CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kos Rawatan RM5.7 Juta, Wanita Lahirkan Bayi Kembar Sembilan

28-10-2021 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2472| Komen: 17

Description: Bamako: Semua bayi kembar sembilan di Mali, kelahiran yang memecah rekod dunia baru-baru ini, dilaporkan dalam keadaan sihat.
Bamako: Semua bayi kembar sembilan di Mali, kelahiran yang memecah rekod dunia baru-baru ini, dilaporkan dalam keadaan sihat.

Mereka juga bakal dibenarkan untuk pulang ke rumah tidak lama lagi selepas doktor berpuas hati dengan tahap kesihatan bayi itu.

Kembar sembilan itu, masing-masing empat lelaki dan lima perempuan itu dilahirkan pada Mei lalu.

Bayi itu dipantau empat jururawat selama 24 jam selain dibantu ibu dan bapanya Halima Arby-Cisse, 26 dan Kader, 35.


Foto: Agensi

Pasangan itu sudah mempunyai seorang anak perempuan menetap di sebuah rumah tiga bilik di kawasan pedalaman di Mali, Afrika Barat.


Mereka bagaimanapun mendapat rawatan di Maghribi yang mempunyai fasiliti kesihatan lebih baik untuk proses kelahiran kembar berkenaan.

Sejak itu, kos rawatan dan pemantauan dianggarkan bernilai 1 juta pound sterling (kira-kira RM5.7 juta).

Semua kos rawatan di hospital di Maghribi ditanggung kerajaan Mali.

Kader berkata, semua anak kembarnya itu dalam keadaan baik dan ceria.

"Mereka semakin sihat dan kuat setiap hari disebabkan pemantauan rapi dan akan dibenarkan pulang ke rumah tidak lama lagi," katanya.

Media sebelum ini melaporkan wanita berusia 26 tahun yang tinggal di Mali itu pada mulanya dimaklumkan hamil bayi kembar tujuh.

Doktor memutuskan untuk menerbangkan wanita itu ke Maghribi untuk proses kelahirannya yang berisiko tinggi.

Bagaimanapun, ketika usia kandungan 30 minggu, dia melahirkan sembilan anak menerusi kaedah pembedahan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 28-10-2021 03:25 PM
Baru 26 anak dah 10 wow wow wow..!! Semoga bertabah membesarkan anak anak anak….
Quote sue_liah 28-10-2021 03:33 PM
alhamdulilah rezeki..terus sembilan dah boleh stop beranak

tp tu la mahu menangis kalau tak ada yg tolong msa dalam pantang & masa membesar

Quote mejaputih 28-10-2021 03:45 PM
besar belanja tu nak membesarkan kesembilan anak...semoga dipermudahkan urusan.
my fren penah citer kazen dia penah lahirkan kembar 4 (3 lelaki + sorg pompuan). terus tutup kilang. both mak dan mertua stay kat rumah dorg utk jaga time pantang. mmg besar belanja, baju2 dan susu (nak susu bdn pun tak cukup). baju2 lak kalau dah tak muat kena beli baru.
sorg lg member kakak dia lahirkan kembar 3...terus hire maid 2 org...
Quote glump 28-10-2021 04:16 PM
Ada kwn sekolah ..ada beradik dia ada 3 pasng kembar . 5kali beranak terus adik beradik 8 orang.
Quote naina 28-10-2021 04:20 PM
Kehamilan kembar ivf atau secara semula jadi? Hebat sungguh ibunya. Sure kena pantau betol2 makan yang cukup. Habis zat ibu anak2 sedut. Cmne lah agaknya ya rupa perut yang merekah ituu. Anak sorang pun dah pecah2 nampak urat hijau
Quote xtinkerbellx 28-10-2021 04:35 PM
Semoga dipermudahkan untuk menjaga kembar2 ni. Aku 1 anak pon da semput [em:4:]
Quote rifaa 28-10-2021 04:54 PM
beshnya anak ramai
Quote Cik_jantung 28-10-2021 04:55 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:46 PM

..........
Quote nakkomenjugak 28-10-2021 05:17 PM
Ummah malaya melayu suka ni
Katanya anak2 pembawa rezeki
Tapi kalau udah tak berduit serba kekurangan
Mana datang rezeki tu tak tau la
Moga hidup anak2 serba lengkap dan dipenuhi kasih sayang
Quote missbigrockstar 28-10-2021 06:22 PM
Aku kira ada 8 babies dalam gambar atas. Mana lagi seorang? Atau mata aku rabun teruk?
Quote Minami2013 28-10-2021 07:14 PM
Kalo parents income so so, kena ada financial support lah. Sekali gus baby 9 org. Sekurang kurangnya maid kena ada 4.
Quote edayildiz 28-10-2021 07:21 PM
9 org tu..scaryy..mcmana la dia bawak perut..i nak ank kembar gak la nnti..nak kembar dua jer kalau blh la..sbb i kembar..ayah i kembar..msti i pun beranak kembar jgk khenzz
Quote farhana008 28-10-2021 08:20 PM
Rezeki dapat 9 orang anak untuk sekali kelahiran.
Quote lurve82 28-10-2021 08:23 PM
Aku berpantg dgn sorg baby ni pun kadg2 barai teruk xcukup tdo. Ini 9 org mmg kena ada sekrg2nya 3 org helper.
Quote CiliPadiSedap 28-10-2021 08:45 PM
9 orang beranak ujian betul kalau tak dapat tidur malam. hebat ibu ini. moga anak2 nya membesar dan jadi anak soleh soleha.
Quote mainmistery 29-10-2021 07:28 AM
missbigrockstar: Aku kira ada 8 babies dalam ga ...

Belakan bapak dia..ada nampak stokin biru tu
Quote SedihPedih 29-10-2021 07:36 AM
wow....semoga tabah esp bila semua serentak nk susu...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.328612 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top