CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"DNA Sahkan Ia Nurin Jazlin," - Polis

28-10-2021 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4319| Komen: 20

Description: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan mengesahkan ia milik kanak-kanak, Nurin Jazlin Jazimin, 8, mangsa pembunuhan kejam yang menggemparkan negara d ...
 Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan mengesahkan ia milik kanak-kanak, Nurin Jazlin Jazimin, 8, mangsa pembunuhan kejam yang menggemparkan negara dalam kejadian dilaporkan berlaku 14 tahun lalu.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, hasil ujian DNA dilakukan mengesahkan mayat kanak-kanak itu adalah Nurin Jazlin.

Dalam perkembangan berkaitan, Azmi berkata, susulan laporan polis terbaharu dibuat bapanya yang mendakwa terdapat petunjuk baharu maka pegawai penyiasat kanan sudah memanggilnya semula untuk dirakam keterangan.

"Pegawai penyiasat kanan sudah memanggilnya bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai laporannya itu," katanya kepada Harian Metro.


Foto: Harian Metro



Azmi berkata, pihaknya juga meminta seorang individu warga Indonesia yang mendakwa mempunyai maklumat berhubung kes Nurin Jazlin supaya tampil membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai ketika dihubungi sekali lagi mengulangi bahawa kes membabitkan Nurin Jazlin tidak pernah ditutup sebaliknya menegaskan siasatan teliti akan dilakukan jika ada petunjuk baharu.

"Malah, bapa mangsa sudah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul jam 2 petang tadi bagi merakam percakapannya untuk membantu siasatan," katanya.

Eng Lai berkata, hasil rakaman percakapan lebih sejam itu, bapa mangsa ada memberi maklumat baharu berhubung kes anaknya itu dan hasil maklumat diberikannya itu akan disemak dengan teliti dahulu.

Mengulas perkara sama, Jazimin berkata, dia sudah memberikan maklumat terbaharu yang diperolehi itu kepada pegawai penyiasat termasuk menyerahkan gambar diberikan warga Indonesia yang mendakwa kemungkinan itu adalah suspek kes penculikan anaknya.

"Pegawai polis akan menyiasat maklumat terbaharu dan akan menyemak sama ada lelaki terbabit masih bekerja dalam bidang perkapalan. Malah dia (pegawai penyiasat) memberitahu saya jika perlu ke Indonesia mereka akan lakukannya bagi menyelesaikan kes ini," katanya.

Menurutnya, individu yang memberi gambar lelaki terbabit memberitahu lebih 90 peratus wajah suspek itu sama dengan lakaran fotofit diedarkan polis sebelum ini.

"Saya cuma berharap kes ini dapat diselesaikan demi keadilan buat anak kerana itu yang lebih penting," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan sejak penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berkeadaan tragis pada pagi 17 September 2007 dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya, Selangor, Jazimin Abdul Jalil tetap berpendirian itu bukanlah anaknya, Nurin Jazlin.

Beliau berkata, ini termasuk saiz gigi yang berbeza, tahi lalat hidup di paha dan ketiadaan parut suntikan pelalian Bacillus Calmette–Guerin (BCG).

Jazimin dilaporkan berkata, dia ada membuat laporan polis pada Jun lalu selepas mendapat petunjuk lain daripada seorang individu warga Indonesia berhubung suspek kes Nurin Jazlin, tetapi masih belum dapat reaksi positif.

Menurutnya, berdasarkan maklumat terbaru itu, seorang lelaki Indonesia yang bekerja dalam bidang perkapalan dikatakan menculik Nurin Jazlin dan anaknya itu sudah dibawa ke negara jiran berkenaan.

Nurin Jazlin dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini, kira-kira jam 8 malam, 20 Ogos 2007.

Dia yang menghidap komplikasi buah pinggang dan darah tinggi dilaporkan hilang ketika keluar berseorangan untuk membeli sepit rambut di pasar malam itu.

Penjenayah yang dikatakan menculiknya menyumbat mayat mangsa dalam beg sukan sebelum ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya. Mayat itu kemudian ditemui oleh pemilik kedai sebelum diadukan pada polis.

Polis kemudian berusaha menjejaki suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian namun kualiti video yang kurang jelas menyukarkan polis untuk mengecam wajah suspek. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 28-10-2021 01:20 PM
Pegawai penyiasat trisna - 1, polis Msia - 0? Ke bapak nurin ni yg dah kena game dgn pegawai penyiasat tu
Quote borne 28-10-2021 01:29 PM
Edited by borne at 28-10-2021 01:36 PM

Says the police yang dapat derma topeng ke apa ke jadah aritu dari Freemasons.  Sure..  DNA kepala hanggok korang la.

