CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Bowl tersingkir, Tapaw juara mingguan

17-6-2013 12:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 1973| Komen: 3

Description: ANAK didik Afdlin Shauki, Bowl gagal melangkah ke pentas akhir Bintang Mencari Bintang (BMB) apabila tersingkir di konsert semi final ketiga, malam tadi. ANAK didik Afdlin Shauki, Bowl gagal mela ...

Anak didik Afdlin Shauki tersingkir di konsert separuh akhir kedua


ANAK
didik Afdlin Shauki, Bowl gagal melangkah ke pentas akhir Bintang Mencari Bintang (BMB) apabila tersingkir di konsert semi final ketiga, malam tadi.

Bocik, Titan, Achey dan Tapaw bakal berentap di pentas akhir, Ahad ini.

Bowl yang dianggotai Syed Ali Mubarrak dan Danial Lee mendapat markah terendah berbanding peserta lain.

Meskipun tersingkir, juri tetap, Fauziah Ahmad Daud memuji kesungguhan Bowl yang berjaya menapak hingga ke peringkat separuh akhir.

"Saya sangat-sangat menghormati Bowl sebab mereka bermula dari kosong. Mereka berjaya sampai ke tahap ini.

"Itu yang saya cakap, bila anda ambil kritikan itu dari sudut positif, ia akan mendatangkan hasil," katanya.

Sementara, anak didik Faizal Ismail (FBI), Tapaw diumumkan sebagai juara mingguan buat pertama kali dengan markah 135.3 peratus.

Tapaw yang dianggotai Shah Rizal dan Khairul Faiz membuka tirai dengan persembahan yang menggegarkan pentas.

Membawa modal sekatan jalan raya, Tapaw mendapat 19 markah daripada juri awam.

Kemenangan tidak dijangka itu disifatkan Tapaw sebagai hasil kerja keras mereka berlatih pada waktu malam.

"Memang tak sangka langsung boleh menang sebab pesaing kami hebat-hebat belaka.

"Kami tak pernah menang sebelum ini, jadi, mungkin ini hasil kami berlatih sampai lewat malam," katanya ketika ditemui, malam tadi.

Sementara, FBI akui setiap minggu dirinya perlu berusaha lebih daripada biasa untuk bersaing dengan pelawak-pelawak sedia ada.

"Setiap minggu saya kena meletakkan usaha 200 peratus sebab saya perlu menentang sifu-sifu lain yang otai.

"Untuk final ini, saya perlu guna 300 peratus...cakap pasal masa, mungkin ia akan menyebabkan saya perlu bercuti dari konti," katanya.

Anak didik Sabri Yunus, Titan pula memberitahu bahawa mereka sedikit kecewa dengan markah yang diperoleh minggu lalu serta meletakkan kesalahan pada diri sendiri.

"Minggu ini kami agak kecewa sedikit sebab dapat tahu Titan mendapat markah paling rendah.

"Apabila penonton tak faham apa yang kami sampaikan, kami salahkan diri sendiri sebab ada masalah dalam penyampaian," katanya.

Persembahan peserta solo, Achey menunjukkan peningkatan memberangsangkan berbanding dua minggu sebelum ini.

Anak didik Harun Salim Bachik ini sekali lagi dinasihatkan agar mencari kembali taring yang ditonjolkan sejak minggu pertama pentas BMB bermula.

Finalis bakal membuat persembahan bersama sifu dan solo di pentas akhir kelak tanpa ada sebarang tema yang ditentukan.

Juara bakal membawa pulang wang tunai RM 200,000.

3

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syue86 18-6-2013 09:49 AM
suke Bocik, Achey n Titan
Quote mycute 18-6-2013 10:56 AM
bukan kan ada thread ni??
Quote chaoyunjie 22-6-2013 09:34 PM
sila merged Mod

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.281023 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top