CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Digital & IT Lihat artikel

Rabapon : Kit Telefon Bebas Tangan Dari Jepun

6-5-2015 01:22 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 5212| Komen: 0

Description: Di Malaysia melihat makcik pasar malam menyelitkan telefon dicelah-celah tudung ketika bekerja adalah pemandangan biasa. Kit bebas tangan rekaan Malaysia ini berfungsi dengan baik. Penunggang motosika ...


Di Malaysia melihat makcik pasar malam menyelitkan telefon dicelah-celah tudung ketika bekerja adalah pemandangan biasa. Kit bebas tangan rekaan Malaysia ini berfungsi dengan baik. Penunggang motosikal juga ramai yang menyelitkan telefon di antara telinga dan topi keledar. Majoriti kit bebas tangan yang sedia ada tidak berfungsi dengan baik. Jenis fon telinga tidak kedengaran dengan baik kerana mikrofon pada wayar terjuntai terlalu jauh dari mulut. Kit Bluetooth pula perlu dicas dengan kerap. Jadi tidak mengejutkan teknik selit menyelit seperti makcik pasar dan penunggang motor ini lebih popular dan mudah.



Rabapon ialah kit telefon bebas tangan dengan konsep yang sama seperti dua teknik buatan Malaysia di atas. Ianya pengepit kepala yang membolehkan kesemua telefon mudah alih dilekapkan kepada telinga. Masalah panggilan telefon kurang jelas kerana mikrofon jauh berjaya diselesaikan. Tiada bateri diperlukan dan ianya tidak perlu dicas. Sebuah lagi rekaan aneh dari Jepun yang mungkin akan menguasai dunia. Jangan ketawa kerana kayu selfie memulakan hidupnya sebagai “rekaan sampah dari Jepun” tetapi kini sudah popular. Rabapon dijual pada harga$37 sebuah. Jika anda rasakan ianya mahal kami syorkan anda cari fon kepala terpakai di rumah dan kepitkan sahaja peranti pada kepala anda. Kami sudah menggunakan teknik ini selama tiga tahun dan ianya berfungsi dengan baik sekali.





SUMBER RUJUKAN: JAPAN TRENDS

kredit:www.amanz.my


3

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.034037 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top