tak la.. tapi lebih kpd seram-seraman bila masuk bilik meeting duduk dengan orang yang ada simptom long covid ni duk batuk2 jenis ‘tebal’ bunyik nye.. kau rasa cam nak balik rumah terus clorox satu badan
Quote jihyomelly 9-4-2022 11:27 PM
incess.my replied at 9-4-2022 07:10 AM
akak suka ko berlakon, tp tok laki dia ok pulak scene pegang2 khenn.. ke spesis bewak

pegang2 melekat rapat.. ok la tu gamaknya laki dia bg permission atas dasar kerja.. done husnuzon dibln posa
Quote jihyomelly 9-4-2022 11:30 PM
fefeeling replied at 9-4-2022 11:15 PM
Geli tu tak la.. tapi lebih kpd seram-seraman bila masuk bilik meeting duduk dengan orang yang ada s ...

mcm kaka lps kena covid still tekak x sedap kekadang kering yg batuk sikit2 memang avoid tempat ramai org.. kita tak selesa org pun sure x selesa dgn batuk tak lepas dek tekak kering
Quote fefeeling 10-4-2022 01:35 AM
jihyomelly replied at 9-4-2022 11:30 PM
mcm kaka lps kena covid still tekak x sedap kekadang kering yg batuk sikit2 memang avoid tempat ra ...

Now kan dah ramai start masuk office balik so akan bergaul la dgn colleagues rata2 covid survivor ni kan.. kita just still jaga distance dgn maintain pakai mask jelah.. dia pun leh kena jangkit blk dr kita ke mana nak tau kan.. so sama2 jaga diri masing2 gitu
Quote Minami2013 10-4-2022 04:03 AM
Pandai dia jaga body lepas beranak. Selalu jenis yg rendah ni lagi la cepat bdn put on weight. Nmpak makin cantik.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.056369 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top