CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hero Heroin Ambil Job Sana Sini Sampai Menyusahkan Produksi

31-12-2021 02:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2789| Komen: 7

Description: Sikap segelintir pelakon yang mengambil banyak tawaran berlakon hingga berlaku pertembungan jadual penggambaran dilihat menyusahkan syarikat produksi.
Sikap segelintir pelakon yang mengambil banyak tawaran berlakon hingga berlaku pertembungan jadual penggambaran dilihat menyusahkan syarikat produksi.

Tindakan mereka itu dilihat seperti mementingkan diri hingga menyusahkan penolong pengarah untuk menyusun jadual penggambaran.

Penerbit, Fadzil Teh berkata, perkara inilah yang selalu dihadapi kebanyakan syarikat produksi.

"Mereka yang pegang watak hero dan heroin ambil 'job' (tawaran berlakon) sana sini. Akhirnya susahkan produksi susun jadual," katanya yang juga penerbit Zeel Productions.


Foto: Harian Metro


Katanya, ada pelakon yang suka berjanji untuk memberikan jadual awal jika terbabit dengan penggambaran lain.

"Inilah yang banyak produksi hadapi masalah sekarang terutamanya yang pegang watak hero dan heroin. Mereka ambil tawaran berlakon yang banyak sedangkan drama di sini belum habis. Janji sana janji sini. Bila tanya alasan diberi sudah berikan jadual awal.

"Ada pula jenis yang berikan tarikh itu ini sedangkan mereka sepatutnya ikut tarikh penggambaran kita. Kasihan kepada penolong pengarah dan pengurus produksi. Patutlah banyak orang tak mahu kerja di syarikat produksi lagi.

"Kadang-kadang malas nak bising, jadi telan saja selagi boleh. Jerit sana, jerit sini nanti kita masuk wad pula. Pada yang buat hal tu tunggulah 2022 tak perlu harap nak lalu batang hidung pun tiada," katanya.

Terdahulu, pelakon Fauziah Nawi mempersoalkan perkara sama apabila tugas penolong pengarah dilihat asyik membetulkan jadual penggambaran pelakon.

"Adakah penolong pengarah kerjanya asyik betulkan jadual sebab nak melayan segelintir pelakon kegemaran? Atau asyik kena tunggu skrip yang datang sikit-sikit? Akhirnya asyik kena buat jadual selepas balik penggambaran 18 jam semata-mata nak pastikan penggambaran berjalan lancar?" tulisnya di Facebook.

Sementara itu, pengarah Shahrulezad Mohameddin turut berpendapat sama.

"Ya, tekanan. Stesen TV pula tak nak mengalah. Kalau nak tu, dia nak tu juga. Macamlah Remy Ishak tu ada klon 10 orang dalam Malaysia ni," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 31-12-2021 03:25 PM
Hahahaha
Igtkn hero kaki heroine hahaha
Nk wat cmne. Yg 1m followers mmg laku job sane sini
Quote Shazid 31-12-2021 03:27 PM
Rupanya produser kene ikut ckp stesen TV jgk ye dlm pemilihan pelakon
Quote buragazz 31-12-2021 04:24 PM
Dia ni ker yang kata nak pelakon cun dan hensem.. ke aku salah orang...
Quote doubleharmonic 31-12-2021 06:02 PM
bukan dah jumpa ke klon wemy sorang?

Quote jijilaaa 1-1-2022 11:24 AM
dah korang jgk nak pelakon ada follower 1m kan....
Quote airmineral 1-1-2022 12:24 PM
gigih sgt amik pelakon sama je
padahal berlambak pelakon kt msia ni
Quote prince_marhaen 3-1-2022 09:45 AM
padanlah muka korang Mak Hayam Zillala...haritu ko jugak sokong request amik pelakon yang ramai followers kan....hadaplah artis / instafemes yang sama berebutlah korang retis-retis sangkak tu semua..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.050913 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top