Tengok kes ADUN Tronoh merogol ni:

Edisi Kecimpret: TIADA Kesan Ayor Mani Didapati Pade Bahan Bukti Kes Rogol Amah!
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1265783
Quote Orix 28-10-2021 01:32 PM
pegi la gali balik kubur tu, buat dna test sendiri
Quote Skuau 28-10-2021 01:35 PM
Orix replied at 28-10-2021 01:32 PM
pegi la gali balik kubur tu, buat dna test sendiri

ini yg terbaik..panggil pakar luar(negara) ke...
Quote borne 28-10-2021 01:37 PM
Orix replied at 28-10-2021 01:32 PM
pegi la gali balik kubur tu, buat dna test sendiri

Tu pakar DNA tu asek2 takleh jumpa DNA je dia.  Pegi la korang baca.

Quote tripleid 28-10-2021 01:40 PM
up balik kes sbb nak promote gerai dia yg sendu kat titiwangsa tu ka??
Quote LadyCarefree 28-10-2021 01:42 PM
Orix replied at 28-10-2021 12:32 PM
pegi la gali balik kubur tu, buat dna test sendiri

Kan? Kalau dah xcaya
Quote nakkomenjugak 28-10-2021 01:54 PM
Hmmm pulak dahhh
Quote borne 28-10-2021 02:03 PM
99E912DF-5B87-4B52-BCFE-B96D3FFC6AA8.jpg

https://www.thestar.com.my/news/nation/2007/09/21/second-dna-test-proposed


Quote sharlenetexas 28-10-2021 02:07 PM
Skuau replied at 28-10-2021 01:35 PM
ini yg terbaik..panggil pakar luar(negara) ke...

Mcm dr pornthip ke.

Quote Skuau 28-10-2021 02:17 PM
sharlenetexas replied at 28-10-2021 02:07 PM
Mcm dr pornthip ke.

sesapa jer yg berkelayakan dan 'boleh dipercayai'(paling penting).
Quote Cik_jantung 28-10-2021 04:11 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:45 PM

..........
Quote ketipongtipah 28-10-2021 06:13 PM
Cik_jantung replied at 28-10-2021 04:11 PM
Maksudnya indon yg keja kapal tu culik anak dia... Then bawak lari ke indon. Gitu ke Jalan citer dia ...

Ada byk theory domino dek.
Ada yg kato sample tu boleh alter.
Ada kato disebabkan kes besor cepat2 nk sodapkan hati rakyat.
Entah la tp yg setahu akak era ni iphone pun baru keluar 1st gen.
Cctv pun tak byk ada.. x secanggih skrg..
Quote miss_perfect 28-10-2021 06:48 PM
Macam rugi je culik budak yg berpenyakit dibawak lari.... ke sebab bila diorang perasan budak ni ada penyakit, lalu dibunuh? Selalunya kalau culik2 ni diorang nak harvest organ.
Quote TabletSusu 28-10-2021 07:13 PM
bapak dia smp skrg msih percaya nurin msih hidup ke mcmn?

ok let say lah mmg btul mamat tu culik dan bwk lari nurin ke indon. klu dia msih hidup brp dah umo dia skrg.. 22thn. ms kena culik umo 8thn. klu dia x hilang igtn, aku rs dia boleh igt siapa dia, dr mana asal dia, apa jd kat dia dulu.

dgn teknologi canggih skrg ni.. berita tersebar sepantas kilat.. aku harap nurin tu dptlah tampilkan diri
Quote edayildiz 28-10-2021 07:23 PM
kalau dlm cite korea....apa yg ayah mangsa ckp tu bethol
Quote highcastle 28-10-2021 07:26 PM
Dulu CCTV resolusi agak rendah............


[youtube]-qqqaKtbPHU[/youtube]
Quote hasniey 28-10-2021 07:34 PM
Dh mcm drama korea.polis corrupt nk ttp kes cepat.
Betul ke salah ke belakang kira.yg penting kes selesai
Kalau gigi ada kemungkinan berubah,yela arwah pon kene seksa.tp tahi lalat?kesan bcg?xkan bila meninggal berubah pulak
Quote Normabaru 28-10-2021 07:35 PM
tunggu jela cctv kt akhirat kelak

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.056008 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top