CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kesal Lukis Tatu Di Badan

20-4-2015 10:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13350| Komen: 68

Description: "Saya Tidak Tahu Apabila Ada Tatu Di Badan, Segala Perbuatan Saya Terutamanya Mengambil Wuduk Tidak Diterima Allah. Malah Air Tidak Boleh Sampai Ke Dalam Kulit Keseluruhannya,” Katanya Yang Mula Be ...
Kesal Lukis Tatu Di Badan


Rizman menunjukkan tatu yang dahulunya menjadi kebanggaan dan kemegahan.

POKOK SENA - Megah dan bangga memiliki tatu dahulu membawa kepada kekesalan buat seorang pemuda dari Sungai Petani, Kedah.

Rizman (bukan nama sebenar), 25, berkata, dia sanggup melukis tatu pada anggota badannya semata-mata sebagai lambang kemegahan ketika menganggotai kumpulan gengster sebelum ini.

Fikirnya, tatu berkenaan akan menampakkan dirinya lebih berkuasa dan orang ramai akan nampak gerun.

"Saya kesal dengan segala perbuatan lalu dan mahu lebih dekat dengan agama," katanya.

Rizman kini menjadi salah seorang penghuni di Penjara Pokok Sena dan melalui Program Pembangunan Insan  di situ.

Menceritakan kisah zaman remaja, Rizman menyatakan dia banyak menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah hingga terpesong jauh daripada agama.

"Bapa selalu memarahi saya melukis tatu, namun masa itu saya tidak hiraukan malah bangga memiliki tatu.

“Di penjara ini banyak memberi pengajaran kepada saya untuk berubah.

"Melalui bimbingan dan nasihat dari ustaz di sini telah memberi hidayah kepada saya supaya menghindari perbuatan terkutuk itu,” katanya yang dijatuhkan hukuman selama tiga tahun serta empat sebatan kerana kes samun.

Dalam pada itu, dia tidak menolak kecetekan ilmu agama punca mudah terjerumus dalam aktiviti tidak sihat hingga membawa ke tirai besi.

"Sebelum ini saya langsung tidak mengetahui hukum hakam agama, saya jalani kehidupan mengikut landasan sendiri.

"Saya tidak tahu apabila ada tatu di badan, segala perbuatan saya terutamanya mengambil wuduk tidak diterima ALLAH. Malah air tidak boleh sampai ke dalam kulit keseluruhannya,” katanya yang mula belajar al-Quran.

Katanya, dia berazam menanggalkan segala tatu di badannya itu apabila keluar nanti dan kembali ke landasan kehidupan yang sebenar.

“Saya bersyukur dapat masuk penjara ini kerana ALLAH masih sayangkan saya.

"Di sinilah saya dapat belajar segala-galanya terutamanya tentang ilmu agama serta dapat memulihkan kembali kehidupan sebagai hamba ALLAH,” katanya ketika ditemui dalam pengajian membaca al-Quran di surau Penjara Pokok Sena.


Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MeghanK 18-4-2015 10:13 AM
Nak tanggalkan mcm mana tu laser ke iron
Quote bellaa 18-4-2015 10:17 AM
sapa lah kite nak menghakimi orang..

moga dosanya diampun oleh Allah swt
Quote tumpanglalu74 18-4-2015 10:22 AM

Quote taikor 18-4-2015 10:34 AM
Ah Beng kalau dah kena hukum baru cakap menyesal nak dekatkan diri dgn agama memang tak boleh percaya
Quote mesmerize 18-4-2015 10:44 AM
macam citer jebat & mastura plak dah.. dah tobat nasuha tapi ada tatoo, bekas gengster..  
Quote tightcherry 18-4-2015 10:44 AM
Gangster bg ko mkn ke dek..
Quote spenderterselit 18-4-2015 10:51 AM
Boleh la berkawan ngan artis yang bertatu tu..

