CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Perempuan Diasingkan Di Konsert!

20-4-2015 10:22 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12454| Komen: 120

Description: Badan Berkuasa Agama Itu Menetapkan, Lawak Jenaka Yang Disampaikan Artis Hendaklah Berpada Dan Tidak Melampaui Batas Sehingga Membawa Kepada Ketawa Melampau.
Lelaki Perempuan Diasingkan Di Konsert!

Gambar hiasan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan garis panduan baharu hiburan dalam Islam bagi rujukan pihak berkuasa, penganjur, penerbit dan pihak terlibat dalam aktiviti dan industri hiburan, dengan mengenakan peraturan ketat ke atas personaliti artis, pakaian, tingkah laku dan persembahan mereka.

Jakim juga membuat peraturan mengasingkan antara lelaki dan perempuan di kalangan penonton konsert dan persembahan pentas dan menyekat muzik dan lirik yang mempunyai unsur "menyembah " dan dianggap suci bagi penganut agama selain Islam.

Garis panduan itu dikeluarkan jabatan itu awal minggu ini selepas diluluskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-107 pada Februari dan boleh didapati dalam bentuk dokumen di laman web Jakim. Menurutnya, ia merupakan edisi kedua garis panduan itu.

Di bawah peraturan itu, Jakim menetapkan, artis perlu mempunyai peribadi mulia dan akhlak yang baik dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah sama ada di bawah undang-undang syariah atau sivil.

Mereka juga mesti berpakaian menutup aurat, kemas dan sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton.

Pakaian, tatarias dan dandanan rambut mereka tidak boleh menyerupai jantina berlainan, kata Jakim, sambil menambah mereka tidak boleh melakonkan watak yang menyerupai jantina berlainan.

Badan berkuasa agama itu menetapkan, lawak jenaka yang disampaikan artis hendaklah berpada dan tidak melampaui batas sehingga membawa kepada ketawa melampau.

Begitu juga, sebarang lawak jenaka tidak boleh dilakukan pada perkara yang serius dan perkara  perlu ditangisi.

Ia juga menetapkan semua persembahan juga tidak boleh menyentuh sensitiviti mana-mana agama, budaya dan bangsa dan tidak mengandungi unsur pemujaan atau penyembahan secara langsung atau tidak langsung kepada sesuatu makhluk atau peribadi lain.

Persembahan tarian pula tidak boleh mengandungi unsur lucah, membangkitkan nafsu atau lambang kata yang ditafsirkan lucah, kata Jakim, dan tidak ada percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu persembahan yang boleh menimbulkan fitnah.


19

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penjejak_awan 18-4-2015 12:42 PM
syabas JAKIM...sesuai dengan status negara kita sebagai sebuah negara islam disegani! hidup ketuanan Islam dan Melayu!takbir!!
Quote ajunara 18-4-2015 12:57 PM
tak buat tindakan kutuk bagai...buat tindakan pun  kutuk bagai...ape pun tak kan puas punya....
Quote 123456 18-4-2015 01:02 PM
BY ZURAIRI AR
KUALA LUMPUR, April 18 — Entertainers coming to Malaysia will now have to adhere to new
rules prepared by the Malaysian Islamic Development Department (Jakim), which imposes
limitations on stage performances, dress and behaviour codes and gender segregation for
attendees.
The rules, which were released by the department this week, also stipulate that an artist
should not have a criminal record, whether in a Shariah or civil court, and should maintain a
“noble personality” and “good morals”, even outside the performance.
During a performance, the artist must “dress decently” in attire that covers their “aurat”,
which refers to the “intimate body parts” that Muslims must cover with clothing.
Performances, songs, events and music videos must not insult religious sensitivities, the
nation and any race, while the use of any symbolism that go against Islamic teachings and
faith is also forbidden.
For stage performances, Jakim insists that jokes told should be “sparing”, must “toe the
line”, and should not lead to “extreme laughter”. Entertainers are also forbidden from
making light of “serious and mournful matters”.
Meanwhile, song lyrics should contain “goodness and pure values”, in addition to “bringing
awareness” and “leading to repentance”.
The music accompanying the lyrics, on the other hand, should “motivate positive
atmosphere” and “bring peace”, instead of evoking “negative emotions that contradict
Islamic teachings”.
Finally, the rules also ban interaction between men and women attendees of any
performance.
The new guidelines were drafted last year but were only approved in the 107th convention
of the National Fatwa Committee on February 10 and 11 this year, and superseded the first
version which was published in 2007.
The previous guidelines, which included none of the abovementioned rules, were focused on
prohibiting elements of vice and idolatry in performances, in addition to ensuring that
entertainment events “benefit the well-being of the public”.
According to Jakim, the new list is meant to assist the authorities in ensuring that
entertainment programmes are based on the Islamic faith and codes, and moral values.
Although the guidelines are not considered as binding law, Minister in the Prime Minister’s
Department, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, had in January, advised approving authorities
to remind event organisers to adhere to the list made by Jakim.
The new guidelines also specify that any entertainment events must be referred to the
authorities for guidance.
Following a controversial mini-concert featuring South Korean band B1A4 which saw three-
tudung clad Malay fans hugging on stage, Jakim had said that the Federal Territories
Islamic Department (Jawi) was empowered to act on the organisers as it was under its
jurisdiction.
“Did all the agencies and the organiser of the event take heed of this guideline? This
concert was not referred to Jakim, in fact Jakim had no idea about the event,” said Jakim
director-general Datuk Othman Mustapha.
Quote catalina 18-4-2015 01:11 PM
"Badan berkuasa agama itu menetapkan, lawak jenaka yang disampaikan artis hendaklah berpada dan tidak melampaui batas sehingga membawa kepada ketawa melampau."

