CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pentingkan Diri Dan Dibenci Ramai- Nabila Huda Mengaku Sakitkan Hati Ramai Orang

10-1-2022 08:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2144| Komen: 9

Description: Takkan ada hidup yang akan terus murung atau sunyi selamanya.”
Takkan ada hidup yang akan terus murung atau sunyi selamanya.”

Demikian kata pelakon Nabila Huda atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, 37, yang memaklumkan kehidupannya kini lebih bahagia selepas membuat pendedahan secara terbuka berhubung masalah kemurungan yang dihidapi tahun lalu.



Foto: IG

Kata pelakon filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam itu, dalam hidup, kita sebagai manusia, mempunyai banyak pilihan bagaimana untuk mendepani hari-hari mendatang.

“Saya lebih bahagia sekarang dan saya ingin hidup bahagia. Takkan ada hidup yang akan terus bersedih.


“Biarpun 10 atau 15 tahun menunggu waktu (bahagia) itu tiba, fasa itu pasti akan datang. Kita sentiasa ada pilihan.

“Kalau kita pilih kesedihan, sampai bila-bila pun bersedih sahajalah kehidupan. Kalau dalam fikiran asyik cakap itu susah, ini susah, susahlah kamu,” katanya menerusi satu hantaran status panjang lebar dalam Instagram.



Prihatin dengan kepayahan hidup yang dihadapi orang ramai, anak kepada penyanyi rock ternama, Amy Search itu menitipkan pesanan agar kehidupan kekal dijalani dengan senyuman di bibir.

“Saya tahu ramai antara kita yang sedang bersedih sekarang, ‘down’ dan hilang arah. Tiba-tiba saya rasa nak berkongsi hantaran status (setahun lalu ini), supaya kalian mendapat inspirasi dan teruskan perjalanan hidup dengan senyuman.

“Saya nak kalian percaya, apa yang kalian inginkan dalam hidup, benda itu akan datang. Cuma bila semua itu, kita tak tahu. Nikmati sahaja perjalanan dan teruskan hidup dengan sepenuh jiwa raga. Jangan mengeluh sangat, senyum lebih dan sentiasalah bersyukur,” ujarnya.



Nabila atau mesra disapa sebagai Abil berkata demikian sebagai memberi peringatan terhadap hantaran ‘campak belakang’ (throwback) yang dimuat naiknya setahun lalu.

Kata Abil setahun lalu, dia sepatutnya sudah mati lama dahulu kalau tidak kuat berdepan dugaan hidup. Menurutnya, apa yang telah dilaluinya tidak mudah dilalui orang lain.





“Saya menyakitkan hati ramai orang, buat benda buruk, pentingkan diri sendiri dan dibenci ramai. Tetapi hidup mengajar dan menjadikan siapa saya ketika ini.

“Saya tak salah orang lain, tak salahlah kegagalan perkahwinan dan tak salahkan keluarga yang berpisah. Sebab saya reda dengan takdir hidup saya yang sudah tertulis, “luahnya yang menyambut ulang tahun ke-36 pada Disember lalu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 10-1-2022 09:56 AM

Takkan ada hidup yang akan terus murung atau sunyi selamanya.”

Demikian kata pelakon Nabila Huda atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, 37, yang memaklumkan kehidupannya kini lebih bahagia selepas membuat pendedahan secara terbuka berhubung masalah kemurungan yang dihidapi tahun lalu.





Ads by




Foto: IG

Kata pelakon filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam itu, dalam hidup, kita sebagai manusia, mempunyai banyak pilihan bagaimana untuk mendepani hari-hari mendatang.

“Saya lebih bahagia sekarang dan saya ingin hidup bahagia. Takkan ada hidup yang akan terus bersedih.

“Biarpun 10 atau 15 tahun menunggu waktu (bahagia) itu tiba, fasa itu pasti akan datang. Kita sentiasa ada pilihan.

“Kalau kita pilih kesedihan, sampai bila-bila pun bersedih sahajalah kehidupan. Kalau dalam fikiran asyik cakap itu susah, ini susah, susahlah kamu,” katanya menerusi satu hantara status panjang lebar dalam Instagram.
Quote chinta89 10-1-2022 10:32 AM
ku suka je tgk bakat dia dlm industri. serba boleh. takde la manjang berpaksikan mekap sekati, seksi, dan mengharapkan jerung. dia usaha sendiri.
Quote dudaberhias 10-1-2022 10:35 AM
iols ok jer dengan dia... lagipun dia kurang meroyan macam ritrud... berbakat pun berbakat lagi2 bab lakonan takde sape boleh lawan sheols lagi...

walaupun nampak buruk dan kepam berkerak nau sheols menyeksi tu...
Quote babelina 11-1-2022 09:16 AM
seadanya dia la.. aku suka dia.. nmpk lbh kelas skrg.. x huru hara mcm dulu.. hahaha..
Quote mixed 14-1-2022 09:59 AM
sejak dia kena covid ritu dia meroyan salah kan nisha,nd & the geng sb dia dpt covid
aku x bape minat dah acah relax konon
lps dia bebas covid kemain dia kuar amik job byk2
xda rasa takut pn kt covid dasarr hipo gak dia ni
Quote asfaz 14-1-2022 10:16 AM
mixed replied at 14-1-2022 09:59 AM
sejak dia kena covid ritu dia meroyan salah kan nisha,nd & the geng sb dia dpt covid
aku x bape mina ...

Samalah
.dulu minat dengn abil ni. Tak kisah la cerita peribadi pasal dia cmne. Tpi lepas dia meroyan masa kena covid tu terus menyampah. Macam la terpaling jaga sop walhal memang takde pun jaga sebelum kena tu. Helork aje bergambar berpeluk dgn kekawan. Bila kena , saya jaga sop sekian sekian. Meroyan aje kat ig. Yg Nd and kekawan dia yg sama kena ,elok aje Kuarantin tak salah kan sesapa. Sedar diri tak jaga sop.
Quote captainQUE 14-1-2022 10:28 AM
mixed replied at 14-1-2022 09:59 AM
sejak dia kena covid ritu dia meroyan salah kan nisha,nd & the geng sb dia dpt covid
aku x bape mina ...

Samalah dengan I… member yg lain relax je chill2 kuarantin Sebab positive tapi Dia meroyan salahkan kawan Tu juga tapi in the same time anak Dia bebas je keluar masuk rumah Tu Padahal Dia pun bebas je Tak jauh sangat dari anak Dia… Serius I cancel Dia Lepas Tu… I Tak berapa suka Ned Tu tapi Dia sangat supportive Bila wife Dia positive dan dia Takde nak salahkan orang lain macam Dia ni…
Quote fealefea 14-1-2022 12:33 PM
Nisha tu kawan masa die susah dan senang. sebab covid kau bad mouth die. sedih tau buat camtu.
Quote lyshafull 14-1-2022 02:31 PM
fealefea replied at 14-1-2022 12:33 PM
Nisha tu kawan masa die susah dan senang. sebab covid kau bad mouth die. sedih tau buat camtu.

Tgok nisha tu jaga ain edruce lak skang

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.061200 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top