Tak ingat pulak namanya

Taktau dah ilang ke tak tatu nya tu..smpai skrg pkai lengan panjang lagi
Quote mak_wa95 18-4-2015 10:56 AM
moga2 insaf selamanya
Quote EJALTI 18-4-2015 11:00 AM
Moga menjadi lebih baik.....
Tinggalkan terus pangai2 hauk tuh...
Quote FOTHER-MUCKER 18-4-2015 11:01 AM
Takan tak diterima Allah?

Kalau macam tu sia sia jelah orang yang masuk Islam tu yang mana tattoo penuh kat badan termasuk kat muka.
Quote stinger_attack 18-4-2015 11:02 AM

Oh bukan insaf pada setiap kali datangnya bulan Ramadan jerk? Pas tuh bangkai kan mulot pada bulan bulan yang lain? Ini contoh jerk tau.......





Quote FOTHER-MUCKER 18-4-2015 11:04 AM
Macam ni.

https://m.youtube.com/watch?v=yInha_KeQdU

Kata tuhan itu maha pengampun dan lagi mengasihi.
Quote Changa 18-4-2015 11:05 AM
selayak nya la kau dik,
mereput la kau dalam penjara tu
Quote MissNigga 18-4-2015 11:09 AM
MeghanK replied at 18-4-2015 10:13 AM
Nak tanggalkan mcm mana tu  laser ke iron

kena lapah kulit tue
Quote TuntungReturn 18-4-2015 11:14 AM
guna laser...cm kawan aku pompuan dlu ade tatu bunga ros kt lengan..nk kawen kelam kabut nk buang..
Quote ultra78 18-4-2015 11:21 AM
Jika cara membuang tatoo itu mendatangkan lebih mudarat, maka tak perlulah buang. Cukuplah dengan bertaubat. Tapi biasalah ummah suci melayu ini akan mengata sampai masuk ke dalam lubang kubur.
Quote LuLu^Lost 18-4-2015 11:32 AM
Kalau boleh buang, buang. Sbb boleh elak fitnah orang dan mulut2 busuk orang pada keluarga/isteri/anak2 dia nnt. Xde la kena ejek. Atau anak pandang serong pada bapa.

Tapi kalau buang boleh memudaratkan kesihatan sehingga menyusahkan dia utk beribadat. Dan mendatangkan masalah lain plak pada diri dia, biarkan je la tatoo tu.

Kalau dia dah bertaubat, Allah dah tak tgk kehidupan dia dulu. Allah tgk yg sekarang ni.
pernah dengar cerita sapa tah, dia pergi umrah/haji. Macam2 org dia tgk kat sana. Ada tu tatoo atas kepala. Kat dahi lagi. Mungkin org tu dulu pun tersalah langkah, dia insaf, dia gi buat umrah. Nak buat mcm mana kan? Kalau buang mungkin memudaratkan dia. Jadi dia biarkan. Dulu dia mungkin rasa megah dgn tatoo atas dahi, skrg dia mungkin malu semua org tgk dia. Dia terima, kalau tak, xkan dia biarkan dan berhadapan dgn org ramai kat Mekah tu. Janji dia dekat dgn Allah. Owh panjang plak taip.
Quote MeghanK 18-4-2015 11:39 AM
ultra78 replied at 18-4-2015 11:21 AM
Jika cara membuang tatoo itu mendatangkan lebih mudarat, maka tak perlulah buang. Cukuplah dengan be ...

betul tu..tak perlu buang kalau boleh memudaratkan..kata nya nak buang lagi sakit dari nak buat

Quote famri7 18-4-2015 11:40 AM
laser tatoo removal pon ada bnyk series of treatment sis..dlam 2-3 tahun jua..tuh pon tatoo kecik jah...

kalo besar mcm brader bimbo ini,saya syak baik beliyau potong lengan jah, baru boleh masuk isle dgn aman...kalau masuk islam bawaan Rasulullah xda masalah elohim maha pengampun...

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.051442 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top