CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terlepas Cakap, Harimau Betul-Betul Muncul Depan Mata

28-10-2021 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4657| Komen: 51

Description: Mersing: "Tak sangka, baru sahaja kami terlepas cakap dan tak lama kemudian, betul-betul terserempak dengan Pak Belang," kata Mohd Shahrum Salleh, 36.
Mersing: "Tak sangka, baru sahaja kami terlepas cakap dan tak lama kemudian, betul-betul terserempak dengan Pak Belang," kata Mohd Shahrum Salleh, 36.

Mohd Shahrum berkata, dia dan isterinya, Nurhidayahlaily Su'alman, 32, melalui Jalan Jemaluang menuju ke Tenggaroh pada 8 pagi hari ini bagi melakukan perkhidmatan sanitasi.

"Waktu itu hujan gerimis, memang kami tergamam dan saya terus memberhentikan kereta, apabila saya cuba jalan (pandu kereta), harimau itu bangun.

"Kemudian harimau itu melintas, memang berderau darah melihat fizikalnya yang besar dan badannya yang melayut menjejak jalan.

"Dalam masa kira-kira dua minit itu, kami memang cemas, isteri yang sempat merakam gambar pun terketar-ketar dan selepas hilang dari pandangan, saya segera bergerak meninggalkan kawasan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.


Foto: Harian Metro

Menurutnya, dia kerap menggunakan laluan itu untuk bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 lalu dan itu adalah kali pertama mereka mengalami pengalaman itu seumur hidup.

"Biasanya memang kami suka memberi monyet liar makan roti atau pisang di tepi Jalan Jemaluang itu, kalau nak kata gajah itu biasa kami nampak.

"Patutlah sejak empat hari lalu tidak kelihatan monyet di tepi jalan itu, rupa-rupanya ada Pak Belang di situ," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Aminudin Jamin ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu.

Pada 20 Oktober lalu, Harian Metro melaporkan mengenai rakaman video harimau belang (panthera tigris) yang didakwa ditemui beberapa individu ketika menaiki pacuan empat roda di Hutan Simpan Lenggor, Kluang. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 28-10-2021 01:56 PM
Lepas ni terlepas cakap kot2 terjumpa beg berisi duit kat tepi jalan
Quote manzilla 28-10-2021 02:01 PM
Aku terlepas cakap jumpa Bam Jat tapi tak jumpa-jumpa.
Quote stingersyokkk 28-10-2021 02:09 PM
manzilla replied at 28-10-2021 02:01 PM
Aku terlepas cakap jumpa Bam Jat tapi tak jumpa-jumpa.

Ko pakai mentera apa?

Kau sendirk Dalam wudhu atau dlm hadas besar?

Ko ingat easy easy kalau level bamsajat ko main hembus seru...dia boleh nak keluar?


Kahkahkahkahkahkahkah
Quote stingersyokkk 28-10-2021 02:13 PM
nakkomenjugak replied at 28-10-2021 01:56 PM
Lepas ni terlepas cakap kot2 terjumpa beg berisi duit kat tepi jalan

Nawaitu nak kena betul....tengok macam syekh Najibun...sampai skg dia tak tahu macam.mana duit berbillion lemon boleh berada dlm akaunnya...

Sebab iteww makhluk  level sufi macam dia .tak payah seru apa yg dimahukan...dia akan mai jugak....


Kahkahakhakahakhakahakah
Quote ketupatnasi 28-10-2021 02:13 PM
Bosa amek ghoman eh!
Mampu tengok Pak Belang dalam gambar or kat Zoo jahh..
Semoga tak terlepas cakap pasal beliau pada masa hadapan
Quote saviour_09 28-10-2021 03:06 PM
ak baca komen2 mana ntah semalam katanya situ laluan maybank ni sesekali lepak ambik angin

Quote kucim 28-10-2021 04:03 PM
Aku dulu ada anak belang ni..bertahun2 dah bela...hari tu terpaksa buang....

Sejak buang tu baran aku dah kurang....aura garang tu kuat
Quote stingersyokkk 28-10-2021 05:15 PM
kucim replied at 28-10-2021 04:03 PM
Aku dulu ada anak belang ni..bertahun2 dah bela...hari tu terpaksa buang....

Sejak buang tu baran a ...

