CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Baju Seksi Uniform Kerja Saya,"-Nad Zainal Hanya Jadi Diri Sendiri

10-1-2022 07:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2487| Komen: 11

Description: Dinasihatkan segelintir peminat agar segera bertaubat kerana semakin berpenampilan seksi, pelakon versatil Nad Zainal memaklumkan, dia tidak mahu terlalu pusing tentang pendapat orang terhadap dirinya ...
Dinasihatkan segelintir peminat agar segera bertaubat kerana semakin berpenampilan seksi, pelakon versatil Nad Zainal memaklumkan, dia tidak mahu terlalu pusing tentang pendapat orang terhadap dirinya.


Kata Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, dia lebih rela menjadi diri sendiri daripada terlalu memikirkan pendapat orang terutama berkaitan penampilan diri yang sudah terang lagi bersuluh, sentiasa terikat dengan tuntutan kerja seni.


Foto: IG

“Ramai yang terima kecam itu ini sebab saya pakai seksi tapi saya memang jenis malas ambil pusing.

“Baju yang saya pakai di tempat kerja adalah ‘uniform’ kerja saya. Saya hanya menjadi diri sendiri kalau itu yang orang di luar runsingkan,”katanya kepada Kosmo! Online.




Jarang menghampakan peminat dari segi terjemahan karakter dan penghayatan emosi peranan yang dijayakan sama ada di skrin televisyen mahupun layar perak, Nad berkata, seksi atau tidak, perihal berkenaan merupakan sesuatu yang bersifat subjektif.

“Terpulang mata mereka yang melihat. Saya tiada titipan nasihat buat orang yang suka mengecam tapi saya nak cakap, saya hanya akan menjadi diri sendiri.

“Dan, saya juga akan ‘all-out’ (beri yang terbaik) dalam setiap kerja atau watak diberi. Kalau orang suruh saya taubat sebelum terlambat apa semua, terima kasih untuk ingatan itu semua.’Baju saya pakai adalah ‘uniform’ kerja saya’



“Seksi atau tidak, saya sentiasa janjikan dalam lakonan yang saya jayakan bahasa saya sentiasa beri yang terbaik. Itu janji saya,” katanya lagi.

Terdahulu, Nad, 32, mencuri tumpuan dan buah mulut netizen dengan penampilan seksi terbaharu yang dikongsinya dalam media sosial.

Menerusi hantaran dalam Instagramnya, Nad berkongsi beberapa keping foto memaparkan dirinya difahamkan sedang terlibat dengan penggambaran bagi sebuah produk berjenama.


Tampil cantik dan lengkap dengan gaun berwarna merah hati, Nad sasaran kecaman netizen kerana disifatkan terlalu seksi dan tidak sesuai dengan dirinya.

“Makin cantik, Makin kurang kain. Berlakon best.

“Makin tunjuk benda tersembunyi. Mohon taubat semua. Saya pun perasan juga semenjak makin kurus ni, ish tak tahulah. Baju ambil vaksin. Kasihan laki kau kak,” tulis netizen.





Sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata tersebut pernah dikecam netizen gara-gara penampilan seksinya ketika bercuti bersama rakan-rakan selebriti lain di Pulau Bali, Indonesia beberapa tahun lalu.

Rata-rata peminat menyifatkan Nad sepatutnya menjaga tatasusila sebagai seorang isteri dan ibu, lebih-lebih lagi dia yang jarang sekali terpalit dengan kontroversi berpakaian seksi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 10-1-2022 08:11 AM
Jgn awl sgt pakai tudung
Vanida pn sama

Ramai retis lawa2 muka klasik pakai tudung terus hilang wow
Quote mzzenma 10-1-2022 08:21 AM
sibuk nak suruh org tu taubat..yg ko duk sibuk telek bahu, peha org tu cuci kata bila nak taubat juga
Quote chinta89 10-1-2022 10:29 AM
kalau dh ramai2 artis pakat berhijrah, nk pegang watak yg sesuai pun susah. ini realiti ya..
Quote berusjamban 10-1-2022 12:23 PM
Husband dia xhensem. Sekian
Quote mendeluk 10-1-2022 12:44 PM
makadek replied at 10-1-2022 08:11 AM
Jgn awl sgt pakai tudung
Vanida pn sama


Haha betul. Nanti kalau terlajak pakai, pastu nak buka dah tak boleh. Nanti karang bukaa, habis peminat larikkk. Aku rasa izara itu pun ada peluang besaq utk bukak balik. Kalau paling pun, behind camera
Quote adeqbun 10-1-2022 12:53 PM
Ye btol...artis2 talented xyah la berhijrah tp jgn bitchy je sudah...die ni belakon mmg bagus btol,tu psl ai keciwa skit die kalah ngan janna nick makan salji tu...
Quote cmf_premierleag 10-1-2022 12:59 PM
Edited by cmf_premierleag at 10-1-2022 01:00 PM

Dulu kusam je nad ni
Lps dh polish kulit tu terus nmpk lawa and glowing pinkish gitu
And rupa dia ada iras2 Dr Nadzirah yg doktor estetik yg lawa tu..tp nad ni katek la...dr.nadz tu tinggi
Quote cmf_premierleag 10-1-2022 01:00 PM
Takyah la bertudung
Kang ko belakon mcm x kena je..esp nk bwk any watak, semedang nk kene bertudung walau nk tido,duk dlm rumah
Potong stim je sbb x kene sgt scene
Quote sambaldurian 10-1-2022 01:46 PM
Dh knp netz ni pun acah2. Gitu xyah tgk drama melayu, g tgk drama arab saudi nun tu ha. Klu tgk ART channel arab astro tu pun, seksi2 pelakonnya. Xtau la arab muslim ke arab non muslim. Xpun senang citer xyah tgk hiburan. Melaghakan.
Quote bambimbom 10-1-2022 02:00 PM
comel je nad ni.. aku rase takde la seksi sangat..
Quote Kancilkering 10-1-2022 02:19 PM
kerja kat hooters

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.059584 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top