CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Meronta-Ronta Nak Dilepaskan, Wanita Viral Selamba Dukung Singa Macam Kucing

6-1-2022 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4958| Komen: 52

Description: Bandar Raya Kuwait – Pihak berkuasa tempatan mengesahkan kejadian seorang wanita membawa seekor singa dalam pelukannya ketika melalui sebatang jalan di Kuwait, lapor agensi berita United Press Intern ...

Bandar Raya Kuwait – Pihak berkuasa tempatan mengesahkan kejadian seorang wanita membawa seekor singa dalam pelukannya ketika melalui sebatang jalan di Kuwait, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Rakaman kejadian itu menjadi tular di media sosial. Ia menunjukkan singa berkenaan yang masih dalam usia muda, cuba untuk melepaskan dirinya daripada pelukan wanita tersebut.


Kejadian itu dikatakan berlaku pada Ahad lalu di kawasan Sabahiya, selatan Bandar Raya Kuwait. 

Polis alam sekitar berkata, singa itu adalah milik wanita berkenaan dan bapanya. 

Pihaknya membantu menangkap spesies kucing besar itu apabila haiwan tersebut dikesan berkeliaran di jalanan sebelum ia  dikembalikan kepada wanita itu.

Haiwan eksotik termasuk singa adalah sah untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan di Kuwait. -CARI

Sumber: Kosmo



Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BartholomewKuma 6-1-2022 08:19 AM
Tuuuuu diaa. Ganaih pompuan kuwait. Hat jantan melayu ada teloq nak pi mnikah dengan pompuan kuwait dak? Hahaha singa pun dia peluk lagu tu ja. Ni kan pulak hampa. Dia boh penaboh ja kalu tak suka
Quote Simunggu 6-1-2022 08:48 AM
di sini bangla sah dipelihara
Quote aint 6-1-2022 09:00 AM
kelakar...singa tu leh ngulupur taknak didukung... lps letak bawah, baru dia relax...
Quote green~tea 6-1-2022 09:03 AM
Kenapalah singaaaaa betina.. banyak lagi kucing lain mcm2 rupa buleh bela and groom... manja lagi...
Quote Moyangkucing 6-1-2022 09:05 AM
Macam kucing jer dia hangkut singa... I  like
Quote makita 6-1-2022 09:17 AM
Pegh..singa yg meronta-ronta ni
Quote Suchi 6-1-2022 09:23 AM
Hahhha sementara kat malaysia acik2 cuma mampu pikul si Oyen jaaa tu pun tak mau duk diam ade je akal budak sekor tu
Quote bakingsoda 6-1-2022 09:23 AM
biasala kalau ada dna oyen, perangai dia expected nakal. sampai tercabut tudung akak tu, kuat betul angkat singa, aku angkat kucen 6kg pon nak terlucut sbb bulu licin kalau pegang camtu, ke kucen yg lagi bijak dari singa bab melarikan diri
Quote iznanaziz 6-1-2022 09:39 AM
aint replied at 6-1-2022 09:00 AM
kelakar...singa tu leh ngulupur taknak didukung... lps letak bawah, baru dia relax...

mana video yg letak singa tu kat bawah?
Quote sukacactus 6-1-2022 09:58 AM
Berapa puluh kilo dah tu, bunyi pun ganas
Quote She-Ra 6-1-2022 10:13 AM
tak suka kena kendung la tuuuuu hahahaaa
comel je terkapai2.. kesian dia
Quote aint 6-1-2022 10:15 AM
iznanaziz replied at 6-1-2022 09:39 AM
mana video yg letak singa tu kat bawah?

iols tgk video dlm FB... nak copy & upload kat sini tak reti
Quote annehuda 6-1-2022 10:15 AM
tu bukan singa, tu tak silap aku puma atau cougar.  

Quote jejarihalus 6-1-2022 10:16 AM
Dahsyat Pak Arab ngan Minaj Arab ni...singa harimau mcm pet je
Quote haruslah 6-1-2022 10:28 AM
Hahah ade x usop kagum dgn pompuan ni
Org baik alim, singa pun tunduk
Quote prettyuglybabe 6-1-2022 11:19 AM
comel je macam oyen kena paksa balik rumah
Quote ninja9 6-1-2022 11:25 AM
iznanaziz replied at 6-1-2022 09:39 AM
mana video yg letak singa tu kat bawah?

Sini ada

[ig]https://www.instagram.com/p/CYRJsbfv58w/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading[/ig]

Quote Decaffeinated 6-1-2022 11:28 AM
Kucing pun kalau lama sangat ko dukung dia cakar sebab menyampah.
Quote Shazid 6-1-2022 12:29 PM
Gelak aku dengar bunyi singa tu....klu kucing comel je dengar...ni singat kot....serem

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.060735 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top