CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beli Lamborghini, Jam Tangan Rolex, Pakaian Berjenama Guna Duit Bantuan Covid-19

6-1-2022 07:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2573| Komen: 15

Description: Florida: Seorang lelaki berasal dari Haiti didakwa melakukan penipuan apabila menggunakan duit bantuan Covid-19 untuk membeli barangan mewah termasuk kereta sport Lamborghini Huracan Evo, pakaian berj ...
Florida: Seorang lelaki berasal dari Haiti didakwa melakukan penipuan apabila menggunakan duit bantuan Covid-19 untuk membeli barangan mewah termasuk kereta sport Lamborghini Huracan Evo, pakaian berjenama dan jam tangan Rolex serta Hublot.


Valesky Barosy, 27, cuba mendapatkan bantuan dana Covid-19 berjumlah lebih AS$4.2 juta (RM17.6 juta) menerusi program Paycheck Protection dengan memalsukan jumlah perbelanjaan tahunan, jumlah pendapatan dan cukai.

Namun, dia hanya menerima bayaran sebanyak AS$2.1 juta (RM8.8 juta).


Foto: Agensi

Pada 29 Disember lalu, Barosy membuat penampilan pertama untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah dan jika disabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 132 tahun.


Menerusi media sosial, Barosy menunjukkan ‘kehidupan mewahnya’ dengan menggunakan pelbagai barangan berjenama dan sering menggambarkan dirinya seorang yang berjaya.

Selain itu, lelaki tersebut juga menceritakan kepada pengikut Instagram mengenai bagaimana dia berdepan kehidupan yang sukar ketika mula-mula sampai di Amerika Syarikat (AS) sehingga tidak mampu membeli sehelai baju di Walmart.

Barosy mendakwa dia menjadi presiden sebuah syarikat yang dikenali sebagai VBarosySolutions Inc. yang membantu pelanggan memulihkan skor kredit mereka.

Lelaki itu juga mendakwa merupakan usahawan berjaya termasuk pakar dalam bidang pemasaran dan e-dagang. -CARI

Sumber: Utusan Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 6-1-2022 07:56 AM
asal kaya beli Lambo, asal kaya beli jam..tak ada benda lain ke nak beli?
Quote saviour_09 6-1-2022 09:01 AM
kat sini mengaku mangsa banjir, tipu macam2 bantuan dr gomen & ngo

Quote Simunggu 6-1-2022 09:04 AM
tu sbb aku hati hati nak bantu org/ bagi derma
Quote green~tea 6-1-2022 09:23 AM
Dia bayar cash ke beli sume tu? Ye la kan, duit cuci cuci kena untraceable
Quote bakingsoda 6-1-2022 09:26 AM
senangnya dia menipu, kat sini duit sendiri 10k melulut merayu hentak kepala pon haram nak dapat
Quote BartholomewKuma 6-1-2022 09:29 AM
Kalu kaya sangat beli bini banyak2 la ada bran ka ?
Quote kelip2_07 6-1-2022 09:34 AM
byknyee duit bntuan covid
Quote slyfynx 6-1-2022 10:22 AM
Yg laju je bukak tabung kutip derma untuk mangsa banjir cemane?
Quote hareeeesah 6-1-2022 10:22 AM
BartholomewKuma: Kalu kaya sangat beli bini ban ...


Buatnya dapat bini menyusahkan, baik la beli barang tak menyakitkan hati hahahah
Quote Cleocatra 6-1-2022 10:39 AM
Wow, ciri2 lelaki idaman quin kepam
Quote Nenolen 6-1-2022 10:58 AM
Cleocatra replied at 6-1-2022 10:39 AM
Wow, ciri2 lelaki idaman quin kepam

kannn...kom kita tag kuinkepam...
Quote Nenolen 6-1-2022 11:00 AM
bakingsoda replied at 6-1-2022 09:26 AM
senangnya dia menipu, kat sini duit sendiri 10k melulut merayu hentak kepala pon haram nak dapat

kannn...tak dak berita yer 10K one-off kwsp...senyap jer...
Quote Lagubestbest 7-1-2022 09:35 PM
kot ye pun.. tunggula dua tiga tahun lepas covid abes. dapat duit harini esok terus keluar lambo mmg kantoi la.
Quote auntieagony 7-1-2022 09:43 PM
Sikap menunjuk2 si Barosy ni menyebabkan kejatuhannya...

Dlm kebijakannya memperdayakan penaung pemberi dana covid 19, kurang bijak jugak dia ni.

Cuba diam2 jer, buat relax dan chill jer, sorang pun tak tahu...

Tapi kalau org ramai tak tahu dia kaya, mcm tak best pulak kan...

So that's the cause of his downfall ( sama mcm A**m S**h di Msia)
Quote Firenzza 7-1-2022 10:27 PM
Selain mengkayakan tokey beksin, kobid ni pun tlg kayakan penipu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.069377 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top