CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Neelofa Jadi Cikgu Pula

29-10-2021 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19214| Komen: 158

Description: Pendakwah bebas, PU Riz menyumbang lima projektor LCD yang dianggarkan bernilai RM15,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling bagi membantu proses pembelajaran pelajar.
Pendakwah bebas, PU Riz menyumbang lima projektor LCD yang dianggarkan bernilai RM15,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling bagi membantu proses pembelajaran pelajar.


PU Riz atau nama lengkapnya, Muhammad Haris Mohd. Ismail berkata, sumbangan projektor dari LUMOS Malaysia itu adalah untuk kegunaan pelajar tingkatan lima sekolah tersebut.


Foto: IG

“Alhamdulillah, usaha ini dapat juga direalisasikan. Kalau ikutkan sudah lama nak berikan projektor ini, tapi memandangkan sekolah belum dibuka, jadi tergendala. Sekarang, pelajar sudah kembali ke sekolah, jadi saya berasakan ini waktu sesuai.


“Dengan adanya projektor ini, sedikit sebanyak dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini terutama buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya dalam satu kenyataan kepada media.




Suami kepada selebriti Neelofa itu yang turut berperanan sebagai guru sementara di sekolah berkenaan mengakui gembira dan bersyukur dapat menjalankan tanggungjawab murni tersebut.

“Selain mengajar di sekolah ini, menjadi satu tanggungjawab juga buat saya untuk membantu sekolah dalam meningkatkan lagi prestasi pelajar menerusi fasiliti yang ada. Jadi, apabila saya mewujudkan perkara ini, saya berasa lega. Sekurang-kurangnya, ada juga peninggalan berharga buat saya pada sekolah ini.



“Dalam masa sama, saya turut menghargai bantuan diberikan pihak LUMOS Malaysia kerana bersama-sama dalam merealisasikan perkara ini. Semoga sumbangan kecil ini akan memberi manfaat kepada semua,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote olezzeli17 29-10-2021 11:10 AM
Alhamdulillah.. terima kasih cikgu Haris.. make sure masa mengajar nanti, penggunaan perkataan dan ayat biar betul sikit ok.. jangan tunggang langgang macam dalam IG.. kesian kat anak murid nanti..
Quote matjerk 29-10-2021 11:12 AM
Apa kata kakahanamontanahhhhhh
Quote mamajawie 29-10-2021 11:14 AM
fuhhh..bini jahkobis jadi cikgu lak..ingatkan cikgu middleton tadi fesyen rambut sama lak cme kaler itam je
Quote eira2310 29-10-2021 11:19 AM
adoi bahasa nya..google translate ke apa ni..
Quote Masukkeluar 29-10-2021 11:27 AM
ejaan bahasa mcm harem..cikgu apa menda mcm tu. tunggang langgang bi bm bercampur baur. cikgu kabel kot. hahhaah
Quote tipah89 29-10-2021 11:32 AM
memang jadi cikgu ke
Quote BicaraHatiku 29-10-2021 11:33 AM
cikgu  berneck tie bagai...
Quote Kurex 29-10-2021 11:43 AM
Bila nak ada video leak dia cikcap?
Quote slyfynx 29-10-2021 11:44 AM
PU Riz atau nama lengkapnya, Muhammad Haris Mohd. Ismail berkata, sumbangan projektor dari LUMOS Malaysia itu adalah untuk kegunaan pelajar tingkatan lima sekolah tersebut.


Kalau kisah ade jenama sampai camni, biasenye mende sponsor.
Ko sekadar menyampai je.

And cemane ko leh jadi guru sementara?
Bape ramai mintak x dapat.
Tetibe ko bini penjual tudung terus dapat lak
Quote asudau 29-10-2021 11:47 AM
jadi guru sandaran je ke?
Quote epal_putih 29-10-2021 11:54 AM
Takpola kijo apa² pon
Janji cikgu.. & famili happy
Quote princessmiang 29-10-2021 11:54 AM
yelah sampai bila nak hadap duit laki kannnzzzz..... kena lah berusaha cari pitih sendiri walaupun rupa pakaian macam scammer MLM
Quote Bumbu 29-10-2021 11:56 AM
Malunya ada guru video burung penah leak
Quote codenamedream 29-10-2021 12:01 PM
Tahniah SMK Bandar Baru dapat cikgu berprestasi tinggi. Byk pencapaian beliau yang membanggakan negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga pernah sohor kini di laman media sosial kerana video senaman ringan.
Quote makcun14 29-10-2021 12:24 PM
Gigih yach pasangan terpaling ni mintak pujian . Baik la i puji .
Woww dasat  so rajin berbakti pada masyarakat.
Quote selyusi 29-10-2021 12:58 PM

Laki kirija cegu sandaran hati
Ex pulak boleh jadi lecturer...
Quote azimodin 29-10-2021 01:03 PM
Overnya sampaikan projector pakai necktie siap ada nametag nama seketul. Dah lama x tengok nametag siap pin ni. Selalunya nurse or orang2 yg jaga counter je yg pakai nametag gitu[em:4:]
Quote Nozot 29-10-2021 01:19 PM
Alhamdulillah, semoga cikgu Haris dibukakan rezeki untuk belajar Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris dengan baik.
Quote Nozot 29-10-2021 01:20 PM
codenamedream replied at 29-10-2021 12:01 PM
Tahniah SMK Bandar Baru dapat cikgu berprestasi tinggi. Byk pencapaian beliau yang membanggakan nega ...

kah kah kah video streching ja tu..hahahhaahaha

Lihat semua komen(158)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.062795 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top