CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenaikan Pangkat Penjawat Awam Telus, Tiada Ampu Boss

21-4-2015 10:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7507| Komen: 51

Description: Shahidan Menjawab Soalan Tambahan Senator Mohd Khalid Ahmad Yang Ingin Tahu Sama Ada Kerajaan Bercadang Melaksanakan Penstrukturan Perjawatan Baharu Dan Kenaikan Pangkat Penjawat Awam Setiap Lima Tahu ...
Kenaikan Pangkat Penjawat Awam Telus, Tiada Ampu Boss


KUALA LUMPUR - Persepsi bahawa kenaikan pangkat seseorang penjawat awam kerana mereka mempunyai hubungan baik dengan 'bos', perlu dikikis, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
   
Katanya, kenaikan pangkat penjawat awam adalah berdasarkan tiga faktor iaitu prestasi, perakuan ketua jabatan dan kekosongan, dengan perakuan ketua jabatan sering dipertikai.
   
"Kata mereka kalau baik dengan bos tentu mudah naik pangkat. Jadi perkara ini telah diperkatakan dengan begitu rupa.
   
"Kita kena ingat bahawa kita kena ada sesuatu yang harus kita pegang sebagai landasan untuk tujuan kenaikan pangkat," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara, hari ini.
   
Shahidan menjawab soalan tambahan Senator Mohd Khalid Ahmad yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang melaksanakan penstrukturan perjawatan baharu dan kenaikan pangkat penjawat awam setiap lima tahun sekali untuk meningkatkan profesion mereka.
   
Beliau berkata, kenaikan pangkat penjawat awam dilakukan secara telus bagi memastikan semua pihak berpuas hati.
   
Menjawab soalan tambahan senator yang sama berhubung sama ada kerajaan membuka peluang kepada penjawat awam kumpulan sokongan yang mempunyai ijazah sarjana muda untuk kenaikan pangkat, Shahidan berkata, mereka perlu membuat permohonan untuk mengikuti skim baharu setelah jawatan itu dibuka.
   
"Mereka akan bersaing sama seperti orang lain. Cuma kelebihan yang besar, mereka telah bekerja dalam perkhidmatan berkenaan, jadi orang kata markah lebih kepada mereka untuk dapat pekerjaan.
   
"Ini kerana kita tidak boleh buat secara automatik. Kalau secara automatik habis semua orang dapat ijazah dan mereka minta naik pangkat secara automatik ia sesuatu yang cukup berat pada kerajaan," katanya.
   
Sementara itu, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Shahidan menyangkal dakwaan Pengerusi Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli), Tan
Sri Ramon Navaratnam bahawa semakan gaji penjawat awam kali terakhir dilakukan pada 1991.
   
Beliau menjelaskan semakan dan perubahan gaji penjawat awam dilakukan sebanyak lapan kali antara tahun 2000 hingga 2013.
   
Shahidan berkata, antaranya pada tahun 2000, penjawat awam menerima kenaikan gaji sebanyak 10 peratus, 2002 (10 peratus) dan 2007 (3.5 peratus hingga 7.5 peratus) termasuk kenaikan pada tahun 2013.
   
Pengerusi Asli itu dilaporkan mencadangkan suruhanjaya tetap ditubuhkan bagi membuat semakan gaji penjawat awam bagi setiap lima tahun dan mendakwa kali terakhir semakan gaji dilakukan pada tahun 1991. - Bernama

7

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
14

Sedih
7

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qronaldo7 21-4-2015 09:11 AM
buktikan. rmai yg duk atas ni hampeh je
Quote MeghanK 21-4-2015 09:12 AM
Iyer la tu..nak tukar kontrak jadi permanent pon pasang kipas naik punya..lagi la nak naik pangkat
Quote ridz09 21-4-2015 09:23 AM
Ek elehh.....cakap je..

last2 pengipas jugak yg naik..
Quote dino 21-4-2015 09:26 AM
MeghanK replied at 21-4-2015 09:12 AM
Iyer la tu..nak tukar kontrak jadi permanent pon pasang kipas naik punya..lagi la nak naik pangkat : ...

klau melawan ckp bos mmg takleh naik
Quote dino 21-4-2015 09:28 AM
ridz09 replied at 21-4-2015 09:23 AM
Ek elehh.....cakap je..

