CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Sebuah Stesen Radio Mahu 'Pancing' Johan (Raja Lawak)

5-5-2015 03:30 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 12263| Komen: 56

Description: Johan (Raja Lawak) memberitahu banyak menerima tawaran daripada stesen radio lain yang ingin mendapatkan khidmatnya. (Ubah saiz teks) PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Johan (Raja Lawak) mengaku ...
Johan (Raja Lawak) memberitahu banyak menerima tawaran daripada stesen radio lain yang ingin mendapatkan khidmatnya.


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Johan (Raja Lawak) mengakui ada menerima beberapa tawaran untuk menjadi penyampai radio di stesen lain yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 31, bagaimanapun berkata, dia terpaksa melupakan semua tawaran tersebut kerana masih mempunyai kontrak bersama Era FM yang hanya akan berakhir pada tahun hadapan.

"Alhamdulillah saya banyak menerima tawaran daripada stesen radio lain walaupun saya masih mempunyai kontrak bersama stesen radio sekarang.

"Kalau nak diikutkan semua stesen radio ada memberi tawaran termasuk saluran radio dalam talian (online) tetapi terpaksa tolak secara baik," katanya kepada mStar Online.

Tahun ini merupakan tahun keempatnya bersama Era FM dan Johan kini bertugas menerusi slot Johara Pagi Era bersama Hanif dan Ray pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi.


Dalam pada itu, Johan berkata, dia tidak menolak untuk bersama dengan stesen radio lain sekiranya tawaran dan bayaran diberikan setimpal dengan kerja dilakukan.

"Ia sebenarnya bergantung kepada tawaran diberikan, jika sesuai dengan bayaran dan kemudahan disediakan saya akan pertimbangkan.

"Sebenarnya saya tidak kisah pun untuk menerima sebarang tawaran lain tetapi ia mestilah dapat membawa kerjaya saya ke peringkat lebih tinggi daripada sekarang," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Johan berkata, dia kini aktif menerbitkan program dan drama dibawah syarikat produksinya iaitu JWH Production bagi memudahkannya kembali aktif dalam bidang lakonan.

Jelas Johan, sebagai penerbit dia boleh menyusun jadual penggambaran mengikut kesesuaian masanya tanpa perlu menyusahkan pihak lain.

"Dengan cari ini saya boleh buat semua perkara termasuk mengarah dan berlakon dalam projek terbitan syarikat saya mengikut kesesuaian jadual saya.

"Jadi saya tidak harus terikat dengan mana-mana syarat ataupun masalah disiplin kerana ini merupakan produksi sendiri," jelasnya.

8

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
13

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damian_lee 5-5-2015 11:18 AM
dia ni bingit la jadi pengacara radio ...
Quote royaldanish 5-5-2015 11:30 AM
nampak juga hasil titik peluh dia ni..... cara bini heols kalo post kat ig kemainnn ganas
Quote srihannah 5-5-2015 11:30 AM
kalau johan pindah stesen radio lain..slot pagi era mesti makin bosan..
Quote MISZZZ 5-5-2015 12:07 PM
aku suka je dengar johara pagi2, slot mak jemah dengan spontan era, .. cuma era ni biasa la lagu ulang2 je...
Quote BebeQ 5-5-2015 12:21 PM
damian_lee replied at 5-5-2015 11:18 AM
dia ni bingit la jadi pengacara radio ...

bingit sungguh kan? cair yang dalam telinga ni mendengar bingit2 tu.
Quote budakmanentah 5-5-2015 12:24 PM
mesti hot fm yg pancing dia gila2 ni
Quote hanamunir 5-5-2015 01:03 PM
kan, era main lagu ulang2 la..
smpaikan mak iolss pulak yang dok ternyanyi2 lagu2 tu..
dia pergi kerja, lagu sama, balik kerja lagu sama juga..
dok marry me, marry me..
pastu baik, baik, janda baik..
pastu sungguh2, ku cintanya..
mak iollss pulak yang komplen bosan la, tak de lagu baru ke..
iolls cakap, eh2, mak ni, apa kata gi komplen kat era terus..
Quote cik_tonggek 5-5-2015 01:45 PM
hanamunir replied at 5-5-2015 05:03 AM
kan, era main lagu ulang2 la..
smpaikan mak iolss pulak yang dok ternyanyi2 lagu2 tu..
dia pergi k ...

kemainnye mak chuols




Quote kupuku 5-5-2015 01:57 PM
somehow somewhat

mcm meluat juga dgn dia
seperti mana meluat dgn partner bff dia zizang

tapi zizang worst la
johan sikit je meluat
lawak tak terencat sgt
Quote Santeira 5-5-2015 02:01 PM
buat lawak sendiri, gelak bagai nak gila sendiri. best apanya.
Quote missDollie 5-5-2015 02:23 PM
annoying jugak johan ni..better kat tv kot..dalam radio cam trying too hard la nak bagi orang gelak..si ray dengan hanif jadi macai je gelak bagai nak rak padahal tak lawak pun..
Quote siape_aku 5-5-2015 02:42 PM
hahahaha..aku suke je dgr johara....kalo diorg tak complete 3 org.....tak syok nak g keje....bab lagu mmg berulang....diorg main lagu yg hit dalam mase tertentu....dulu mase lagu jangan pikirin abang tu...dari pagi sampai ke malam lagu tu je la....

suke segmen mak jemah, linda.....yg tak suke tu kena tau kenapa ray dgn hanif gelak kuat....sbb diorg nmpk ekspresi muke johan mase die buat lawak.....kite just dgr suara je.....cube tgk Karen karaoke kat youtube....then u will understand
Quote pipigebu 5-5-2015 04:00 PM
ok je dengar JOHARA kecuali si RAY yang laki org bajet bujang asek nak mengurat awek je
Quote biozipstar 5-5-2015 04:04 PM
aku suke dengar sinar.. mahap johang... hehe
Quote kenarikelabu 5-5-2015 04:17 PM
JOhan?? Bole laaa.....drp Kak engku.....lg pecah gegendang telinga
Quote rosasa 5-5-2015 04:41 PM
ok la kot..syok sendirik pun ada juga yang gelak


senang dia sekarang...dulu ada baca sampai gadai emas sebab susah mula2 hidup berumahtangga
Quote de_ikea 5-5-2015 05:19 PM
Makin laku johan. Mutah rezeli heols. Terus terbang tunduk yaaa.

Iols tau, yg offer jd dj radio dlm talian tu, mesti radio datok ac.
Quote net_level 5-5-2015 08:13 PM
radio dalam talian?
boleh hidup ke dgn ke-siput-an tenet kat malaysia ni...
Quote kaishi 5-5-2015 08:24 PM
pipigebu replied at 5-5-2015 04:00 PM
ok je dengar JOHARA kecuali si RAY yang laki org bajet bujang asek nak mengurat awek je

ray dah kawin ke ????

laaaaaa

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.277701 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top