CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Digital & IT Lihat artikel

HTC One M8 Akan Mula Menerima Android 5.1 Lollipop Dan Sense 7

6-5-2015 12:03 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1773| Komen: 0

Description: HTC One M8 Akan Mula Menerima Android 5.1 Lollipop Dan Sense 7 Sekitar Ogos 2015. Bagi para pengguna Android, ia telah menjadi salah satu kebiasaan untuk menantikan beberapa bulan sebelum mereka mener ...
HTC One M8 Akan Mula Menerima Android 5.1 Lollipop Dan Sense 7 Sekitar Ogos 2015


Bagi para pengguna Android, ia telah menjadi salah satu kebiasaan untuk menantikan beberapa bulan sebelum mereka menerima kemaskini rasmi untuk peranti mereka. Terkini, HTC melalui akaun Twitter HTC UK menjawab persoalan mengatakan para pengguna HTC One M8 akan menerima kemaskini Android 5.1 Lollipop sekitar bulan Ogos 2015 kelak.

Bersama-sama dengan kemaskini Android 5.1 Lollipop, pihak HTC turut bakal menawarkan antaramuka HTC Sense 7 kepada para pengguna One M8. Antaramuka tersebut telah pun mula digunakan pada peranti One M9+ yang dilancarkan HTC minggu ini di Malaysia. Beberapa fungsi tambahan yang disertakan adalah termasuk sokongan widget pintar pada skrin utama, kemaskini pada Blinkfeed, selain turut menyertakan sokongan untuk HTC Themes.


Pengenalan untuk pengguna seluruh dunia selepas UK mungkin tidak begitu jauh bezanya. Jadi, mungkin kita akan dapat melihat pengguna HTC One M8 tempatan menerima kemaskini serupa dalam lingkungan dua bulan dari tarikh yang dijanjikan.

SUMBER RUJUKAN: NEOWIN

kredit:www.amanz.my





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.043382 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top