CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Setiap Hari Dia Menangis Rindukan Afnan,” – Azmi Saat

29-10-2021 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3355| Komen: 23

Description: Azmi Saat menitipkan ucapan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran isterinya, Nazirah Muhammad.
Azmi Saat menitipkan ucapan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran isterinya, Nazirah Muhammad.

Dalam ucapannya itu, Azmi turut mendoakan semoga kehidupan isterinya itu sentiasa diberkati dan dilimpahkan rezeki yang berpanjangan.



Foto: IG

“Hari ni hari ulang tahun kelahiran orang yang sangat bermakna dalam hidup saya. Dialah isteri, sahabat, kawan dan nyawa saya.

“Mohon kawan-kawan doakan dia agar sentiasa dirahmati, diberkati, dilimpahkan rezeki yang berkat, sentiasa dalam kebaikan di dunia dan akhirat,” tulisnya.


Ucapan istimewa itu dikongsikan sendiri oleh vokalist kumpulan Caliph Buskers itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.



Dikesempatan itu juga, Azmi turut memaklumkan isterinya itu kini amat memerlukan kata-kata semangat dan peransang daripada orang ramai agar dia dapat menemui kekuatannya semula selepas pemergian anak tercinta genap sebulan yang lalu.

“Kalau sudi, tolonglah hadiahkan kata-kata positif untuknya. Hari ini genap sebulan Aruah Afnan lahir. Ternyata, dia masih belum betul-betul boleh melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata kami.

“Walaupun keadaannya semakin baik, tapi setiap hari akan ada masa dia menangis kerana rindukan Afnan dan detik-detik indah itu,” kongsinya lagi.

Katanya lagi, dia berharap agar kata-kata positif itu dapat menaikkan semangatnya untuk meneruskan hari-hari yang mendatang.



“Mudah-mudahan kata-kata positif kalian dapat memberi seribu kekuatan buat dia. Insya Allah.

“Selamat ulang tahun kelahiran Nazira Muhammad,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat isteri Azmi selain turut menitipkan doa bersempena dengan ulang tahun kelahirannya itu.



“Selamat hari lahir Nazira. Semoga terus diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan dalam kehidupan. InsyaAllah ada hikmah yang lebih baik yang menanti. Amin.

“Selamat hari lahir Kak Nazira. Semoga akak kuat melalui dugaan hidup. Mudahan Allah menggantikan dengan yang lebih baik.

“Happy birthday. Reda dan sabar kak. InsyaAllah Allah SWT akan gantikan dengan yang lebih baik bila tepat masanya,” antara reaki-reaksi netizen di laman Instagram.

Terdahulu Azmi dan Nazira baru sahaja kehilangan anak tercinta, Afnan pada tanggal 30 September lalu selepas tiga hari bayi tersebut dilahirkan.



Dugaan tersebut sememangnya agak berat untuk diterima memandang mereka telah menanti hampir 10 tahun untuk menimang cahaya mata pertama.

Untuk rekod, pasangan ini telah pun mendirikan rumah tangga pada 2011. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 800214 29-10-2021 10:00 AM
mmg sakit..kerinduan yg tiada penghujung.tabahlah
Quote AshkieLa 29-10-2021 10:09 AM
sabarlah... u as a husband kena jadi kuat for your wife...
insyaAllah, semoga Allah ganti yg dah pergi dengan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi... Aamin.
Quote Hypothetically 29-10-2021 10:14 AM
Anak mu menanti kamu berdua di pintu syurga. Berbahagia lah kamu bertiga di sana nanti. Till jannah.
Quote gujiwa 29-10-2021 10:15 AM
sakit beb.. mmg sakit... menangis la.. kalau itu leh buat rasa lega..
iols dulu nak dgr baby nangis pun tak mampu..
berat mata memandang berat lagi bahu memikul. moga Allah kurniakan rezeki melimpah ruah untuk azmi famly.. rasa bahagia sampai bila2x..
kuatkan la semangat isteri dia..
Quote rifaa 29-10-2021 10:18 AM
Semoga azmi & isteri dikurniakan ketenangan dan rezeki anak lagi
Quote miss_perfect 29-10-2021 10:42 AM
Sedihnya la hai...
Anak yg kehilangan ibu bapa kita panggil anak yatim tapi tak ada istilah untuk ibu bapa yg kehilangan anak ni.
Semoga tabah dan cekal menghadapi dugaan.
Quote imanjannah 29-10-2021 10:45 AM
moga, Allah mudahkan urusan kamu berdua
Quote mamajawie 29-10-2021 11:15 AM
Ya Allah, aku lak rasa nak bergenang air mata ni..sedihnya baca berita ni..
Quote Minami2013 29-10-2021 11:25 AM
Moga Allah kurniakan kekuatan buat Azmi dan wife.. moga Allah kurniakan rezeki zuriat buat keduanya..
Quote airmineral 29-10-2021 02:21 PM
kesiannyaaaaa
i doakan mereka ni tabah dan redha dengan ketentuan takdir. moga ada rezeki anak lagi
Quote LadyCarefree 29-10-2021 02:42 PM
Moga ada anak lagi dn kali ni ngandung pi sepital kerajaan yg full dari awal sampai habis k. Jangan dok pi maternity center yg bukannya sepital betul pon.
Quote TeropongThaico 29-10-2021 03:32 PM
Allah kesiannya..
Moga Allah beri keringanan pd bebanan jiwa yg deols tanggung tu.
Memang la susah nak lupa sbb berharap sgt2.
Ingatlah yg Afnan sentiasa tunggu di syurga.
Quote potpetpotpet 29-10-2021 03:35 PM
LadyCarefree: Moga ada anak lagi dn kali ni  ...


Betul. I pon doakan semoga cepat2 dpt zuriat. Harap lepas ni terus pergi check up gomen, pastu buat skali detail scan..
Quote nolya 29-10-2021 05:49 PM
Edited by nolya at 29-10-2021 05:50 PM

Semoga adalah ahli psaikolog yg sudi ziarahi nazirah dan memberikan kata2 perangsang bagi meringkan beban perasaan kerana kehilangan. Anak adalah anugerah Allah, Dia yg memberi dn Dia juga yg mengambiknya kembali. Itu menjadi ujian berat bagi mereka yg memang mengharap2kan. Anak itu jugalah sbg sandaran untuk ibuayahnya dn menantikan mereka di syurga. Menyedari kita di bawah kekuasaanNya, bersabarlah semoga Allah akan memberikan rezeki lebih drp yg sudah diambik. InsyaAllah, semoga Azmi dn isteri akan ada peluang kedua.
Quote epuepy 29-10-2021 10:18 PM
Semoga azmi n wife tabah. Sedih tgok kapel ni. Dan semoga rezeki diorg melimpah ruah lepas ni.
Dan tetap bahagia
Quote nakkomenjugak 29-10-2021 10:29 PM
Moga bertabah kepada keduanya...
Quote hanna88 30-10-2021 07:27 AM
semoga tabah keduanya
Quote mimiQo 31-10-2021 09:17 AM
semoga dikurniakan ketabahan buat azmi dan isteri...
Quote eely_shana 31-10-2021 04:00 PM
Semoga diberi ketabahan azmi n isteri

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.057758 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top