MLM tu how????
Quote sgbuloh 18-4-2015 01:20 PM
yang aksi remy macam nak bersenggama dalam laut tu lepas tak kalau ikut guideline jakim ni?
Quote miabebe 18-4-2015 02:22 PM
Mia stuju bebeno...mia kasi se galaxy bintang kt jakim..
Quote aechae 18-4-2015 02:40 PM
alaa...brapa kerat je penganjur2 konsert ni yg go thru with jakim?
Quote abdulariff 18-4-2015 03:06 PM
Adakah hanya diatas kertas semata2 tanpa sebarang penguatkuasaan yang tegas? Seperti rokok yg telah difatwakan haram tapi tetap dijual pada umat islam. :zz
Quote mattzzx 18-4-2015 03:20 PM
Ada orang kisah tak???
Quote penjejak_awan 18-4-2015 03:23 PM
aechae replied at 18-4-2015 02:40 PM
alaa...brapa kerat je penganjur2 konsert ni yg go thru with jakim?

ramai tak tau semua penganjur konsert artis luar negara wajib menohon melalui PUSPAL...google ler..

dan JAKIM adalah salah satu agensi dibawah puspal ni yg nk kasi lulus or tak...syabas JAKIM
Quote sgbuloh 18-4-2015 03:51 PM
tak best ler bawak awek pi konsert tapi kena duduk asing2
Quote mzzenma 18-4-2015 03:56 PM
So wemy and izara kena kaunseling tak?
Mzz tanya je ni.
Quote clarizsa 18-4-2015 04:04 PM
I x pernah p konsert dan mungkin xkan p konsert... so x ksah pun... haha...

Padanla muka korang xleh bersosial mcm sial dah... wakaka
Quote dodolgemok 18-4-2015 04:33 PM
Maharaja lawak byk buat benda bercanggah dgan garis panduan baru ni.meleis pprt, meleis perkosa ,meleis silat gayung tertekan!
Quote milo_888 18-4-2015 04:54 PM
What about d non muslims? Perlu ikut jugak ke kalau acara sesama mereka?
Quote Aya_Osman 18-4-2015 05:25 PM
nasib la sape yg suke g konsert bawak awek...padan muke...tp ni utk ummah Islam je kan...bangse laen xyah la panas punggong lak...
Quote alinone78 18-4-2015 05:37 PM
Perlu k konsert2 ni?
Quote mamarock 18-4-2015 05:42 PM
Larangan utk ambil bahan terlarang ada masuk sekali tak? Teringat kes yang budak-budak ambil dadah sampai meninggal tu?
Quote bluehedgehog 18-4-2015 06:22 PM
DIU, BUAT2 ALIM SAJA DEPAN MATA,
BELAKANG KEHAUSAN SEKS...

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.076475 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top