last2 pengipas jugak yg naik..

ade jugak bos yg nak tgk keje bagus... tak main kipas2... tp amat jarang...
teringat kat risda dulu2.... staf time kul 10 relaks lg dok minum2.... sekali bos buat lawatan mengecut.... masing2 sempat lari...
Quote nuryakmal 21-4-2015 09:28 AM
mmg ada favoritism pun.. mana mana ada. swasta , gomen. its just human nature. kenapa nak deny?
Quote lurve82 21-4-2015 09:29 AM
klu weols kne interview bagai...nk kipas mmg takdak la...klu yg lain ada yg kne gi exam jgk...yg kipas2 ni bukan swasta ke?
Quote hasmania 21-4-2015 09:31 AM
dah berzaman-zaman dari tok kadok lagi pakai sistem gitu .....
itu sebab sesiapa yg nk join dgn kerajaan WAJIB ada ilmu
ILMU KIPAS-MENGIPAS
BUKAN SETAKAT ADA DIPLOMA/IJAZAH/PHD TAPI WAJIB DISERTAI DGN ILMU KIPAS-MENGIPAS
KALO TIDAK AKAN DI PINGGIRKAN
Quote MeghanK 21-4-2015 09:33 AM
dino replied at 21-4-2015 09:26 AM
klau melawan ckp bos mmg takleh naik

Silap2 duk jadi kambing hitam bos
Quote ridz09 21-4-2015 09:34 AM
dino replied at 21-4-2015 09:28 AM
ade jugak bos yg nak tgk keje bagus... tak main kipas2... tp amat jarang...
teringat kat ri ...

Betul sangat2....amatt jarang....
Quote MeghanK 21-4-2015 09:34 AM
lurve82 replied at 21-4-2015 09:29 AM
klu weols kne interview bagai...nk kipas mmg takdak la...klu yg lain ada yg kne gi exam jgk...yg kip ...

Jgn live in denial kak..memang telah diketahui geng gomen pasang kipas baik punya
Quote dino 21-4-2015 09:35 AM
MeghanK replied at 21-4-2015 09:33 AM
Silap2 duk jadi kambing hitam bos

bos akan cari jln nak suruh ko berambus gituh anak buah cari jln edar surat layang
Quote ridz09 21-4-2015 09:36 AM
hasmania replied at 21-4-2015 09:31 AM
dah berzaman-zaman dari tok kadok lagi pakai sistem gitu .....
itu sebab sesiapa yg nk join dgn ker ...

Hehe...sebelum tu kena ada kabel besar gedabak dulu, lepas tu kena ada ilmu kipas mengipas..
Quote MeghanK 21-4-2015 09:37 AM
dino replied at 21-4-2015 09:35 AM
bos akan cari jln nak suruh ko berambus gituh  anak buah cari jln edar surat layang

Silap sikit je kena la..kalau silap org lain pon jadi silap kita..jenuh la
Quote WeAiNe 21-4-2015 09:37 AM
skrg bukan kipas dah....istilah baru ekon

Quote dino 21-4-2015 09:38 AM
ridz09 replied at 21-4-2015 09:36 AM
Hehe...sebelum tu kena ada kabel besar gedabak dulu, lepas tu kena ada ilmu kipas mengipas..

teknik kipas pprt.... stp kali balik kg... musti bwk ole2 utk bos.... kepok lekor ka.... kain batik ka...
Quote dino 21-4-2015 09:39 AM
MeghanK replied at 21-4-2015 09:37 AM
Silap sikit je kena la..kalau silap org lain pon jadi silap kita..jenuh la

klau staff disayangi.... keje bg tmph seminggu.... klau staff dibenci.... bg hr ni... esok nak ade atas meja
Quote nuryakmal 21-4-2015 09:43 AM
lurve82 replied at 21-4-2015 09:29 AM
klu weols kne interview bagai...nk kipas mmg takdak la...klu yg lain ada yg kne gi exam jgk...yg kip ...

nak amik exam tu kena ada recomemndation dari orang atasan x?

swasta jugak ada KPI, and sometimes interview. depending on which company

Quote kenarikelabu 21-4-2015 09:45 AM
Takde kabel?? Bertuah lah kalau kau senang2 naik pangkat

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.071284 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top