CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Konsert Twin Towers Live 2014

20-3-2014 01:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13849| Komen: 161

Description: Semalam Dan Mengesahkan Christina Akan Tetap Hadir Menghiburkan Peminat Tempatan Seperti Yang Dijanjikan Pada Hari Pertama Konsert Itu Diadakan.
Seiring dengan berita kehamilan Christina Aguilera yang heboh dikatakan di internet sekitar dua minggu lepas, ada yang meluahkan rasa risau kalau-kalau penyanyi terkenal itu membatalkan kehadirannya ke Malaysia pada bulan ini.


Namun, nampaknya peminat kini boleh menarik nafas lega apabila pihak penganjur konsert Twin Towers @Live 2014, Live At Work, telahpun menghubungi OHBULAN! semalam dan mengesahkan Christina akan tetap hadir menghiburkan peminat tempatan seperti yang dijanjikan pada hari pertama konsert itu diadakan.

Hamil Lagi, Adakah Christina Akan Batalkan Kedatangannya Ke Malaysia Mac Ini?
Pengesahan itu sekaligus menjawab segala spekulasi dan ini bermakna penyanyi yang terkenal dengan lagu Genie In A Bottle itu dijangka mampu memberikan persembahan terbaik selama 75 minit demi menjadikan kemunculan pertamanya di Malaysia sebagai realiti biarpun sedang berbadan dua.


Menurut wakil penganjur, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kehadiran Christina pastinya membuatkan ribuan pengunjung tidak akan melupakan konsert pada tahun ini dengan kemantapan vokalnya yang sudah diketahui cukup memukau.


Selain daripada Christina, Twin Towers @Live yang bakal berlangsung pada 28 dan 29 Mac 2014 turut diserikan dengan persembahan daripada Craig David, Rain dan beberapa lagi penghibur terkenal dari dalam dan luar negara.

Buat semua pembaca OHBULAN! jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan persembahan artis-artis di atas secara langsung di Plaza Petronas, KLCC kerana konsert ini diadakan secara percuma dan semua orang dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana.

Biarpun sudah beberapa kali kami hidangkan anda dengan muzik video terbaru Christina, tapi kami tetap juga ingin anda dengar dan hayati lagu berjudul Say Something di bawah ini. 











4

Bagus
3

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jonkunyit 20-3-2014 01:12 AM
rick astley??? dah tua???

Quote AbukRokok 20-3-2014 01:16 AM
jonkunyit posted on 20-3-2014 01:12 AM
rick astley??? dah tua???

mestila... mana ada org awet muda?
Quote mixed 20-3-2014 01:21 AM
x takut ke

Mh370 dah hilang teringat 9/11

Hope xda yg overdose isap dadah
Dan jgn pula yg buat overDosa isap dada
Quote berancuk 20-3-2014 01:21 AM
[youtube]dQw4w9WgXcQ[/youtube]

http://youtu.be/dQw4w9WgXcQ
Quote berancuk 20-3-2014 01:22 AM
eh, eh, ada christina aguilera, cam best jah
Quote dani-rox 20-3-2014 01:22 AM
tuan rickrolling pon ade



masa gambar tgh loading td, ai ingatkan muka dave gahan... ter-excited sket
kalo la ada depeche mode harus ai pergi tengok
Quote jonkunyit 20-3-2014 01:25 AM
suara tk kena ngn rupa...menari2 dia mmg best lah
Quote berancuk 20-3-2014 01:25 AM
christina aguilera

[youtube]zTqMztyMApk[/youtube]

http://youtu.be/zTqMztyMApk
Quote mbhcsf 20-3-2014 01:52 AM
hmmm...yg MPO tak ade  apa ape ke?

selalu depa I nampak jarang publicize lah MPO ni

Quote 9adrenalin 20-3-2014 02:35 AM
Jom tgk konsert Xtina berjemaah... Janji bersih punya. Bawak air mineral aje. Pakai pakaian kebangsaan. Saper berminat sila PM Last edited by 9adrenalin on 20-3-2014 02:39 AM

Quote sahamboi 20-3-2014 07:48 AM
Malaysia kena tambah kementerian iaitu menteri konsert dan maksiat...
Quote gaara_X 20-3-2014 08:00 AM
Pergh!!...macam cendawan yang tumbuh je konsert kat Malaysia nie....agenda baik nie....
Quote fifie_olin 20-3-2014 08:10 AM
knp mesti buat hr jumaat..penghulu segala hari....
Quote AbukRokok 20-3-2014 08:12 AM
fifie_olin posted on 20-3-2014 08:10 AM
knp mesti buat hr jumaat..penghulu segala hari....

Sabtu ahad cuti
Quote alinone78 20-3-2014 08:13 AM
belajo la dari kisah dahulu kala
(eh kisha last week j pon)


Quote Centurion 20-3-2014 08:13 AM
jonkunyit posted on 20-3-2014 01:12 AM
rick astley??? dah tua???

Byk troll dia kat utube...
Quote jonkunyit 20-3-2014 08:14 AM
Centurion posted on 20-3-2014 08:13 AM
Byk troll dia kat utube...

ha ah...rick and roll..masa aku nk tengok video obama...keluar video dia...
Quote AbukRokok 20-3-2014 08:14 AM
mixed posted on 20-3-2014 01:21 AM
x takut ke

Mh370 dah hilang teringat 9/11

Tgh berjimba tetiba mh370 langgar twin tower.... speku
Quote AbukRokok 20-3-2014 08:15 AM
Aku nk tgk Rain je.... kpop pop pop

Lihat semua komen(161)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.113858 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top