Kurang baran sekarang, bertukar pada lebih banyak menikus kewww?
Quote Gomea 28-10-2021 05:16 PM
kucim replied at 28-10-2021 04:03 PM
Aku dulu ada anak belang ni..bertahun2 dah bela...hari tu terpaksa buang....

Sejak buang tu baran a ...

Saka rimau ke chuols?
Quote Gomea 28-10-2021 05:17 PM
Kak @sarah82 kata haiwan yg tak boleh diseru harimau, gajah dgn tedung selar. Mane kak sarah ni dah lame x masuk porem
Quote syamzana 28-10-2021 05:28 PM
iols pernah terserempak dgn gajah anak branak menjamu selera tepi jalan. patut la org dari arah bertentangan pakat2 bagi lampu kat iols. ms ni dlm 6.30 ptg gitu, kalut balik arwah ayah excident. abg i bantai tido sbb before tu dia keje kononnya smpai puncak titiwangsa dia drive plak. skali i pecut tup2 sah smpai pekan jeli.berdebar.

kali kedua jmp pakbelang dgn husband, balik sbb arwah fil meninggal. weols igt kan lembu dok tepi jalan masa ni dah malam. husband slow, rimau tu pun slow, husband iols pecut dia siap lari laju follow weols. iols dah meraung time ni jgn la dia mai tolak kete mau mati tgh hutan gerik tu. smpai Banding dia masuk dlm hutan. hanat sgguh main acah2 gitu.
Quote makneng 28-10-2021 08:52 PM
Laaa jln jemaluang tu apa yg tak ada.. Kwn mak dulu balik pagi buta, gajah anak beranak duduk tengah2 jln. Apo nak dikato..
Quote mesmerize 28-10-2021 08:59 PM
syamzana replied at 28-10-2021 05:28 PM
iols pernah terserempak dgn gajah anak branak menjamu selera tepi jalan. patut la org dari arah bert ...

mak aku  cite arwah datuk aku dulu hari2 naik basikal pergi kerja. sekali suatu pagi dia tengah bawak basikal ada rimau dari semak lari sebelah basikal dia. rimau tu lari2 mengiring datuk aku kejap pastu masuk semak balik. entah hapa2 kan perangai rimau ni
Quote makadek 28-10-2021 09:09 PM
mesmerize replied at 28-10-2021 08:59 PM
mak aku  cite arwah datuk aku dulu hari2 naik basikal pergi kerja. sekali suatu pagi dia tengah ba ...

Kuat nyakat
Quote stingersyokkk 28-10-2021 09:13 PM
mesmerize replied at 28-10-2021 08:59 PM
mak aku  cite arwah datuk aku dulu hari2 naik basikal pergi kerja. sekali suatu pagi dia tengah ba ...

penunggu menyerupai rimau.....penunggu pun ada mood jugak...kekadang nak jadi kura kura..kekadang nak jadi flying fox drone...tengok nasib kau yg melintas pathnya la...
Quote edayildiz 28-10-2021 09:15 PM
Gomea replied at 28-10-2021 05:17 PM
Kak @sarah82 kata haiwan yg tak boleh diseru harimau, gajah dgn tedung selar. Mane kak sarah ni dah  ...


i plg takut yg no 3...jgn la jmpa..yg no 1 tu tkt gak..yg no 2 dia xmkn org kn..so i rasa ok kot
Quote edayildiz 28-10-2021 09:18 PM
syamzana replied at 28-10-2021 05:28 PM
iols pernah terserempak dgn gajah anak branak menjamu selera tepi jalan. patut la org dari arah bert ...

kalau jmpa maybank tu..tp kita dlm keta..dia blh terjah jgk ke? takut pulak..i ingt kalau kita dlm keta...msti xrasa takut sgt
Quote Firenzza 28-10-2021 09:19 PM
Cer lps rakam gmbr rimau start engin x hidup2 time tu panas terik, pak rimau plk dtg kt keta gesel2 manja kt bonet mcm kucing mintak mkn tuannya
Quote Gomea 28-10-2021 09:29 PM
edayildiz replied at 28-10-2021 09:15 PM
i plg takut yg no 3...jgn la jmpa..yg no 1 tu tkt gak..yg no 2 dia xmkn org kn..so i rasa ok kot:s ...

No 2 tu comel tapi kalau dia naik minyak, habis semua dia sondol

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.052421 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top